Manusia dan kereta lebih kurang sama jer...makin lama makin buruk. Tak kira la secantik mana pun kereta tu waktu mula-mula beli dulu, lama-lama mesti makin pudar, calar-calar, kemek sana kemek sini, kene slalu buat alignment, tukar tayar, tukar absorber dan mcm-mcm lagi. Adakah manusia pun sama macam tu? Lebih kurang lar. Kadang-kadang manusia lagi teruk dari kereta lama. Dah tua-tua baru nak buat hal. Perangai lebih teruk dari zaman muda pun ada. Sabar jer lah...ubah-ubah la perangai yang tak elok tu. Tentang fizikal dan kesihatan pula bila dah berumur ni macam-macam perubahan berlaku secara perlahan-lahan. Dulu tegang, kini kendur, dulu licin kini bergedut, dulu in shape skarang out shape, dulu terang sekarang kabur, dulu jelas sekarang tak berapa clear, dulu thermo sekarang cool....dah macam-macam lagi la. Tapi ada gak yang maintain cam Anita Sarawak....leh hip hop lagi tau. Kalo yang sebaya dengan beliau mungkin patah pinggang kot nak tiru menari macam tu. Tapi itulah realitinya, sekiranya tubuh badan dan kesihatan dijaga sepenuhnya dari muda, tak mustahil boleh sihat macam Kak Nita kan? So mulakan langkah pertama anda hari ini juga. Langkah pertama saya ialah mengambil
Milk Thistle & Dandelion.
Sebenarnya saya nak ambil SURBEX Zinc. Tapi dah abis stok plak la. SURBEX Zinc ni mengandungi vitamin B Complex, Zinc, Vit E and C. Jadi cuba la...!
Jaga pemakanan, banyak minum air putih, kurangkan makanan manis dan berlemak, rajin exercise, rajin solat, rajin baca Al-Quran, bersihkan hati, maafkan kesilapan orang lain, senyum selalu dan jangan lupa banyakkan istigfar dan taubat. Insyaallah, hidup akan jadi positif.
2 comments:
yea... hari ni dah leh mai sini :)
haaaa ni mesti mengularrr nihhh....
Post a Comment