Hmmm...mungkin ada yang tak tahu cara bertaubat, kan? Kadang-kadang kita memang nak bertaubat tapi tak tahu nak start dari mana? Check kat internet pula, panjang lebar la pulak citer bab taubat. Baca buku plak, banyak sangat la pula bab-babnya. Nak tanya ustaz, mungkin malu. Last-last mcm susah jer nak bertaubat. Sebenarnya, bab bertaubat ni pun memang panjang lebar seperti yang telah dikarang oleh para alim ulama. Ini benar. Elok kita baca dan belajar juga bab-bab Taubat ni nanti. Ianya pun ilmu juga.
Ambil wuduk, terus sembahyang Taubat 2 rakaat. 'Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala'. Abis solat kita doalah pada Allah mohon ampun atas segala dosa-dosa kita tak kira apa pun dosa kita. Dan kita kata dgn penuh ikhlas dalam hati yang kita bertaubat nasuha. Taubat yang benar-benar taubat, bukan main-main atau lakonan. Taubat yang sungguh2 hingga tak mau buat lagi dosa-dosa itu. Kita menyesali apa yg kita telah buat. Tak kira apa saja dosa. Mohon Allah ampunkan dan mohon Allah beri kita jalan keluar dari semua kesulitan. Kalau dosa kita dgn sesama makhluk pun kita mohon Allah beri kita jalan bagaimana nantinya untuk diselesaikan. Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk dan membimbing kita ke jalan yang diredoiNya. Mudah saja bagi Allah, tapi sulit bagi kita. Tapi Allah menunjuki siapa yang Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yang Dia kehendaki. Maka kita mohon supaya kita termasuk kedalam orang-orang yang diberi petunjuk itu.
Selepas itu, jangan pula kita rasa sudah selesai. Kita kene berusaha mempelajari ilmu Taubat. Mengikut Imam Al Ghazali taubat ini ada bab-babnya. Jadi kene la tau. Kita belajarlah pelan-pelan. Kita buatlah sikit-sikit. Yang penting kita niatkan kita nak bertaubat dan berubah. Anggaplah kita sedang berhijrah dan berjihad dari kejahatan ke arah kebaikkan. Jalanlah sikit sikit selangkah demi selangkah. Yang penting jangan berhenti.
Nanti saya sharekan doa taubat yang dalam buku Imam Ghazali ya.
Dec 12, 2013
Dec 11, 2013
Jalan Kebahagian - Part Akhir
Bila keingin ingin berubah itu kuat, maka berdoalah siang dan malam kepada Yang Empunya diri kita ini. Sesungguhnya keinginan untuk berubah itu pun sendiri datangnya dari Allah.Tak kira la siapa kita dulu, banyak mana dosa kita, tersesat jauh mana kita ni, jahat giler babas kita ni dulu ke or et cetera et cetera. Mohon ampun dan bertaubat lah bersungguh-sungguh. Mohon Allah kasihani diri kita yang hina ini, yang jahil, yang lalai, yang bodoh, yang melampaui batas, yang telah menzalimi diri sendiri, yang tersesat....yang ingin semula ke pangkal jalan. Dan ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Mengasihani akan hamba-hamba dan Allah s.w.t sangat sukakan orang-orang yang bertaubat.
Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, “Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).
“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. asy-Syura: 25).
“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-A’raf: 153).
“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. an-Nisa`: 110).
Begitu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, “Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu.” (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”
Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian.” (HR. Muslim).
Selepas bertaubat, maka kenelah beramal. Bagaimana nak beramal jika tiada ilmu. Maka wajib lah menuntut ilmu.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Huud: 114).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Shalat-shalat yang lima waktu, jum’at ke jum’at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan.” (HR. Muslim).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda, “Dan ikutilah perbuatan buruk/ kejahatan dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya.” (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).
Dan ilmu itu akan membawa kita mengembara ke jalan Ilahi. Maka carilah ilmu, carilah ilmu, carilah ilmu. Ilmu itu kunci dunia dan akhirat. Ilmu itu kunci syurga. Ilmu itu cahaya penyuluh jalan yang gelap. Ya Allah, ampunilah dan kasihihanilah kami. Amin.
Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, “Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).
“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. asy-Syura: 25).
“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-A’raf: 153).
“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. an-Nisa`: 110).
Begitu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, “Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu.” (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”
Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian.” (HR. Muslim).
Selepas bertaubat, maka kenelah beramal. Bagaimana nak beramal jika tiada ilmu. Maka wajib lah menuntut ilmu.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Huud: 114).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Shalat-shalat yang lima waktu, jum’at ke jum’at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan.” (HR. Muslim).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda, “Dan ikutilah perbuatan buruk/ kejahatan dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya.” (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).
Dan ilmu itu akan membawa kita mengembara ke jalan Ilahi. Maka carilah ilmu, carilah ilmu, carilah ilmu. Ilmu itu kunci dunia dan akhirat. Ilmu itu kunci syurga. Ilmu itu cahaya penyuluh jalan yang gelap. Ya Allah, ampunilah dan kasihihanilah kami. Amin.
Doa Untuk Jiwa Yg Kacau...
Panjatkan doa pada Allah, "Wahai Allah yang maha pengasih & maha penyanyang, bimbinglah aku kejalan Mu, berilah ilmu pengetahuan yang mendekatkan aku kepada Mu dan masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hambaMu yang bertaqwa". Apabila Allah kurniakan taufiq & hidayahNya, maka jalan yang gelap menjadi terang.
Dec 9, 2013
Jalan Kebahagian - Part 2
Saat aku ditimpa musibah, aku langsung rasa tidak bahagia. Hari2 jiwa aku rasa sempit. Aku menghilangkan diri. Aku benci dunia. Aku benci manusia. Hari-hari aku meratapi musibah ini. Aku rasa ingin mati (tapi aku takut mati!). Sampai suatu hari aku buka kembali buku "Menuju Mukmin Sejati" karya Imam Ghazali. Aku temui sedikit cahaya. Namun jalannya masih belum terang.
Dec 8, 2013
Jalan Kebahagian - Part 1
Apakah kebahagian sebenar bagi kita? Cuba fikir dan renungkan. Adakah bahagia itu bila kita banyak duit, gaji besar atau banyak harta? Atau adakah bahagia itu kita nilai bila kita dapat suami yang kaya dan baik hati atau isteri yang cantik dan pandai melayan kita? Atau adakah bahagia itu terletak pada anak-anak yang ramai dan anak-anak berjaya masuk universiti? Atau adakah bahagia itu bila mana kita dapat pergi melancong atau pergi umrah setiap tahun? Yang mana satu yang kita bahagia ni???
Dulu, aku fikir bahagia tu bila hidup aku senang dan banyak duit. Memang aku bahagia la sangat bila banyak duit. Tengok RM ribu-ribu dalam akuan macam best jer. Hati pun lapang jer. Tak perlu nak risau apa2. Hubungan suami isteri pun mesra jer. Anak-anak pun asik ajak makan luar dan pegi melancong dan shopping-shopping. Sedara mara pun tumpang gembira. TAPI, duit lah kata kan...boleh habis!! Bila duit dlm akaun dah mula susut, aku pun mula rasa tak berapa nak bahagia. Kusut dan serabut pun sampai. Hati yang lapang dah mula sempit. Hubungan suami isteri pun dah mula tegang. Ya, last-last everything dah kelam-kalibut. So, DUIT memang tak membahagiakan.
Oct 24, 2013
Rahsia Tipu Muslihat Iblis
Artikel asal di ambil dari blog ...http://syamzahsalasilah.blogspot.com/
RAHSIA TIPU MUSLIHAT IBLIS
Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.
Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
Soalan Nabi (1) –"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis,dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"
Soalan Nabi ke 2 –"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datang lah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi ke 3 –"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Soalan Nabi ke 4 –"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi ke 5 –"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"
Soalan Nabi ke 6 –"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."
Soalan Nabi ke 7 –"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan Nabi ke 8 –"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan Nabi ke 9 –"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.
Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"
Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.
Soalan Nabi ke 10 –
"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti bersambung hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat perjudian dan perempuan pelacur"
Soalan Nabi ke 11 -
"Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"
Soalan Nabi ke 12 -
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"
Soalan Nabi ke 13 -
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
Soalan Nabi ke 14 –
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi ke 15 –
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi ke 16 -
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"
Soalan Nabi ke 17 -
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"
Soalan Nabi ke 18 -
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"
Soalan Nabi ke 19 -
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Soalan Nabi ke 20 -
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "
Soalan Nabi ke 21 -
"Hai Iblis! Apakah yang merantai engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berjual beli dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya"
Soalan Nabi ke 22 -
"Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, betapa hal engkau?"
Jawab Iblis - "Apabila bertemu dua Islam di tengah perjalanan memberi salam serta dijawab oleh yang lain, maka rasa pecah dada hamba dan hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun sehingga keduanya berpisah"
Soalan Nabi ke 23 -
"Hai Iblis! Siapa pula yang hampir kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meminum arak, tuak, penghisap candu, ganja kerana bahaya zahirnya membawa kepada pecah-belah, perkelahian, penceraian dan pembunuhan"
Soalan Nabi ke 24 –
"Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, hamba akan duduk pada leher perempuan itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik. Apabila dipandang dari belakang nampak lehernya yang halus, pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang mana membangkitkan nafsu. Dari hadapan pula hamba hiaskan dadanya dengan buah dada yang melekap. Lalu hamba panah pada jantung hati salah seorang atau keduanya hingga bergerak nafsu syahwatnya. Orang yang tidak memelihara hatinya tidaklah terpelihara farajnya atau kemaluannya. Oleh itu tidaklah terpelihara imannya."
Soalan Nabi ke 25 –
"Hai Iblis! Di mana engkau diam?"
Jawab Iblis - "Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila mereka menyembah, hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah yakin pada kerja syiriknya itu. Sudah banyak umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu walaupun sekadar melawat, menunjukkan sangat tipis imannya"
Soalan Nabi ke 26 -
"Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"
Jawab Iblis - "Setiap rumah wayang, tempat joget dan seumpamanya yang bercampur pemuda dan pemudi"
Soalan Nabi ke 27 –
"Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai di dalam masjid. Apa yg engkau hendak buat?"
Jawab Iblis - "Hamba hendak mengacau dan merosakkan sembahyang orang di situ, tetapi hamba takutkan seorang yang tidur di situ" Nabi bertanya, "Mengapa engkau tidak takut kepada orang yang sembahyang itu, padahal dia bermunajat kepada Allah. Kenapa pula engkau takut pada orang yang tidur itu padahal dia lalai dan tidak memandang satu apa pun?" Jawab Iblis, "Orang yg sembahyang itu jahil dan amat mudah hamba goda, tetapi orang yang tidur itu alim. Jika hamba goda juga, hamba takut orang yang tidur itu bangun lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu"
Soalan Nabi ke 28 -
"Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang menyanyi, berpantun, berpantun-seloka dan sebagainya kecuali orang yang bernazam, berlagu-lagu, bernasyid memuji Allah serta selawatkan Nabi"
Soalan Nabi ke 29 -
"Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang menipu harta orang, memakan harta anak yatim dan memakan riba' "
Soalan Nabi ke 30 -
"Hai Iblis! Engkau gelapkan hati manusia kerana apa?"
Jawab Iblis - "Sebab mereka makan minum pencarian haram kerana mereka sudah gelap mata untuk mencari rezeki yang halal. Juga mereka yang tidur meninggi hari hingga tertinggal sembahyang subuh serta memenuhkan perut sekenyang-kenyangnya"
Soalan Nabi ke 31 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyukakan hati engkau?"
Jawab Iblis - "Orang kaya yang bakhil; tidak mengeluarkan zakat pada hamba Allah yang daif. Zakatnya dihantar pada orang lain, padahal kaumnya miskin. Bahawasanya orang bakhil itu seteru Allah dan yang tak berzakat itu akan masuk ke dalam neraka bersama hamba"
Soalan Nabi ke 32 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyuburkan badan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang hasad dengki, orang yang tak belajar peraturan agama Islam dan semua perempuan jahat, perempuan yang mencabul dirinya sendiri dan menjual maruah"
Soalan Nabi ke 33 -
"Hai Iblis! Jika mati seorang ulama, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Bertambah subur dan bertunaslah kerja hasutan hamba, Maka kata Nabi, "Sesiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah pahala baginya seperti seribu alim dan seribu syahid." Tambah Nabi, Akan datang umatku akan lari daripada ulama. Setiap orang yang bencikan orang yang mengajar agama itu akan diturunkan oleh Allah dengan 3 bala:
1) Diangkatkan berkat daripada pencariannya.
2) Allah akan mendatangkan raja atau ketua yang zalim.
3) Mereka dikeluarkan daripada dunia dengan tidak beriman.
Soalan Nabi ke 34 -
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang berjemaah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sesungguhnya mereka telah menghuraikan simpulan tipudaya hamba"
Soalan Nabi ke 35 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat keatas ku, betapa hal engkau?"
Jawab Iblis - "Mereka telah membelah muka hamba kerana sangat ingat akan tuan."
Soalan Nabi ke 36 –"Jika umatku sembahyang Hari Raya, betapa hal engkau? Kerana Allah Maha Besar telah berfirman demikian: "Hai sekelian Malaikat! Saksikan oleh kamu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan sekelian dosa Nabi Muhammad; lelaki dan perempuan" Apabila telah selesai sembahyang dan kuthbah pula, firman Allah : "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing. Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang terdahulu dan Aku gantikan dosa kamu dengan kebajikan."
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan pergi sembahyang Hari Raya, maka hamba sangat menanggung dukacita dan menyesal. Maka hamba pun bertempik dan datanglah sekelian tentera hamba dan bertanya,"Hai Raja kami! Siapa tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau dari bumi? Titahkan kami sekelian untuk membinasakan yang di langit atau di bumi itu!" Maka kata hamba, "Hai bala tenteraku! Apa yg menyebabkan hamba menanggung dukacita ialah kerana Allah Taala telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah mengkabulkan puasa mereka? Tuhan sangat sayang akan mereka dan dikasihankan dengan rahmat, diperkenankan doa akan apa yang dipinta dan diampunkan segala kesalahan mereka. Hai tenteraku! Goda mereka supaya malas beramal ibadat, bersuka-suka, bermain-main, memuaskan hawa nafsu dengan pelbagai maksiat; agar datang kemurkaan Tuhan kepada mereka dan kelak diturunkan bala. Kerana itu kemudian akan menyenangkan hatiku." Maka pergilah sekelian iblis dan syaitan mengacau umat Muhammad"
Soalan Nabi ke 37 -
"Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"
Jawab Iblis - "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun; tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit. Maka lemahlah hamba, lalu hamba sapu muka dengan tanah. Hai celaka malang diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling pergi."
Soalan Nabi ke 38 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa membaca doa awal tahun ini, Allah akan memerintahkan dua Malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan ditulis kebajikan di dalamnya kerana membaca doa ini."
Soalan Nabi ke 39 –"Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidak bertaubat dari dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa. Ya Nabi Allah! Bahawa telah hamba binasakan sekelian manusia dengan pelbagai dosa maksiat maka sukalah hamba. Tiba-tiba mereka mengucap kalimah Lailahaillallah dan beristighafar, maka binasalah hamba kerana ucapannya itu. Lagi satu keuntungan besar hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul-siul. Mereka itu adalah anak buah hamba. Kerana pada masa hamba dibuang ke dunia ini dahulu, hamba mengembara dan berjalan dengan bersiul-siul. Orang yang bersiul-siul itu adalah penghibur Iblis dan syaitan, tetapi orang yang bang (azan) itu penghambat Iblis dan syaitan kerana Malaikat-Malaikat akan hadir sembahyang bersama-sama mereka."
Soalan Nabi ke 40 –"Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke alam dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kafir kepada beriman, daripada gelap-gelita kepada terang benderang"
Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke Hadrat Allah dan berkata: "Ya Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha bersungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama nyawa ada di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda pemudi bercampur dan berkenalan supaya senang hamba mencelah di antara mereka."
Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu, bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni akan dosa umat Muhammad, selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu" Maka kata Nabi, "Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Maka Iblis berkata, "Ya Rasulullah! Bahawa hamba sangat ajaib melihat dua perkara sekelian hamba Allah. Yang pertama mereka mengaku kasih akan Allah padahal pula mereka taat akan hamba dengan berbuat maksiat. Yang kedua mereka sangat marah akan hamba tetapi mereka menurut juga hasutan hamba." Maka datang lagi firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kemuliaan dan kebesaranKu, aku anugerahkan umat Muhammad dua kebahagian iaitu
(1) kasih mereka itu akan Daku iaitu Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi maksiat mereka itu kerana perdayaan engkau.
(2) mereka itu marah kepada engkau (juga) Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi mereka itu (yang telah) berbuat maksiat kepadaKu".
Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi oleh Allah Al-Ghafurur Rahim….
INSYAALLAH.
Oct 23, 2013
Pesanan Tentang Allah sayangkan hambaNya
Katakanlah:
“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. (QS. Az-Zumar: 3)
Sungguh Manusia adalah makhluk lemah. Tak kuasa untuk bersih dari dosa dan maksiat. Ditambah dengan godaan pasukan iblis yang berusaha selalu menyeretnya ke dunia hitam. Tidak ada yang maksum kecuali para Nabi yang Allah lindungi dari dosa. Di saat yang sama, Allah membuka pintu taubat yang seluas-luasnya, agar mereka tidak putus asa dari rahmat Sang Pencipta. Tinggal satu yang perlu digugah: Kapan saatnya kita mau bertaubat?
Jika Allah sangat menyayangi kita, mengapa diri kita tidak menyayangi diri kita sendiri.
Dalam perjalanan pulang dari peperangan, kaum muslimin membawa kemenangan besar. Mereka pulang dengan membawa harta rampasan dan tawanan. Tiba-tiba ada seorang ibu diantara tawanan itu, yang kebingungan mencari anaknya. Sampai akhirnya ketemu dan dia susui. Melihat hal ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada para sahabat,
أتروْن هذه طارحةً ولدَها في النار؟
“Mungkinkah wanita ini akan melemparkan anaknya ke api?”
Para sahabat spontan menjawab: “Demi Allah, tidak mungkin.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian menimpali:
الَلَّهُ أرحمُ بعباده مِن هذه بولدها
“Allah lebih menyayangi hamba-Nya, dari pada kasih sayang ibu ini kepada anaknya.” (HR. Bukhari).
Sungguh Manusia adalah makhluk lemah. Tak kuasa untuk bersih dari dosa dan maksiat. Ditambah dengan godaan pasukan iblis yang berusaha selalu menyeretnya ke dunia hitam. Tidak ada yang maksum kecuali para Nabi yang Allah lindungi dari dosa. Di saat yang sama, Allah membuka pintu taubat yang seluas-luasnya, agar mereka tidak putus asa dari rahmat Sang Pencipta. Tinggal satu yang perlu digugah: Kapan saatnya kita mau bertaubat?
Jika Allah sangat menyayangi kita, mengapa diri kita tidak menyayangi diri kita sendiri.
Dalam perjalanan pulang dari peperangan, kaum muslimin membawa kemenangan besar. Mereka pulang dengan membawa harta rampasan dan tawanan. Tiba-tiba ada seorang ibu diantara tawanan itu, yang kebingungan mencari anaknya. Sampai akhirnya ketemu dan dia susui. Melihat hal ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada para sahabat,
أتروْن هذه طارحةً ولدَها في النار؟
“Mungkinkah wanita ini akan melemparkan anaknya ke api?”
Para sahabat spontan menjawab: “Demi Allah, tidak mungkin.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian menimpali:
الَلَّهُ أرحمُ بعباده مِن هذه بولدها
“Allah lebih menyayangi hamba-Nya, dari pada kasih sayang ibu ini kepada anaknya.” (HR. Bukhari).
Doa ku
Pecah dada ku, sakit jiwa ku, perit rasa sakit ini....aku terkenangkan dosa-dosa ku.
Ya Allah Ya Rabul Alamin, ampunilah aku yang berdosa ini. Ampuni kesalahanku, kesilapanku, kebodohanku dan segala sesuatu yang aku telah melampaui batas dan segala apa yang Engkau lebih mengetahui daripada ku. Maafkan hambaMu ini Ya Allah. Aku bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Peliharalah aku Ya Allah dari segala dosa dan maksiat. Perlihara dan lindungi aku Ya Allah. Ya Allah, kau ilhamkanlah kepada makhluk2 yang telah aku berdosa dan zalim terhadap mereka agar mereka mengampuni dosa ku dan meredoiku di dunia dan akhirat. Aku mengesali apa yang telah aku perbuat. Aku insaf dan aku sedar akan kesilapan ku. Engkaulah Ya Allah telah memberikan aku petunjuk dan hidayah ini dan jangan Engkau cabut akan kesedaran dan keinsafan ini setelah Engkau beri aku petunjuk.
Tanpa Mu aku sesat. Tanpa Mu aku buta.
Ya Allah, jangan kau biarkan aku menyesali di kemudian hari.
Bimbinglah aku ke jalan Mu.
Berilah ilmu pengetahuan yang mendekatkan aku kepada Mu.
Masukkanlah aku kedalam golongan orang2 yang bertaqwa.
Ya Allah...jangan pernah tinggalkan aku.
Hamba Mu yang faqir dan penuh dosa merayu dan berharap kepada Mu.
Nota : Apa yang ada pada kita? Semua pun milik Allah.
Ya Allah Ya Rabul Alamin, ampunilah aku yang berdosa ini. Ampuni kesalahanku, kesilapanku, kebodohanku dan segala sesuatu yang aku telah melampaui batas dan segala apa yang Engkau lebih mengetahui daripada ku. Maafkan hambaMu ini Ya Allah. Aku bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Peliharalah aku Ya Allah dari segala dosa dan maksiat. Perlihara dan lindungi aku Ya Allah. Ya Allah, kau ilhamkanlah kepada makhluk2 yang telah aku berdosa dan zalim terhadap mereka agar mereka mengampuni dosa ku dan meredoiku di dunia dan akhirat. Aku mengesali apa yang telah aku perbuat. Aku insaf dan aku sedar akan kesilapan ku. Engkaulah Ya Allah telah memberikan aku petunjuk dan hidayah ini dan jangan Engkau cabut akan kesedaran dan keinsafan ini setelah Engkau beri aku petunjuk.
Tanpa Mu aku sesat. Tanpa Mu aku buta.
Ya Allah, jangan kau biarkan aku menyesali di kemudian hari.
Bimbinglah aku ke jalan Mu.
Berilah ilmu pengetahuan yang mendekatkan aku kepada Mu.
Masukkanlah aku kedalam golongan orang2 yang bertaqwa.
Ya Allah...jangan pernah tinggalkan aku.
Hamba Mu yang faqir dan penuh dosa merayu dan berharap kepada Mu.
Nota : Apa yang ada pada kita? Semua pun milik Allah.
Oct 20, 2013
Al Baqarah 106-112
106:.......Tidakkah kamu tahu bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu?
107:Tidakkah kamu tahu bahwa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada pelindung dan penolong selain Allah.
110: Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. dan segala kebaikan yg kamu kerjakan utk dirimu, kamu akan.mendapatkannya pahala di sisi Allah. sungguh, Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakan.
112: Tidak! Barang siapa menyerahkan diri kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
Sep 23, 2013
Sep 21, 2013
Pura-pura
Kita ni selalu dok pura-pura....pura-pura hidup lama...padahal entah esok lusa kita tak bernyawa lagi. Pura-pura ni memang perangai manusia yang paling biasa sekali. Biasa buat. Pura-pura faham...padahal tak paham pun. Pura-pura kaya....padahal duit kat bank ciput jer. Hutang lagi banyak.
Tapi ini lah manusia...suka sangat pura-pura (termasuklah aku gak...pura-pura pandai tulis blog!)
Tapi ini lah manusia...suka sangat pura-pura (termasuklah aku gak...pura-pura pandai tulis blog!)
Sep 20, 2013
Jalan Menuju Allah
Semua orang akan tulis panjang2 dan explain panjang2 tentang jalan menuju Allah. Memang benar. Tapi saya tak cukup ilmu nak tulis panjang2. Namun saya pun ingin juga mencari jalan menuju Allah. Setelah berfikir dan berfikir, saya fikir ini jalannya:
1. Cintai Nabi Muhammad S.A.W - berselawat tidak kurang 1000 kali siang dan 1000 kali malam.
2. Ingat mati - selalu
3. Zikir - selalu...selalu hingga menjadi kebiasaan
4. Membaca Al-Quran berserta maksudnya sekali
Sudah tentu semua suruhan Allah wajib dilaksanakan dan meninggalkan laranganNYA.
Setelah berfikir hidup ini ada 2 perkara untuk dipilih eg. hidup lawan nyer mati, baik lawan nyer jahat, syurga lawan nyer neraka dan etcetera-etcetera...dan setelah mendengar pesanan Allahyarham Habib Munzir tentang INGATLAH ALLAH KALA HIDUP, SEBUTLAH ALLAH KALA HIDUP...KERNA MATI NANTI DIDALAM KUBUR SEGALA KEKASIH, HARTA, PANGKAT SEMUANYA AKAN MENINGGALKAN MU...PADA HARI ITU, ORANG YANG INGAT AKAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN INGAT AKAN DIA....SUBHANALLAH SUBHANALLAH, SUBHANALLAH..bergetar hati ini. Apa yang telah aku buat didunia ini????Apa yang telah aku habiskan masa didunia ini???? Ayuh, mari kita buat pusingan 360 darjah....kembali kejalan menuju Allah. Tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!!
1. Cintai Nabi Muhammad S.A.W - berselawat tidak kurang 1000 kali siang dan 1000 kali malam.
2. Ingat mati - selalu
3. Zikir - selalu...selalu hingga menjadi kebiasaan
4. Membaca Al-Quran berserta maksudnya sekali
Sudah tentu semua suruhan Allah wajib dilaksanakan dan meninggalkan laranganNYA.
Setelah berfikir hidup ini ada 2 perkara untuk dipilih eg. hidup lawan nyer mati, baik lawan nyer jahat, syurga lawan nyer neraka dan etcetera-etcetera...dan setelah mendengar pesanan Allahyarham Habib Munzir tentang INGATLAH ALLAH KALA HIDUP, SEBUTLAH ALLAH KALA HIDUP...KERNA MATI NANTI DIDALAM KUBUR SEGALA KEKASIH, HARTA, PANGKAT SEMUANYA AKAN MENINGGALKAN MU...PADA HARI ITU, ORANG YANG INGAT AKAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN INGAT AKAN DIA....SUBHANALLAH SUBHANALLAH, SUBHANALLAH..bergetar hati ini. Apa yang telah aku buat didunia ini????Apa yang telah aku habiskan masa didunia ini???? Ayuh, mari kita buat pusingan 360 darjah....kembali kejalan menuju Allah. Tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!!
Sep 18, 2013
Sep 17, 2013
Jujur
Jujur umpama benteng dari kecelakaan di kemudian hari. Hari ini segala yang kita buat, kita buat dengan jujur.....tak kisahlah orang nak kata atau tuduh apa2. Sebab kejujuran kita sebahagian dari kebenaran. Yang benar tidak pernah akan padam. Malah akan muncul sendiri suatu hari nnt.
Sep 16, 2013
Allah dekat tapi tak nampak
Kawan : Allah itu dekat jer tapi tak nampak.
Aku: Maksud kau??
Kawan : Macam mata dengan bulu mata.....cer bukak mata tu, nampak tak bulu mata????
Aku: Tak nampak arr.
Kawan : Padahal dekat tu kan? Tapi still tak nampak...
Aku : Betul juga kata kau tu....
Insaf sekejab aku memikirkan kebesaran NYA
Aku: Maksud kau??
Kawan : Macam mata dengan bulu mata.....cer bukak mata tu, nampak tak bulu mata????
Aku: Tak nampak arr.
Kawan : Padahal dekat tu kan? Tapi still tak nampak...
Aku : Betul juga kata kau tu....
Insaf sekejab aku memikirkan kebesaran NYA
Hidup hanya ada 2 pilihan
Hidup ini ada 2 cabang ajer. Takde lebih, takde kurang. Contohnya mati lawannya hidup. Kalo kita tak mati maknanya kita hidup. Contoh lagi, baik lawannya jahat. Kalo kita tak nak jadi baik, makanya kita akan jadi jahat. Contoh lain, solat lawannya tak solat. Kalo dah masuk waktu, kita pun solat makanya kita takde le tak solat sbb kita dah solat. Solat awal lawannya solat lambat. Haaa kalo dah tak sempat solat awal, makanya kita solat lambat ler. Jadinya....kita yang pilih hidup kita ni.
Jangan buat benda tak betul....rosak hp!
Ish ish...memang payah nak buat perkara baik. Nafsu ni pulak memang suka benar ke arah perkara2 yang tak bermanafaat. Asik membuang masa mengadap smartphone yang boleh google sini dan google sana....sekali hp aku shut down sendiri. Try ON balik tapi screen gelap ajer. Try lagi dan lagi dan lagi....tapi screen tetap gelap. Alamak ....screen rosak. Abis la. Dalam hati terdetik, itu la..dok buang masa google sana google sini tu buat apa? Ambik kor. Hp Nokia Lumia 900 aku mcm mati jer. Takde liplap langsung. Arghhh g tanya kat kedai apa masalahnya la. Cina kedai kata...you punya sekerin sulah losak. Mau lepair boleh...RM550. 2 hali boley siap punya. Alamakkkk...repair tu ok tapi RM550 tu cam tak berapa nak ada duit tu. Banyak lagi benda lain yg nak pakai duit. Arghh pakai jer lah Nokia lama yang harga RM65 tu jer lah. Lantak lah takde smartphone pun....tawakal jer lah. Balik rumah ptg tu mang monyok la..sampai la ke malam dan kepagi besok nyer. Subuh2 tu terlintas nak try ON balik hp tu. Try punya try..sekali tu hp tu menyala macam biasa. Elok jer mcm takde apa2 rosak nyer. Syukur Alhamdulillah....terus niat dalam hati tak nak lagi buang2 masa mengadap hp smartphone ni. Selamat la RM550 aku. Nokia RM65 terus duk dalam laci jer. Hehe
P/S: Tabik kat Nokia hp ni...dia repair sendiri waktu malam tadi. Nyaris tak terbang duit RM550 yg apek tu kata screen aku rosak. Makin sayang kat hp Nokia aku tu. Muuuuahhhh!!
Blogger Tegar
Memang tabik la kat blogger-blogger yang boleh post story setiap hari. Camne ek korang buat? Akak tak mampu nak post story setiap hari. Agak nyer sebab faktor umur kot. Akak dah tua. Apa kejadahnya nak nak mengadap blog setiap hari ek? Tapi akak tabik la kat Abg Tam sorang blogger tegar yang boleh dikatakan hampir setiap hari update blog. Actually, ramai kot blogger2 yg tegar ni. Hanya aku jer yang tak tahu. Whatever lah. Tapi yang menariknya, Abg Tam kata dia tulis kisah2 dia tu bersebab. One day, dia kata kalau mak dia dah takde, dia akan baca balik kisah2 yg dia telah tulis tu sebagai kenang-kenangan waktu dia bersama mak dia. Sooo touching. Betul gak tu. Blog yg kita tulis ni mcm diary kita gak. Tapi ada yg tak mau buat diary, ada yg buat blog tuk niaga, untuk share ilmu agama, untuk share kesihatan dan mcm-mcm lagi. Apa2 sekali pun, make sure kita tak buang masa....coz masa itu lebih berharga dari emas. Betul tak?
Aug 29, 2013
Kisah Raya
Raya tahun ni tak balik kg pun. Mak dah takde so mcm takde la feel nak balik kg tu. Tambahan pula MIL (mother in law) dah duduk dengan kita start puasa lalu. And faktor lain sbb budget pun kurang...duit ni banyak pun tak cukup, sikit lagi la tak cukup. But overall tahun ni raya saya sangat sederhana. Alhamdulillah, baju raya 5 pasang (sederhana ke?). Kasut 2 pasang. Handbag tak beli pun. Kueh raya 8 jenis kot. Itu lah dalam tak berduit duit tu ada pula rezeki. (Baju tu termasuk baju kerja...setahun tak beli baju...tu yg terbanyak sekali tempah tu). Apa yang penting kita bersyukur banyak2 pada Allah Taala. Apa yang kita tak jangka boleh dapat tetiba Allah beri. Siapa sangka kan? Niat kan dalam hati nak buat yang baik-baik saja. Insya Allah apa yang kita harap baik, akan datang yang baik juga. Insyaa Allah.
Calvin Klein Sheer Beauty Essence
Lama sungguh tak beli perfume. Memang stok perfume dah lama abis. Dan saja-saja malas nak beli yang baru (haha...sayang nak kuar seratus dua...beli makanan lagi baik). Tapi bila kawan dtg jual perfume kat ofis terus sambar CK Sheer Beauty Essence ni...murah siott...rugi tak beli. Tak cecah seratus pun. 100ml plak tu. Perfume ni katanya harta rampasan perang kat port. Kontena yang tidak di tuntut....ada ke? Ntah la. Tapi yg penting i beli i bayar. Bau memang harummmmm. I likeeeee. Nak sambar yang lain plak kalo ada budget lebih. Bye.
Jul 24, 2013
Mengejar
Jiwa mencari-cari.....ketemukanlah aku kepada yang kucari berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.
Jul 1, 2013
Alhamdulillah......lulus exam
At my age now yang dah tua ni amatlah mengelabah bila nak ambil exam....exam CUTE (Computer Unit Trust Examination). Dengan izin Allah s.w.t aku lulus....syukur pada Allah. Ada orang ambik banyak kali pun tak lulus. Aku ambil English punya.....kalau BM mungkin kantoi gak kot. Apa-apa pun dah lulus kene pulun betul-betul. So, aku dah jadi UTC bagi produk Public Mutual. Yeeehaaa...
Jun 13, 2013
Syaaban 2013
Pejam celik pejam celik dah lagi sebulan jer nak puasa. Ini kali ke 2 kami sekeluarga menyambut puasa di rumah ini. Banyak peristiwa dah terjadi pada aku. Mungkin kalau aku ada masa aku akan garapkan kat blog ini. Buat masa ni biar lah aku simpan dulu. Perbanyakkan taubat dan puasa di bulan Syaaban. In syaa Allah mudah-mudahan kita semua sampai ke bulan Ramadhan...chow.
Apr 19, 2013
Sebak Hati Ku
Whenever saya rasa sebak, saya susah nak sharekan dengan sapa-sapa...walaupun dengan orang yang terdekat. Last nite, saya pergi ke ofis untuk clearkan beberapa perkara termasuk print resignation letter semula (i hv got 2 resignation letter..hee). Bila tekan button print tu tetiba rasa sebak dan pilu itu muncul. I know this time around mang betul-betul punya resign la. Terasa semakin jauh jer. Terkenang-kenang kisah2 lama dengan kawan-kawan kat ofis ni selama saya di sini. Ini tempat saya cari rezeki. Mana mungkin saya lupa. Tambahan pula di sini lah saya berlindung selama setahun lebih sedikit dari 'orang-orang itu'. Ianya bukan kebetulan tetapi ianya adalah apa yang telah ALLAH TAALA susun untuk saya. Saya redo. Saya terima dan saya yakin pada ALLAH sahaja. Memang hati saya lemah namun tiada lain hanya pada ALLAH sahaja saya mesti berlindung dan mohon pertolongan. Kini, ALLAH aturkan yang lain bagi saya...saya redo. Saya tak mahu fikir banyak. Yang penting saya hanya perlu mengusuri jalan-jalan ini dengan penuh rasa rendah diri. Teruskan usaha dan sentiasa ingat pada ALLAH. In syaa ALLAH, yang terbaik pasti akan muncul.
Untuk bos saya yang saya kasihi dan hormat...terima kasih atas segalanya. Untuk kawan-kawan yang baru atau lama, you are the best. Korang memang selalu dihati...and keep in touch k.
I will miss you LOYAL Dagang!!
Untuk bos saya yang saya kasihi dan hormat...terima kasih atas segalanya. Untuk kawan-kawan yang baru atau lama, you are the best. Korang memang selalu dihati...and keep in touch k.
I will miss you LOYAL Dagang!!
Mar 5, 2013
MR JUICER BARU
Alhamdulillah...boleh start balik my 50-50 fully raw...yeaaa!! Philip kasi 2 yrs warranty jer. Tak mampu nak beli HARLEM yang leh kasi 5 yrs warranty. Apa-apa pun syukur lah. Now hari2 leh juicekan carrot+celery+apple+orange.....serious sedapppppp!
Feb 25, 2013
Kenapa takut nak nyatakan pendapat???
Pelik dengan orang melayu. Takut sangat lah nak komen pasal politik. Takut sangat lah kalau orang tahu kita ni berpihak pada parti mana mana. Padahal kalau kita komen pun atau menyokong sesuatu isu itu tak semestinya kita pro mana2 parti pun. Kadang kala kita komen atau menyokong sesuatu isu sebab kita memberi pendapat. Kata demokrasi. Masa undi nanti pangkah lah mana satu yang berkenan di hati. UNDI ANDA ADALAH RAHSIA kan??? Cuma setiap pengundi mestilah mempunyai pengetahuan dan reason kenapa dia mengundi parti tersebut. Jangan undi membabi buta sebab dengar-dengar cakap orang atau follow kawan2...sebab undi kita adalah demi masa depan anak cucu kita yang akan hidup waktu kita tiada nanti. Tetapi sesiapa pun pilihan anda itu adalah hak anda.
Feb 19, 2013
Juicer Rosak
Oh no no no.....huwaaaaaa my juicer dah rosak. Aduhhhh!!! Juicer tu dah beli lama...4-5 tahun kot. Tapi baru sebulan ni start pakai sebab nak tukar corak pemakanan since dah masuk umur-umur banyak ni. Every morning and nite buat carrot juice plus celery, apple and some green vege....dah jatuh cinta dengan juice-juice ni. Memang terasa perubahan yang ketara sejak mengamalkan raw juice ni. Rambut pun makin lebat, kulit makin cantik, badan rasa ringan.....sangat-sangat bersyukur. Tapi itu lah.....dah rosak plakkkkk. Tunggu la gaji ni nak beli satu. Fly fly fly $$$$$$$$$$$$$$ !!!! Fighting!
Feb 14, 2013
Missing You/I Miss You Korean Drama
Aku tercarried away dengan kisah drama ni.....the cast and character are awesome!!!
Disebabkan drama ini maka ramai yang menitiskan air mata (termasuk aku sendiri). Bukan itu saja, malahan peminat2 drama ini mengharapkan ('sangat-sangat') kedua2 pelakon utama ini menjalinkan hubungan di alam reality....leh tengok betapa crazy nyer peminat 'ChunHye' di internet2 forum (actually aku pun suka juga...sweet,sweet,sweet!!). Nasib baik kisah drama ni berakhir dengan happy ending. I can't imagine kalau kedua2 terpisah.....berapa banyak tisu la nak pakai. Penonton leh tengok drama ni kat TV9 Isnin & Selasa....kalau yang malas nak tunggu tu (lebam nk tunggu TV9 tayang semua...hahaha) leh tengok kat Viki.com......leh marathon 2hari 2malam tuk abiskan...lebih kurang 23-26jam sahaja. Hahaha. Tapi ingatlah, untuk surirumah jangan sampai suami anda sound.....sori darling, you tidur lah dulu, i nak khatam drama ni jab...end up sampai ke subuh. Masa saya tengok drama ni kebetulan time tengah x leh sembahyang...so memang marathon abis. Anyway, memang puas hati sangat. Walaupun saya bukan hardcore Korean drama, tapi this drama really make me feel something.....agaknya pasal tu la YEH pun kata drama ni menyebabkan dia rasa nak bercinta dan terasa lonely sangat-sangat. Oh satu lagi, coz this drama really buatkan you menangis (those yg tak menangis tu memang urat tangis dah putus kot..hihi)...jadinya, jangan terkezut kalau anda terus-terus tenggelam dalam merindui 'I Miss You/Missing You' ini.
P/s: Forum tengah sibuk pasal ChunHye kat Latern Festival di China TV pada 24 Feb nnt...semua peminat diorang dah tak sabar....ada yg happy sampai nk pengsan....so cute & adorable!!
P/s: Forum tengah sibuk pasal ChunHye kat Latern Festival di China TV pada 24 Feb nnt...semua peminat diorang dah tak sabar....ada yg happy sampai nk pengsan....so cute & adorable!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
☀☁☂☃☄★☆☔☽☾ ⛆⛆ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 2018 ⛆⛆ 🌌🌋🌊🌉🌈🌇🌆🌅🌄🌃🌂🌁🌀 Jom banyakkan...
-
"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".
-
Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya A...