Sep 19, 2016

Antara Perbezaan Seorang Muslimin dan Seorang Mukminin

Saya fikir entry Kak Azie ini sangat bermanafaat dan saya sharekan di sini untuk bacaan kita. Entry asal dari link aziejaya@blogspot.com

Saya ingin kongsikan perkongsian yang menarik oleh Dr Muhamad Nasib di Surau tempat saya bekerja berkenaan perbezaan antara seorang muslimin dan seorang mukminin dalam bab beribadat. Antaranya yang sempat saya salin adalah orang muslimin akan datang ke masjid selepas azan. Orang mukminin akan datang sebelum azan kerana azan adalah untuk memanggil orang yang lalai. Orang mukmin hatinya sentiasa mengingati Allah dan lebih memerlukan Allah. Jadi mereka akan sentiasa menunggu waktu solat.  Orang muslimin suka solat bersendirian dan sebelum solat akan bermalas malas. Akan masuk masjid tapi tidak meluru ke syaf pertama. Orang mukminin suka solat berjemaah dan akan meluru ke syaf pertama. Sekiranya tahu kelebihan berada pada syaf pertama, nescaya mereka berebut rebut. Hingga sanggup dicabut undi. Barang siapa sangat cinta untuk bertemu Allah, Allah akan suka untuk bertemu dengan kita. Orang mukminin akan ke masjid awal dan mulakan dengan ibadah sunat seperti solat tahiyatul masjid atau membaca Al Quran. Rasulullah bersabda, Hendak lah datang dalam keadaan tenang dan beradab. Rasulullah tak suka orang yang datang solat tergesa gesa dan hati masih tertinggal di luar. Orang muslimin solat sekadar bacaan dan fizikal. Orang mukminin akan menghayati solat dari segi bacaan dan makna serta hati dengan yang kusyuk. Syarat untuk kusyuk ialah dengan menghadirkan rasa dalam hati dan memahami makna setiap bacaan dalam solat. Apa yang sebenar kita perlukan dalam hidup. 

Orang mukmin akan memanjangkan bacaan dalam solat dan pendekkan waktu berdoa. Manakala muslim pendek solat dan panjang doa. Menangis ketika dalam solat lebih afdhal dari luar solat. Solat orang mukmin panjang dan waktu doa lebih pendek. Allah menjawab setiap bacaan dalam surah Al Fatihah. Tapi kalau Rasulullah melihat ada Jemaah yang uzur atau ada kanak kanak, Rasulullah akan memendekkan bacaan dalam solat. Rasulullah berdoa selepas doa dajjal dan sebelum memberi salam. Orang mukminin akan berehat dalam solat tapi orang muslimin pula berehat selepas solat kerana terasa solat seperti beban dan memenatkan. Kerana dalam solat, orang mukminin bercakap cakap dengan Allah. Bagi orang muslim solat adalah satu kewajipan semata sedang orang mukmin solat adalah tanda kesyukuran. Orang muslim akan beristighfar selepas solat untuk memohon ampun pada dosa dosa yang lalu tapi orang mukmin akan memohon ampun atas kekurangan dalam solat yang baru dikerjakan.  Semoga bermanfaat untuk kita melihat di mana diri kita sendiri berada sekarang. 

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...