Susah nak yakinkan diri sendiri tentang 'Yakin Boleh!!!'. Sesungguhnya, kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak! Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa kita tidak! Pucuk pangkal adalah kepercayaan pada diri kita dulu. Kalau kita tak percaya yang diri kita boleh berjaya, memang sampai bila pun kita tak akan berjaya. Malah kita tak akan berani mencuba. Kalau tak mencuba, bagaimana nak berjaya beb?? Cer citer..!!! Kita juga takut gagal. Siapa yang suka gagal...tanya kat budak kecik pun dia tak mahu gagal. Tapi budak kecik tak mengenal erti 'takut'....tengok camne diorang belajar kayuh basikal. Walaupun tak reti, jatuh, luka atau apa sekali pun yang terjadi, mereka tetap akan berusaha sampai boleh kayuh basikal. Come on la kita pun dulu kecik2 tak reti juga bawak basikal tapi kita tetap juga mencuba, betul tak? Contohi budak2 kecik ni....sentiasa 'Yakin Boleh'....harungi setiap perkara dalam hidup dengan penuh semangat. Gagal bukan bererti end of the world. Gagal itu hanya satu cabaran. Usaha lagi dan lagi...just do it babeh!!!
Ingattt...hanya yang mencuba sahaja yang akan berjaya!!!
No comments:
Post a Comment