Jan 30, 2018

Rendang Ayam, Bendi Celur dan Sambal Belacan 28/1/2018

Weekend hari tu punyalah busy. Hari Sabtu macam biasa adalah waktu untuk mengemas rumah tapi hanya sempat kemas dapur jer. Sedihnya. Baju tak sempat nak laundry sebab dalam pukul 11 pagi dah keluar ambil barang-barang kiriman dari my sister kat Mesir untuk dihantar ke Bangi. Sempat singgah makan laksa dan cendul di Bandar Baru Bangi sebelah tasik tu. Sapa tau tempat ni? Sedap gak laksa ni kan. Sapa tau kat mana lagi laksa yang sedap-sedap? Korang share la kat ruang komen kat bawah ni yea. 

Nampak tak asam keping dia...cantik dan bersih...bagus betul.

Saya rasa sikit je cendol ni...manis sangat...dah kene kurangkan makan manis la.
Malam tu kami sekeluarga dinner kat restauran mamak jer. Semua makan nasi dan ayam goreng serta kuah-kuah jer. Lepas makan saya dan hubby pegi Gombak ambil MIL. Nanti nak buat satu entry pasal MIL....panjang criter nyer.

Sunday pula sibuk mendobi....beberapa round jugalah membasuh. Cuaca mula-mula hujan dan mendung, risau juga....tapi bila lepas sidai jer baju-baju terus matahari pun keluar...Alhamdulillah kering semua baju.

Pagi Ahad tu sempat bawa MIL pegi shopping barang basah mcm ayam dan daging kat pasar pagi di Taman Melati. Oleh kerana kat rumah takde minyak masak (boleh lupa nak beli) so idea pun muncul untuk masak ayam rendang. Tapi lupa nak ambil gambar bahan-bahan untuk buat rendang. Saya kasi resepi jer lah yea.

Bahan-bahannya

Seekor ayam potong brapa pun okey je
7 batang serai dipotong kecil - blend
5 ketul halia besar ibu jari - blend
5 ulas bawang putih - blend
6-7 ulas bawang merah besar - blend
3 helai daun kunyit ni korang potong halus-halus panjang2
kunyit hidup sikit - blend
santan dari 1 biji kelapa (saya tak suka pakai santan kotak unless kalo dah takde)
cili giling
gula 
garam
asam 2 or 3 keping 

Cara-caranya

Lepas bersihkan ayam tu masukkan jer dalam kuali besar (ada yang panaskan api untuk keringkan air ayam tu dulu), saya masukkan bahan yang telah di blend sekali dan panaskan sampai keluar air-air ayam tu. Wangi jer bau nyer. Pastu masukkan cili giling dan daun kunyit tu serta letak serbuk kunyit sikit kalau pucat jer color nyer. Cili tu kalau nak rasa pedas pedas sikit letak jer banyak....makan pun tak muak. Lepas tu masukkan santan dan asam keping. 

Lepas letak santan kuah jadi banyak...kene masak sampai kering

Biar menggelegak dan bila nak kering baru tambah gula dan garam. Kalau rasa masam dah kuat, boleh keluarkan asam keping. Tak susah pun masak rendang ayam versi Perak ni sebab tak perlu nak tambah apa-apa rempah lagi. Insha Allah sedap. 

Tadaaa...dah masak dan boleh angkat...jangan keringkan sangat sebab nanti takde kuah pula.

Oleh kerana dah masak beriya-iya sangat macam pagi raya kan, jadi saya cuma tambah bendi celur dan sambal belacan. 

Jangan guna bendi tua yea


Untuk sambal belacan pula.....versi saya ni simple jer.

Bakar belacan sampai wangi (wangi ker? hehe)


Cili padi sikit campur cili merah hidup

campurkan gula dan garam ...tumbuk sampai lumat

tambah asam jawa sikit

Tadaaaa...siappp

Well makan sambal belacan ni memang sedap tapi kalau yang alah pada belacan macam saya ni akan bergaru-garu la lepas tu. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Lepas ni tak tahu pula bila lagi nak buat ayam rendang....anak-anak kata jangan masak rendang lagi Ma sebab nanti bila raya dah takde rasa thrill lagi makan rendang haha.

Jan 23, 2018

Sambal Tempoyak Masak Pekat

Ini lah masakan kegemaran kami sekeluarga.....walaupun yang sorang tu tak makan durian, yang sorang lagi tak makan tempoyak mentah tapi kalau masak sambal tempoyak masak pekat ni memang menjilat jari memasing.

Bahan-bahannya simple ajer..

Tempoyak
Ikan bilis
Serai tumbuk tumbuk je
Serbuk kunyit
Daun kunyit koyak-koyak kan
Cili giling
Gula
Garam dan 
sedikit air

Tempoyak, ikan bilis, cili, serai, daun kunyit, serbuk kunyit dan air sikit


Kalau suka boleh tambah udang hidup, petai dan daun ulam (ulam apa saya tak pasti...ini versi negeri pahang)

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaul mesra. Pastu letak jer atas api dan terus kacau sampai tempoyak menjadi pekat. Garam dan gula tu kene seimbangkan sendiri supaya rasa masam tempoyak tu jadi sedap. Masak pun tak lama..jangan berenti kacau sebab bole hangit dengan cepat.

Warna dia pucat plak ni...camera hp ni murah punya....sbnrnya ada kuning2 sikit

Tadaaa.....siap masak dah ni.


Bau dia semerbak tau....dah siap jer terus makan dengan nasi panas-panas....lawankan dengan telur dadar pun dah cukup. Memang tak pandang dah kiri kanan. haha. Selamat mencuba ye. 

Jan 18, 2018

Doa Gelisah, Sedih, Lemah, Malas, Pengecut, Bakhil, Beban Hutang dan Tindasan Orang

Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya Allah yang maha mengetahui betapa sukarnya saya nak berdepan dengan semua itu. Jadi untuk pembaca blog saya, mungkin ada yang sedang melalui saat-saat sukar bolehlah amalkan doa ini. Saya dapat doa ini pun masa saya sedang lalui saat-saat sukar itu. Jom amalkan.


Jan 16, 2018

Review : Safi Rania Gold/ Himalaya Peel-off mask / Garnier Micellar

Saya kan janji nak kasi review untuk produk Safi Rania Gold Beetox, Himalaya Peel-off Mask serta Garnier Micellar (boleh baca kat entry sini ).  Dan nak kasi review gak untuk Lululun 7 days mask from Japan (ini ole ole dari my sister masa beliau bercuti ke Hokkaido).
Lululun-Face-Mask-Balance-Moisture-Type-7-Days-Pink
1. Safi Rania Gold Beetox - as my age dah mencecah pertengahan 40 series ni this year (well saya dah masuk kategori tua dah huhu) so memang skin saya dah mula dry, wrinkle , kusam, saya takde jeragat tapi saya ada skin tag tapi sikit sikit je belah tepi dekat anak rambut. Mungkin sebab saya pakai tudung sometimes area situ berpeluh tambah pulak makin tua makin memang this kind of thing akan muncul jika tak dijaga. My arwah mak dulu pun ada banyak skin tag ni. Well anak beranak kan. But since i gunakan Safi Rania Gold Beetox ni saya dapat rasakan yang kulit saya makin bersih. Skin tag pun berkurang. Kalau kita pakai bedak or foundation nampak lah sekata. 

Set yang saya pakai ialah pencuci muka, scrub, penyegar, krim malam dan krim siang. Yang serum tu saya tak beli pun. Set beetox ni diperkaya dengan Nano Gold 24K (jgn suruh saya explain ni) dan amino peptide untuk meningkatkan penghasilan collagen, ada propolis, madu, royal jelly dan bee  venom. So bila pakai ni memang kulit muka rasa lembab jer. Rasanya macam sesuai la kot dengan kulit muka saya ;-)  Apa-apa pun yang penting untuk orang pompuan baik muda atau tua mesti ada skin care. Tak kira lah yang murah atau yang mahal tapi at least wajib ada basic skin care routine macam di bawah ni :- 

Image result for basic skin care

Once you jadikan ini sebagai routine harian, pasti nampak hasilnya. Cuma perlu cari skin care yang bersesuaian aje. Kalau nak tambah scrub, toner, serum or apa saja tu bonus la. Kalau tak cukup budget, pakai je yang basic aje. Yang penting jangan malas dan istiqomah yea. 

2. Himalaya Peel-off Mask....hmmm saya rasa product ni biasa biasa je. Takde rasa significant sangat pada saya. Or mungkin tak berapa sesuai dengan saya yang berkulit kering ni sebab peel off mask ni lebih sesuai untuk oily face and ada big pore. Apa-apa pun saya akan pakai sampai habis dan cari mask brand lain.

3. Garnier Micellar....make up remover ni dah cukup bagus bagi saya. Harga mampu beli dan kualiti sangat baik. Saya ni jenis sensitif sikit kalau nak remove eye shadow make up. Boleh pedih mata dibuatnya. Tapi dengan Garnier Micellar pink ni rasanya dah takde masalah. Even kalau terlebih pakai pun tak pedihkan mata. Make up pun senang nak tanggal. So saya recommend those yang tercari-cari make-up remover baru boleh try Garnier Micellar ni. You won't regret it. 

4. Lululun face mask...i love this one. So bagus. Lepas pakai jer terus nampak kulit muka jadi segar, lembab dan cerah. I think yang berumur macam saya ni memang mesti pakai mask ni. Lululun ni ada a few type. Yang combat anti ageing pun ada. Tak dinafikan produk Jepun ni memang bagus. Saya ada sekeping jer lagi yang belum guna. Dekat 11street.my ada jual. Or cari brand lain???

Jan 15, 2018

Salad Serunding Ikan

Eat healthy...hmmm susah nak ajar tekak makan sayur especially sayur mentah. Tapi bila kita dah beransur tua ni memang suka tak suka kene makan makanan yang berkhasiat. Jadi, last week beberapa kali makan salad campur serunding ikan. End up rasanya sangat sedap. 

Bahah-bahannya

Salad campuran 
Timun Jepun 
Tomato 
Cilantro or Coriander (sangat sedap kalo campur ni)
Perahan lemon sikit
Olive oil sikit
Serunding ikan

Gaulkan semua bahan yang telah dipotong-potong....normally tak payah letak apa-apa lagi sebab serunding tu dah rasa manis dan masin. Sangat sedap. 


Jan 7, 2018

Resepi Gulai Lemak Labu Kuning Sempoi

Happy weekend all!

Sabtu dan Ahad adalah hari untuk mengemas bagi saya. Weekday buat juga tapi small scale. Cuma saya cuba buat semua kerja kerja mengemas tu hari Sabtu sebab Ahad nak rest sepuas puasnya. Nak mengemas ni pun ada tekniknya. Tak boleh bangun lambat atau berangan angan sampai terbabas atau terbuang waktu di awal pagi.

Lepas solat subuh terus buat laundry. Banyak baju baju kami walaupun 4 orang sahaja. Baju semua besar besar. Sambil tunggu baju dalam washing  machine siap, isikan masa tuu dengan mengaji ke, zikir ke, baca kitab ke asalkan bahan agama (cuba disiplinkan diri x tengok hp)..pagi pun awal lagi matahari pun belum keluar.

Bila kat luar nampak cerah dan bukan gelap nak hujan, cepat cepat sidai baju round pertama. Selalunya membasuh baju, cadar dan alas kaki boleh sampai 4 or 5 round. Penuhlah ruang menyidai. Korang uruskan laundry family macamana?

Bila matahari dah keluar barulah saya start mengemop pulak. Guna plak Archie mop (baca kat entry lama) senang sikit kerja aku. Dalam pukul 10.00 or 11.00 pagi dah settle basuh baju dan mengemas. Lalalala...

Perut pun lapar. Start kete pegi pasar tani yang bagi aku mahal nak mampos harga dia. Time ni penjual dah start nak kemas kemas...ada brader tu jual labu murah sbb nak tutup. So I beli la. Yang jual buah tembikai tu merepek betul.....same size watermelon, sorang jual RM7.80, sorang lagi RM4.30 (bukan sebijik pun...1/4 ajer). Aku memang tak puas hati lah dengan harga pasar tani. Ikan lagi la mahal. Memang tak beli kat sini. Aku beli kat makcik yg bawak lori parking bawah pokok je. Baik bagi duit aku kat makcik dan suaminya tu.

Oleh kerana aku kecam harga pasar tani tu kat blog aku jer dan takde impact pun kat pasar tani tu (well ramai je yang beli mcm tak kisah je brapa pun harganya) aku sorang je kecoh ha ha ha..so, aku carilah alternative lain...aku kan pengguna bijaksana ;-) (you allare kalau ada idea or alternative place share arr kat sini)

Balik dari pasar aku masak gulai lemak labu.... my all times favourite.


Resepinya :-
Labu (1/4 je) potong sederhana kecil
Santan
Daun kunyit
Ikan bilis (udang basah/kering pun bole)
Bawang kecil merah potong nipis
Bawang putih(some x letak kan)
Cili padi (ketuk je utk yg suka pedas)
Gula, garam



Cara-cara (ni style aku tau...ada yg buat style lain)

Bawang dan ikan bilis aku rebus dengan air yg sikit (sebab santan aku dah banyak air). Dah menggelegak tu aku taruk labu, daun kunyit, cili padi dan santan. Labu ni cepat lembik. So bila santan tu dah menggelegak korang kene check labu tu dengan garfu kot kot dah lembut. Haa petua untuk yang masak guna santan...api jangan besar sangat sebab kita tak nak santan cepat menggelegak pastu kene kacau supaya santan tak pecah. Letak garam dan gula sikit. Angkat. Yey siap.


Jom makan!!!








Jan 4, 2018

Dinner 3/1/2017

Salah satu azam tahun 2018 ialah nak jaga pemakanan. Sebelum ni dah terlebih makan. Tengok size dah tak ideal dah.....lama dahhhh. Sepatutnya umur jer yang meningkat...ini tidak...badan pun sama...hehe. Jadi sementara masa masih ada jom lah tahun ni kita jaga pemakanan kita. So, malam tadi saya makan salad dan poached egg. 


Poached egg yang saya buat malam tadi salah tekniknya. Saya boiled water dan masukkan telur...putih telur tu berselerak. Ikut cara Jimi kat bawah ni baru betul. Salad pula resepi nya saya bedal jer...ada carrot, daun salad, zucchini, cilantro, cabai burung, lemon jus sikit, gula and garam...olive oil takde stok. Tekak ni kalau nak diikutkan memang reject la nak makan daun-daun ni. Namun digagahkan jua. Akhirnya abis jua. Harapannya selepas ni pun terus berusaha makan makanan yang berkhasiat. Jangan malam tadi je kan. If korang ada resepi mudah dan berkhasiat bolelah share kat comment box di bawah ni. Jom sama-sama kita sihat. Take care and bye.



Jan 3, 2018

My Little Kuni

Kalau teringat kat dia ni mesti sebak...mengalir air mata. Ntah kenapa sedih dan terharu betul. Macam sayang pada manusia. Padahal kucing jer. Ini kejadian sebenar. Mungkin sebab dia ni hari-hari minta manja kat kita masa dia hidup. Kalau malam cari kita bila nak tidur dan tidur sebelah kita. Bila dia dah tiada pun (dah berbulan ni) kita mesti rasa sebak kalau teringat dia. Korang pernah tak mengalami peristiwa macam ni?

Gambar ni masa Kuni dah nak sakit. Musim virus Parvo masa tu. Banyak kucing kita mati especially yang kecil-kecil.

Ni senarai yang mati.

1. Kuni
2. Kelepet (ni British shorthair kacuk Bengal....anak saya menangis adoii la tak bole lupa kucing kesayangan dia mati)
3. Hitam...anak kucing ni orang buang tak jauh dari rumah kita. Bila dia lapar dia datang curi curi makan kat depan rumah kita. Suatu hari tu hujan...pukul 3 pagi dia mengiow ngiow depan pintu minta kita buka. Dia sejuk. Lepas bawak masuk rumah terus tak nak keluar dah. Comot muka dia tapi tetap comel kat kita.
4. Adik Kelepet belang hitam
5. Adik Kelepet belang putih
6. Abang Kuni
7. Sekor ni dah tak ingat apa nama dia

Well memang banyak kucing kitorg. Yang survive dalam 8 ekor. Tapi kucing kecil semua mati. Itu lah criter nyer...kalau ikutkan dah berpuluh-puluh ekor dah kami bela tapi bila musim Parvo jer pasti banyak kucing yang mati. Fitrah la ni...kitaran kehidupan alam semulajadi. Kalau korang ada bela kucing boleh share kat comment box bawah ni. Bole kita share kisah suka duka bela kucing ni. 


Jan 2, 2018

Safi Rania Gold / Himalaya Peel-off Mask / Garnier Micellar

Saya nak cuba set skincare Safi Rania Gold Beetox yang baru untuk tahun 2018 ni. Haa tahun lepas saya pakai skincare tak berjenama pun...hehe. Tak boleh nak panggil skincare coz tak care langsung sebenarnya. Senang criter saya tak ambil tahu langsung pasal skincare ni. Ntah la kenapa...padahal dulu-dulu saya ada salun kecantikkan (zaman product Marbella...sapa tau brand ni?). Mungkin saya tak anggap skincare satu keperluan sebab banyak keperluan lain yang perlu di care kan. Gitu la rasanya. 

Well itu dulu...sekarang ni saya nak cuba pakai Safi Rania Gold Beetox ni dan nak kasi review tiap tiap minggu (boleh percaya ker rajin nak review ni?). Dalam set ni ada pencuci, scrub, toner, krim siang dan malam. Kalau nak diikutkan ada lagi product tambahan dia....macam ada budget tambahan...memang tak laaa...hehe...as long as ada basic pun cukup lah dulu. Kita tengok macamana yea. Kalau korang penah atau sedang pakai set ni sila share dengan saya ye. Selain tu kalau ada yang pakai skincare brand lain pun boleh la share jugak. Seronok juga nak dengar pasal penjagaan kulit muka ni. Penting kan especially untuk yang ada masalah kulit macam saya ni. 




Lagi....terbeli Garnier Micellar Cleansing Water ni juga. Rata-rata penggunanya bagi review yang bagus untuk make up removal. Saya dah pakai 2 hari dan yes memang bagus. Tak pedihkan kulit dan mata bila tenyeh buang celak tu. So saya recommend pada pengguna yang tercari-cari make up removal yang murah tapi berkesan. Korang boleh share kat comment box bawah ni kalau ada make up removal yang lain brand jugak.

Lastly saya saja jer nak cuba Himalaya Almond and Cucumber Peel off Mask ni. Baru pakai sekali rasa macam okey. Mask ni normally dipakai untuk orang yang mempunyai kulit muka berminyak. Saya dah tua kulit muka dah mula kering. Tapi saya pakai untuk kecilkan pores dan untuk tarik black or white head kat hidung tu. Harga less than RM30. Boleh lah untuk yang budget rendah macam saya ni. After two weeks nanti saya akan kasi review. Korang pakai peel off mask apa yea?




Welcome 2018

Selamat datang 2018....errr macam tak kena jer. Well sebenarnya tahun 2018 tu memang akan ada je...kita je lah sempat ke tidak jumpa 2018. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya dan anda pembaca sekalian di beri peluang untuk menjejak ke tahun 2018 walaupun hari ini baru 2 January 2018. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah....segala puji dan kekuasan hanya milik Allah yang empunya semesta langit dan bumi dan segala isinya. Subhanallah!!

As usual kita mesti sibuk memperkatakan tentang azam tahun ini pula kan (tahun lepas punya azam macamana? ntah...dah tak ingat pun apa azamnya hehe). Biasa la kita ni tak berdisiplin...saya la tu. Kalau genggam bara memang terlepas la....bukan menjadi abu pun. hehe. Cumanya bila umur dah meningkat ni rasa time is short...rasa banyak benda tak tercapai....baik dari segi kerjaya, kewangan, cita-cita dan macam-macam lagi. So sad.

Sometimes rasa putus asa.....sebab hidup ni macam tak sempat dah nak kejarkan yang kita cita-citakan itu. Hmmm sangat bahaya bila kita rasa putus asa ni. Macam gadis yang berumur dan belum dapat jodoh...kawan-kawan sebaya semua dah nikah...dia pakwe pun takde. Kalau ada pun yang jenis jantan biawak eiiii tak suka la. So terus tak semangat nak cari jodoh...hari hari balik kerja layan criter korea...makan tido makan tido...pasrah meniti hari tua tanpa buat apa-apa. Kesian kan.

Well dalam Islam pun tak boleh berputus asa. Jangan no no. Kene bangkit dan bersemangat. Fikirkan yang positif dan muhasabah diri. Kita boleh mulakan dengan perkara-perkara berikut :

1. Percaya pada Qado dan Qadar .... ingatkan pada diri kita bahawa semua yang dah berlaku itu adalah apa yang telah Dia tetapkan pada kita. Harus percaya ini. Ini dalam rukun Iman. Kalau tak buat ini nanti ada yang blame kat diri sendiri la...orang lain la..haiishh tak mau.

2. Berbaik sangka dengan Allah s.w.t.....berbaik sangka dengan Allah akan membuka pintu harapan. Kita tak mampu nak tukar jadi orang yang positif selagi mana kita berburuk sangka dengan Allah.

3. Panjatkan doa....terus doa doa doa. Tak kiralah apa masalah kita hendaklah jangan lupa berdoa. Doakan senjata mukmin.

4. Meneguhkan Tawakal...bila dah usaha baru tawakal. Ada kata tawakal dan baru usaha...apa saja lah dua dua kene ada kan.

5. Sabar dan tenang....jangan serabut...jangan kecoh sana sini kalut criter kat orang sampai kadang-kadang maruah kita pun di pandang rendah.

6. Start planning dan pasang strategy....ada perkara-perkara yang kita boleh start buat planning dari awal supaya mudah untuk kita capai. Ambil kertas dan pen tulis apa yang kita nak buat. Jangan tunggu-tunggu.

7. Tambah ilmu....kita ni bukan takde ilmu langsung...ada jer walaupun seciput. Tapi dari dulu sampai sekarang itu jer lahhh ilmu yang kita ada. Kalau dulu pandai masak ayam goreng, tahun 2018 ni belajar la masak ayam rendang. Baru la ada peningkatan kan. Sama gak dengan ilmu agama, pegi la kelas-kelas ilmu. Kesian diri kita ni...takde ilmu...nanti orang kata kita bodoh kita tak ngaku...tapi memang betul pun.

8. Always positif and stay positif....no matter what happens. Jadi orang yang memberi manafaat pada orang lain.

Saya percaya ada banyak lagi point-point yang boleh ditambah di sini. Uols bole tambah kat comments box kat bawah tu. Mana tau idea korang bernas dan saya pun boleh gunakan juga. Kalau korang ada azam baru tahun 2018 ni pun boleh share gak kat sini. So, mudah-mudahan tahun ini dan mendatang Allah bukakan seluas-luasnya jalan kebaikan dan kemudahan untuk hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Amin.

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...