Feb 9, 2017

Hotel Labuan Point

Kami stay kat hotel Labuan Point. Client suggest stay kat California Hotel betul2 kat town tapi hotel Labuan Point ni pun dekat gak dengan town. Labuan kan kecil je. Hotel ni 5 minutes from airport. Dekat sangat kan? Aku booking online je thro' Booking.com (aku tak pakai Agoda dah...hidden charge mahal sangat lah...eeii what is wrong with you Agoda???)



We pilih bilik superior twin room. Caj for 1 night stay RM158. Takde deposit pun. Ambil 2 rooms cam biasa. Bilik bersih, comfortable, luas dan view bilik aku dan bos aku mengadap town. Laut tak nampak lah. Bukan depan laut pun. Ada free airport transfer and free breakfast. Berbaloi kan? Well walaupun kita business trip tapi kita try berjimat dan berhemah.




Kat bilik semua ada kecuali iron board and laundry bag. So minta jer lah. Service housekeeping pun cepat. Aircond ambil masa sikit nak sejuk. Tapi subuh tu menggigil jugalah nak ambil wuduk. Nasib baik hot and warm water dia superb. Water pressure pun bagus.



Since the next day to our flight dalam pukul 5:55pm, so kami minta late check out. So we pay RM79 for penalty caj. Kami check out pukul 4:00pm.
2nd day tu breakfast kat tingkat 8 (atas sekali). Bilik kami kat level 4. So, breakfast sambil menikmati pemandangan di kawasan sekitar hotel. Menarik la juga.
Breakfast menu pun sama macam lain-lain hotel. Kopi tenom. Roti bakar. Bihun goreng. Nasi lemak dan macam2 lagi. Bab roti bakar ni aku suka butter yg dalam pack2 kecil tu. Selalu hotel pakai brand Anchor kan. Kat sini tak tahu butter apa sebab dah siap cube slice. So aku tak try pun. Bos aku dan client aku makan macam sedap je. Ok la kot. Aku suka bubur nasi dan kacang peas goreng butter. Sedap!
So kalo sapa-sapa nak datang Labuan boleh cuba stay kat sini.




















No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...