Feb 8, 2017

First time ke Labuan

KK ke Labuan hanya 30 minit sahaja. Aku naik MasWing. Kecil je kapal ni tapi selesa. Kat dalam flight dapat Milo kotak je (aku simpan dan minum kat hotel). Sampai di airport Labuan kami terus bergerak ke pekan Labuan menuju ke Bangunan Ujana Kewangan untuk berjumpa ketua pengarah. LOFSA terletak di sini. Bilik ketua pengarah mengadap view ke laut dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Aku siap cakap kat KP tu yang view bilik dia sangat cantik. Dia jawab "pasal itu saya selalu tenang dan  boleh selesai banyak masalah". Hahaha. Untung betul KP ni. Menteri kat Putrajaya pun takde seaview macam ni. Aku kalo macam ni hari2 datang ofis dan selfie.
Bangunan Ujana Kewangan ....tangkap gambar ni dari hotel
Anyway, our discussion with KP sangat fruitful. Syukur alhamdulillah...segala puji hanya untuk Allah. Aku stay for 2 days 1 nite je kat Labuan ni. So tak sempat ronda habis pun. Di Labuan ni apa yang aku tahu selain dari offshore financial hub ialah barang bebas cukai. Apa yang murah? Chocolate, rokok, perfume dan liquor. Duty free trade zone kan Tapi aku rembat chocolate jer. Gila kau nk rempat liquor..hehe. Kalo liquor murah mesti banyak pub and nitelife. Kalo ada pub mesti ada GRO and prostitute. Pandai2 la korang fikir. Apa2 pun tujuan aku ke sini xde kene mengena dengan semua tu.

Pada sebelah petang tu aku sempat di bawa melawat beberapa kawasan di sebelah kampung. Seriously, kawasan kampung di Labuan tenang dan bersih. Semua tepi laut (yang aku lawat tu lah).
Ada kampung atas air. Tapi aku lalu je. Tak singgah pun sebab dah malam. Ada juga kawasan marina yang katanya banyak clubhaus dan pub. Tak pegi pun.
Malam kat hotel pengsan letih habis. Nnt aku update pasal hotel pula.









No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...