Feb 8, 2017

I was in BEAUFORT


Menjejak kaki ke Beaufort adalah satu pengalaman baru. Alhamdulillah semua urusan kerja Allah permudahkan. KK ke Beaufort dalam 1 jam 45 minit. Jalan cantik. Sepanjang perjalan kami lalui bandar-bandar kecil, kawasan tepi laut, kampung-kampung dan kawasan lapang berpemandangan ke banjaran gunung Kinabalu. Banjaran gunung Kinabalu tu jauh sayup2 mata memandang serta diliputi awan tebal. Mengikut kata client kami, kalau hari cerah tanpa litupan awan boleh nampak puncak gunung Kinabalu. Masa kami lalu tu memang tak nampak. Actually, sepanjang kami di Sabah memang asik nampak awan tebal ajer. Patutlah di gelar bumi di bawah bayu. Sesuai sekali. Ok back to Beaufort...kami telah pegi melawat sekolah sehingga ke kawasan Bintuka. Jauh bah. Bintuka penghujungnya boleh ke laut. Nnt aku share gambar.
Syukur akhirnya sampai ke Kabajang Beaufort Sabah




Padas Damit .....jauh  bah!
Semasa di Beaufort sempat makan di Restauran Ayam Penyet.

Makan ayam berempah...sedapppp!!!

Aku makan nasi ayam berempah. Rasanya sedap bah. On the way balik ke KK singgah di kawasan Papar untuk menangkap ikan bilis dan udang kering. Wowwwww sangat. Menyesal tak beli banyak. Susah nak dapat harga murah macam ni.







Bos aku siap beli ikan masin. Yang menariknya ialah ikan bilis dan udang kering di situ murah sangat dan fresh. Aku rasa nk borong 10kg ...hehe..end up sekilo dua jer. Sepanjang perjalanan balik tu otak aku berfikir...inikah pertama dan terakhir aku ke Beaufort? Wallahualam.

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...