Feb 4, 2017

The Regency Alor Setar Kedah Malaysia

Berhabuk giler blog nih 😛

Mungkin hari ni hari terbaik untuk memulakan criter di blog ni.

Just nak share criter pasal outstation trip baru-baru ni. Aku dan rakan2 sekerja ke Kedah and Penang.  Aku stay di The Regency Hotel kat Alor Star. Aku dan bos aku ambil bilik twin bed. Sorang lagi double bed. Both dapat free breakfast.

Puas hati stay kat sini...bilik yang selesa, bersih, luas, window yang besar, layanan yang baik, breakfast pun okey dan harga yang sangat berpatutan. Takde apa nak komplen.

Lokasi pun tengah bandar. Nak makan luar senang. Dekat sangat dengan pekan Rabu.

Next day pagi tu kitorang ke Kulim and Kubang Pasu jumpa client di sana serta meeting dengan PPD. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Masa kat sini kitaorg sempat makan kat sini je:

 1. Nasi Lemak Hijau Kuning. Kawan yang rekemen. Macam versi nasi lemak kandar...faham tak? Tak kene dengan selera tekak aku.
2. Restoran Ikan Bawal...tepi jalan jumpa otw balik dr Kubang Pasu. Aku ambil bawal emas bakar. Haaaa kau RM24 hehe...anyway bawal bakar tu sedap. Cuma tak larat nak abis sebab tamak sangat hehe. Kerabu perut pun sedap. Ikan pekasam lagi sedap. Next time makan nasi + ikan pekasam goreng + ulam + sambal belacan lagi nikmat.

Balik dari Kubang Pasu terus check out dan gerak ke Sebarang Jaya jumpa client kat situ pulak. Lepas tu terus balik KL. Sampai KL dah pukul 10.30pm. End.

Note: Nanti aku upload gambar k.







No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...