Feb 4, 2017

Pagi ke Pasar Tani

Every Saturday, routine aku ialah pegi pasar tani. Aku nak beli ikan fresh dan ayam untuk stok seminggu. Dulu2 aku ingatkan pasar tani ni murah. Rupanya mahal. Aku cuma beli ikan dan ayam je. Sayur aku beli kat pasaraya area situ. Sayur di pasar tani mahal melambung. Aku tak faham kenapa nak jual sayur tu mahal sangat. Sayur je kot.
Untuk orang macam aku ni, tak kaya, pendapatan seisi rumah yang kecil, memang wajib berbelanja berhemah. Dulu2 rajin juga makan di luar bawa anak2. Sejak harga makanan dah naik mendadak sangat, kami sekeluarga makan kat rumah je. Masak sendiri lagi puashati. Terjamin kebersihan. Sekali sekala je makan kat luar. Itu pun pilih2 kedai.
Sejujurnya aku rindu pada zaman dulu2...zaman Tun M jadi PM. Time tu makanan murah. Adakah sebab inflasi atau ketidak cekapan pemerintah yg ada sekarang ini? Hmmm...panjang pulak kalo nk criter and kupas. 

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...