Jan 30, 2018

Rendang Ayam, Bendi Celur dan Sambal Belacan 28/1/2018

Weekend hari tu punyalah busy. Hari Sabtu macam biasa adalah waktu untuk mengemas rumah tapi hanya sempat kemas dapur jer. Sedihnya. Baju tak sempat nak laundry sebab dalam pukul 11 pagi dah keluar ambil barang-barang kiriman dari my sister kat Mesir untuk dihantar ke Bangi. Sempat singgah makan laksa dan cendul di Bandar Baru Bangi sebelah tasik tu. Sapa tau tempat ni? Sedap gak laksa ni kan. Sapa tau kat mana lagi laksa yang sedap-sedap? Korang share la kat ruang komen kat bawah ni yea. 

Nampak tak asam keping dia...cantik dan bersih...bagus betul.

Saya rasa sikit je cendol ni...manis sangat...dah kene kurangkan makan manis la.
Malam tu kami sekeluarga dinner kat restauran mamak jer. Semua makan nasi dan ayam goreng serta kuah-kuah jer. Lepas makan saya dan hubby pegi Gombak ambil MIL. Nanti nak buat satu entry pasal MIL....panjang criter nyer.

Sunday pula sibuk mendobi....beberapa round jugalah membasuh. Cuaca mula-mula hujan dan mendung, risau juga....tapi bila lepas sidai jer baju-baju terus matahari pun keluar...Alhamdulillah kering semua baju.

Pagi Ahad tu sempat bawa MIL pegi shopping barang basah mcm ayam dan daging kat pasar pagi di Taman Melati. Oleh kerana kat rumah takde minyak masak (boleh lupa nak beli) so idea pun muncul untuk masak ayam rendang. Tapi lupa nak ambil gambar bahan-bahan untuk buat rendang. Saya kasi resepi jer lah yea.

Bahan-bahannya

Seekor ayam potong brapa pun okey je
7 batang serai dipotong kecil - blend
5 ketul halia besar ibu jari - blend
5 ulas bawang putih - blend
6-7 ulas bawang merah besar - blend
3 helai daun kunyit ni korang potong halus-halus panjang2
kunyit hidup sikit - blend
santan dari 1 biji kelapa (saya tak suka pakai santan kotak unless kalo dah takde)
cili giling
gula 
garam
asam 2 or 3 keping 

Cara-caranya

Lepas bersihkan ayam tu masukkan jer dalam kuali besar (ada yang panaskan api untuk keringkan air ayam tu dulu), saya masukkan bahan yang telah di blend sekali dan panaskan sampai keluar air-air ayam tu. Wangi jer bau nyer. Pastu masukkan cili giling dan daun kunyit tu serta letak serbuk kunyit sikit kalau pucat jer color nyer. Cili tu kalau nak rasa pedas pedas sikit letak jer banyak....makan pun tak muak. Lepas tu masukkan santan dan asam keping. 

Lepas letak santan kuah jadi banyak...kene masak sampai kering

Biar menggelegak dan bila nak kering baru tambah gula dan garam. Kalau rasa masam dah kuat, boleh keluarkan asam keping. Tak susah pun masak rendang ayam versi Perak ni sebab tak perlu nak tambah apa-apa rempah lagi. Insha Allah sedap. 

Tadaaa...dah masak dan boleh angkat...jangan keringkan sangat sebab nanti takde kuah pula.

Oleh kerana dah masak beriya-iya sangat macam pagi raya kan, jadi saya cuma tambah bendi celur dan sambal belacan. 

Jangan guna bendi tua yea


Untuk sambal belacan pula.....versi saya ni simple jer.

Bakar belacan sampai wangi (wangi ker? hehe)


Cili padi sikit campur cili merah hidup

campurkan gula dan garam ...tumbuk sampai lumat

tambah asam jawa sikit

Tadaaaa...siappp

Well makan sambal belacan ni memang sedap tapi kalau yang alah pada belacan macam saya ni akan bergaru-garu la lepas tu. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Lepas ni tak tahu pula bila lagi nak buat ayam rendang....anak-anak kata jangan masak rendang lagi Ma sebab nanti bila raya dah takde rasa thrill lagi makan rendang haha.

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...