Sabtu dan Ahad adalah hari untuk mengemas bagi saya. Weekday buat juga tapi small scale. Cuma saya cuba buat semua kerja kerja mengemas tu hari Sabtu sebab Ahad nak rest sepuas puasnya. Nak mengemas ni pun ada tekniknya. Tak boleh bangun lambat atau berangan angan sampai terbabas atau terbuang waktu di awal pagi.
Lepas solat subuh terus buat laundry. Banyak baju baju kami walaupun 4 orang sahaja. Baju semua besar besar. Sambil tunggu baju dalam washing machine siap, isikan masa tuu dengan mengaji ke, zikir ke, baca kitab ke asalkan bahan agama (cuba disiplinkan diri x tengok hp)..pagi pun awal lagi matahari pun belum keluar.
Bila kat luar nampak cerah dan bukan gelap nak hujan, cepat cepat sidai baju round pertama. Selalunya membasuh baju, cadar dan alas kaki boleh sampai 4 or 5 round. Penuhlah ruang menyidai. Korang uruskan laundry family macamana?
Bila matahari dah keluar barulah saya start mengemop pulak. Guna plak Archie mop (baca kat entry lama) senang sikit kerja aku. Dalam pukul 10.00 or 11.00 pagi dah settle basuh baju dan mengemas. Lalalala...
Perut pun lapar. Start kete pegi pasar tani yang bagi aku mahal nak mampos harga dia. Time ni penjual dah start nak kemas kemas...ada brader tu jual labu murah sbb nak tutup. So I beli la. Yang jual buah tembikai tu merepek betul.....same size watermelon, sorang jual RM7.80, sorang lagi RM4.30 (bukan sebijik pun...1/4 ajer). Aku memang tak puas hati lah dengan harga pasar tani. Ikan lagi la mahal. Memang tak beli kat sini. Aku beli kat makcik yg bawak lori parking bawah pokok je. Baik bagi duit aku kat makcik dan suaminya tu.
Oleh kerana aku kecam harga pasar tani tu kat blog aku jer dan takde impact pun kat pasar tani tu (well ramai je yang beli mcm tak kisah je brapa pun harganya) aku sorang je kecoh ha ha ha..so, aku carilah alternative lain...aku kan pengguna bijaksana ;-) (you allare kalau ada idea or alternative place share arr kat sini)
Balik dari pasar aku masak gulai lemak labu.... my all times favourite.
Resepinya :-
Labu (1/4 je) potong sederhana kecil
Santan
Daun kunyit
Ikan bilis (udang basah/kering pun bole)
Bawang kecil merah potong nipis
Bawang putih(some x letak kan)
Cili padi (ketuk je utk yg suka pedas)
Gula, garam
Cara-cara (ni style aku tau...ada yg buat style lain)
Bawang dan ikan bilis aku rebus dengan air yg sikit (sebab santan aku dah banyak air). Dah menggelegak tu aku taruk labu, daun kunyit, cili padi dan santan. Labu ni cepat lembik. So bila santan tu dah menggelegak korang kene check labu tu dengan garfu kot kot dah lembut. Haa petua untuk yang masak guna santan...api jangan besar sangat sebab kita tak nak santan cepat menggelegak pastu kene kacau supaya santan tak pecah. Letak garam dan gula sikit. Angkat. Yey siap.
Jom makan!!!
No comments:
Post a Comment