Dec 12, 2013

Cara Bertaubat

Hmmm...mungkin ada yang tak tahu cara bertaubat, kan? Kadang-kadang kita memang nak bertaubat tapi tak tahu nak start dari mana? Check kat internet pula, panjang lebar la pulak citer bab taubat. Baca buku plak, banyak sangat la pula bab-babnya. Nak tanya ustaz, mungkin malu.  Last-last mcm susah jer nak bertaubat. Sebenarnya, bab bertaubat ni pun memang panjang lebar seperti yang telah dikarang oleh para alim ulama. Ini benar. Elok kita baca dan belajar juga bab-bab Taubat ni nanti. Ianya pun ilmu juga.

Ambil wuduk, terus sembahyang Taubat 2 rakaat. 'Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala'. Abis solat kita doalah pada Allah mohon ampun atas segala dosa-dosa kita tak kira apa pun dosa kita. Dan kita kata dgn penuh ikhlas dalam hati yang kita bertaubat nasuha. Taubat yang benar-benar taubat, bukan main-main atau lakonan.  Taubat yang sungguh2 hingga tak mau buat lagi dosa-dosa itu. Kita menyesali apa yg kita telah buat. Tak kira apa saja dosa. Mohon Allah ampunkan dan mohon Allah beri kita jalan keluar dari semua kesulitan. Kalau dosa kita dgn sesama makhluk pun kita mohon Allah beri kita jalan bagaimana nantinya untuk diselesaikan. Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk dan membimbing kita ke jalan yang diredoiNya. Mudah saja bagi Allah, tapi sulit bagi kita. Tapi Allah menunjuki siapa yang Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yang Dia kehendaki. Maka kita mohon supaya kita termasuk kedalam orang-orang yang diberi petunjuk itu.

Selepas itu, jangan pula kita rasa sudah selesai. Kita kene berusaha mempelajari ilmu Taubat. Mengikut Imam Al Ghazali taubat ini ada bab-babnya. Jadi kene la tau. Kita belajarlah pelan-pelan. Kita buatlah sikit-sikit. Yang penting kita niatkan kita nak bertaubat dan berubah. Anggaplah kita sedang berhijrah dan berjihad dari kejahatan ke arah kebaikkan. Jalanlah sikit sikit selangkah demi selangkah. Yang penting jangan berhenti.

Nanti saya sharekan doa taubat yang dalam buku Imam Ghazali ya. 

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...