Salah satu azam tahun 2018 ialah nak jaga pemakanan. Sebelum ni dah terlebih makan. Tengok size dah tak ideal dah.....lama dahhhh. Sepatutnya umur jer yang meningkat...ini tidak...badan pun sama...hehe. Jadi sementara masa masih ada jom lah tahun ni kita jaga pemakanan kita. So, malam tadi saya makan salad dan poached egg.
Poached egg yang saya buat malam tadi salah tekniknya. Saya boiled water dan masukkan telur...putih telur tu berselerak. Ikut cara Jimi kat bawah ni baru betul. Salad pula resepi nya saya bedal jer...ada carrot, daun salad, zucchini, cilantro, cabai burung, lemon jus sikit, gula and garam...olive oil takde stok. Tekak ni kalau nak diikutkan memang reject la nak makan daun-daun ni. Namun digagahkan jua. Akhirnya abis jua. Harapannya selepas ni pun terus berusaha makan makanan yang berkhasiat. Jangan malam tadi je kan. If korang ada resepi mudah dan berkhasiat bolelah share kat comment box di bawah ni. Jom sama-sama kita sihat. Take care and bye.
No comments:
Post a Comment