Saya nak cuba set skincare Safi Rania Gold Beetox yang baru untuk tahun 2018 ni. Haa tahun lepas saya pakai skincare tak berjenama pun...hehe. Tak boleh nak panggil skincare coz tak care langsung sebenarnya. Senang criter saya tak ambil tahu langsung pasal skincare ni. Ntah la kenapa...padahal dulu-dulu saya ada salun kecantikkan (zaman product Marbella...sapa tau brand ni?). Mungkin saya tak anggap skincare satu keperluan sebab banyak keperluan lain yang perlu di care kan. Gitu la rasanya.
Well itu dulu...sekarang ni saya nak cuba pakai Safi Rania Gold Beetox ni dan nak kasi review tiap tiap minggu (boleh percaya ker rajin nak review ni?). Dalam set ni ada pencuci, scrub, toner, krim siang dan malam. Kalau nak diikutkan ada lagi product tambahan dia....macam ada budget tambahan...memang tak laaa...hehe...as long as ada basic pun cukup lah dulu. Kita tengok macamana yea. Kalau korang penah atau sedang pakai set ni sila share dengan saya ye. Selain tu kalau ada yang pakai skincare brand lain pun boleh la share jugak. Seronok juga nak dengar pasal penjagaan kulit muka ni. Penting kan especially untuk yang ada masalah kulit macam saya ni.
Lagi....terbeli Garnier Micellar Cleansing Water ni juga. Rata-rata penggunanya bagi review yang bagus untuk make up removal. Saya dah pakai 2 hari dan yes memang bagus. Tak pedihkan kulit dan mata bila tenyeh buang celak tu. So saya recommend pada pengguna yang tercari-cari make up removal yang murah tapi berkesan. Korang boleh share kat comment box bawah ni kalau ada make up removal yang lain brand jugak.
Lastly saya saja jer nak cuba Himalaya Almond and Cucumber Peel off Mask ni. Baru pakai sekali rasa macam okey. Mask ni normally dipakai untuk orang yang mempunyai kulit muka berminyak. Saya dah tua kulit muka dah mula kering. Tapi saya pakai untuk kecilkan pores dan untuk tarik black or white head kat hidung tu. Harga less than RM30. Boleh lah untuk yang budget rendah macam saya ni. After two weeks nanti saya akan kasi review. Korang pakai peel off mask apa yea?
No comments:
Post a Comment