May 20, 2011
Kedai Mamak
Apsal kedai mamak satu ni selalu penuh??? Apa yang istimewa sangat sampai tiap kali saya datang jer takde tempat duduk. Asal datang jer takde tempat duduk. Boring tul la. Orang kata mamak kuat mandrem...betul ke? Pendapat saya ialah kedai mamak ni convenient. Makanan murah ada, yang mahal pun ada. Rata-rata kalo nak jimat boleh order teh tarik dan roti canai. Kalo nak mahal sikit boleh order jus buah dan tandoori chicken plus roti tampal. Macam kedai mamak Riyad tu nasi kandar dia sangat la sedap. Pasal tu budak-budak sekolah pun lepak kedai mamak, orang balik keje pun lepak kedai mamak dan pakcik balik masjid pun lepak kedai mamak. Sekarang pulak kedai mamak siap ada LCD tv lagi. Bukan 1 tapi 4 or 5 LCD dia pasang. Sooo meraih. Anyway, mana-mana kedai yang kita nak makan, pastikan kebersihannya. Saya selalu perati lantai dan keadaan kedai tempat saya nak makan. Kalo lantai berkarat dan keadaan kedai bersepah dengan sampah merata, saya akan reject kedai tu. Pastu peratikan baju dan penampilan pekerjanya. Kalau comot dan serabai saya reject juga. Kalo bole curi-curi tengok kuku diorang (kene cekap sikit ni..hehe). Tak kira la di mana anda nak makan baik kedai mamak, kedai tomyam, bangi kopitiam or tepi jalan. Yang penting pastikan kebersihan kedai tersebut ditahap yang memuaskan hati anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
☀☁☂☃☄★☆☔☽☾ ⛆⛆ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 2018 ⛆⛆ 🌌🌋🌊🌉🌈🌇🌆🌅🌄🌃🌂🌁🌀 Jom banyakkan...
-
"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".
-
Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya A...
No comments:
Post a Comment