Dec 15, 2012

Serabut Dengan Masalah???

Putuskan segala resah gelisah memikirkan masalah hidup dunia ini dengan mengingati keMATIan. Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"


Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Mengingati mati itu memutuskan selera(nafsu) kepada dunia dan isinya.

Nota: Apalah saja masalah2 kita ni kan kalau compare to hal mati ni. Ntah esok, ntah lusa, ntah kejab lagi. Takde apa yang kita nak gembira sangat atau sedih sangat atau benci sangat pasal bab2 duniawi. Jadi sahabat2, lapangkan fikiran, ingat kembali tujuan hidup dan ingatlah bahawa kepada Allah tempat kita semua akan kembali.


No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...