Jan 3, 2018

My Little Kuni

Kalau teringat kat dia ni mesti sebak...mengalir air mata. Ntah kenapa sedih dan terharu betul. Macam sayang pada manusia. Padahal kucing jer. Ini kejadian sebenar. Mungkin sebab dia ni hari-hari minta manja kat kita masa dia hidup. Kalau malam cari kita bila nak tidur dan tidur sebelah kita. Bila dia dah tiada pun (dah berbulan ni) kita mesti rasa sebak kalau teringat dia. Korang pernah tak mengalami peristiwa macam ni?

Gambar ni masa Kuni dah nak sakit. Musim virus Parvo masa tu. Banyak kucing kita mati especially yang kecil-kecil.

Ni senarai yang mati.

1. Kuni
2. Kelepet (ni British shorthair kacuk Bengal....anak saya menangis adoii la tak bole lupa kucing kesayangan dia mati)
3. Hitam...anak kucing ni orang buang tak jauh dari rumah kita. Bila dia lapar dia datang curi curi makan kat depan rumah kita. Suatu hari tu hujan...pukul 3 pagi dia mengiow ngiow depan pintu minta kita buka. Dia sejuk. Lepas bawak masuk rumah terus tak nak keluar dah. Comot muka dia tapi tetap comel kat kita.
4. Adik Kelepet belang hitam
5. Adik Kelepet belang putih
6. Abang Kuni
7. Sekor ni dah tak ingat apa nama dia

Well memang banyak kucing kitorg. Yang survive dalam 8 ekor. Tapi kucing kecil semua mati. Itu lah criter nyer...kalau ikutkan dah berpuluh-puluh ekor dah kami bela tapi bila musim Parvo jer pasti banyak kucing yang mati. Fitrah la ni...kitaran kehidupan alam semulajadi. Kalau korang ada bela kucing boleh share kat comment box bawah ni. Bole kita share kisah suka duka bela kucing ni. 


No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...