May 18, 2012

Amalan Sunat Hari Jumaat

Mandi subuh Jumaat dengan niat kerana Allah Taala
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Menghias diri dan memakai wangi-wangian.
Tetapi secara sederhana sahaja ye. Kalau calit minyak atar tu jangan la sampai orang sebelah tak boleh bernafas pula.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Lagi baik kalau dapat pakai baju berwarna putih pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”

Memotong Kuku Dan Mencukur
Selalunya nak cari penyepit kuku pada hari Jumaat mesti tak jumpa...hari lain ada jer dia mendisplaykan diri. Bagi diri sesiapa yang dah lama membiarkan rimbun-rimbun dia celah-celah badan tu, eloklah hari Jumaat ni menebang dan membersihkan kawasan-kawasan tanaman. Yang isteri jangan ler pula rembat pisau cukur suami. Beli stok pencukur sendiri ye..ala murah jer. Walau pun sharing is caring, but not for this one ok.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Membaca Surah al-Kahfi.

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)

Memperbanyak Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah

Sabda baginda yang bermaksud :
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).
Nota :  Saya teringat kepada arwah Raja Ashman Perak yang meninggal pada malam Jumaat selepas majlis zikir...Husnul Khotimah.


Berselawat
Berselawat sangat lah mudah tapi sangatlah susah untuk diamalkan. Saya tak kata kat orang...saya sendiri pun macam susah jer nak buat. Asik terlupa jer.Ya Allah...permudahkan kami dan bimbinglah kami ke jalan Mu!

Sabda baginda yang bermaksud :
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

Bersegeralah menghadiri solat jumaat
Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

Berusaha untuk duduk dekat dengan imam
Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...