Feb 5, 2017

Oceania Hotel Kota Kinabalu

Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah Yang Satu.

Menunggu boarding di KLIA
Hari ini dalam sejarah ...first time aku mencecahkan kaki di Kota Kinabalu atas urusan kerja. Jawatan aku ni kecik aje...tapi syukur alhamdulillah Allah bagi aku rezeki dan peluang menjejakkan kaki ini ke merata-rata tempat di seluruh Msia termasuk Sabah dan Serawak.

From KLIA flight pukul 9.15am dan sampai KK pukul 11.55am. Aku memang booked MAS sebab beza harga dengan AirAsia cuma RM2 je.
Dalam flight aku pilih makan murtabak ayam!

Sampai KK terus ada airport transfer tunggu dan terus gerak ke Oceania Hotel. Cuaca kat KK sangat cerah dan terang sama macam cuaca kat Serawak masa aku pegi hujung tahun lepas. You can feel the different compare to cuaca kat KL. I like.



Sori gambar dari hp murah aku. Jadilah...kenang-kenangan untuk aku sendiri kalau umur panjang boleh tengok gambar-gambar ni lagi.😊




Oceania Hotel 
Sampai hotel terus check in. Front desk staff dia sangat friendly. Selesai urusan terus ke bilik. Buka pintu jer...tadaaa... sangat puas hati. Masa booking tak perasan ambik bilik double room. Memang bilik tu selesa, luas dan bersih. Tapi aku x nak sekatil dengan bos aku. Manatau selama hari ini aku tidur sopan tapi tetiba kat KK ni aku tido ter-ganas...oh tidakkkkk...hehe. So aku minta tukar ke bilik twin bed. Alhamdulillah dapat tukar. Tu aku kata front desk staff tu baik sangat bah. Mau lagi aku repeat Oceania Hotel kalo datang KK lagi.

Ni double room yang kami nak tukar.

My boss

Ni bilik kami..twin bed


Selesa sangat untuk dua orang




Nampak tak rain shower tu...bos aku tak sabar nak mandi!!

Oceania Hotel juga ada sediakan free shuttle service untuk trip ke Central Point. To and fro. Apalagi, petang tu kami ke pasar Filipino ler. Jalan kaki jer dari Central Point. Sampai kat pasar tu memang rambang mata tengok kraftangan gelang dari mutiara. Harga sangat berpatutan. Terus rembat untuk mereka yang tersayang. Sempat lagi wassap tanya member ofis yg nak kirim. Bos aku pun borong sakan gak.














Ni pasar jualan koropok ikan dan macam2 lagi hasil buatan tempatan


Habis shopping kitorg ke Central Point untuk makan. Habis makan kami jalan-jalan dlm Central Point. Pastu balik hotel.

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...