Jan 23, 2018

Sambal Tempoyak Masak Pekat

Ini lah masakan kegemaran kami sekeluarga.....walaupun yang sorang tu tak makan durian, yang sorang lagi tak makan tempoyak mentah tapi kalau masak sambal tempoyak masak pekat ni memang menjilat jari memasing.

Bahan-bahannya simple ajer..

Tempoyak
Ikan bilis
Serai tumbuk tumbuk je
Serbuk kunyit
Daun kunyit koyak-koyak kan
Cili giling
Gula
Garam dan 
sedikit air

Tempoyak, ikan bilis, cili, serai, daun kunyit, serbuk kunyit dan air sikit


Kalau suka boleh tambah udang hidup, petai dan daun ulam (ulam apa saya tak pasti...ini versi negeri pahang)

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaul mesra. Pastu letak jer atas api dan terus kacau sampai tempoyak menjadi pekat. Garam dan gula tu kene seimbangkan sendiri supaya rasa masam tempoyak tu jadi sedap. Masak pun tak lama..jangan berenti kacau sebab bole hangit dengan cepat.

Warna dia pucat plak ni...camera hp ni murah punya....sbnrnya ada kuning2 sikit

Tadaaa.....siap masak dah ni.


Bau dia semerbak tau....dah siap jer terus makan dengan nasi panas-panas....lawankan dengan telur dadar pun dah cukup. Memang tak pandang dah kiri kanan. haha. Selamat mencuba ye. 

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...