May 17, 2012

Kisah Seorang Usahawan Wanita Yang Meroyan

Beliau menjual baju kanak2 yang dibeli secara borong dari China. Masalah berlaku bila barang2 yg telah di order lambat sampai disebabkan masalah shipping & transporter. Kebetulan, peniaga lain yang order pada masa yang sama telah mendapat barangan mereka, tapi beliau punya tak sampai-sampai. Jadi meroyan la beliau ini kerana tidak dapat menahan sabar dan marah. Habis la dari bos sampai lah ke orang bawahan tempat sykt yang menguruskan shipment beliau kene tiawwww. Habislah segala biji butir permasalahan tersebut di publishkan di wall fb beliau.Tambah lebih buruk bila ada batu api yang memanaskan keadaan yang sedia panas. Goreng punya goreng sampailah meletop jadi la Volcano (Cam lagu Philip Phillips plak!).

Moral of the story : Memaki hamun orang memang mudah. Sabar yang susah. Tambahan pula bila kita berduit sikit, bisnes kita pun maju, kawan2 pun ramai support...maka kita mula rasa berkuasa. Pantang silap atau delay sikit, mula la kita menggunakan power yang kita ada untuk menekan orang lain. Tekan selagi boleh tekan. Sampai kita tak nampak langsung tentang 'takdir' yang telah menentukan segalanya...semuanya kuasa manusia, bukan kuasa Allah???

Cermin diri kita dulu...mana silapnya kita sampai Allah menyempitkan urusan kita. Hanya Dia yang berkuasa melapangkan atau menyempitkan. Meninggikan martabat atau merendahkan martabat. Lihat diri kita dulu. Kene banyak-banyak sabar. Bersangka baik pada Allah. Memohon pertolongan pada Allah dan yakin pada pilihan Nya. Dia lah yang mentadbir alam semesta dan mengaturkan segala-galanya.

Malang sekali kalau kita tidak nampak....sama macam sesat dalam terang!!!

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...