Apr 30, 2011

Nasi Lemak is My Favourite Food


Why la u people tak suka nasi lemak??? Sedap maaa...even my chinese frenz pun suka. Lu tak percaya lu bole tengok chinese makan nasi lemak bungkus dekat area wangsa maju seksyen 5 waktu dinner...ramai ooo. Jangan la dengki dengan nasi lemak. Tak baik tau. Nasi lemak tu favourite aku tuh (tapi yang sedap laa...yg x sedap tu mang ler aku x suker). Oker apa makan nasi lemak...ada telur, sayur, sambal ikan bilis, kacang dan sometimes tambah ayam goreng rempah or rendang lagi (terliur plak eh). Jangan ler kata nasi lemak penyebab obesiti. Mak aku dari zaman kanak-kanak sampai ler dah 80 tahun umurnya takde plak obes bila makan nasi lemak. Main sedap mulut jer diorang ni tau. Kanak-kanak obes tu pasal banyak sangat makan process food (burger, hotdog, nugget, maggi,  minum air manis/gas, makan jajan, gula-gula dll lagi makanan yang tidak menyihatkan. Ban ajer process food tu...jgn pulak kerajaan takut dengan pengeluar-pengeluar gergasi makanan segera ni. Dah sah-sah tak elok kan?

Jom makan nasi lemak!!!

Apr 22, 2011

Milk Thistle & Dandelion

Manusia dan kereta lebih kurang sama jer...makin lama makin buruk. Tak kira la secantik mana pun kereta tu waktu mula-mula beli dulu, lama-lama mesti makin pudar, calar-calar, kemek sana kemek sini, kene slalu buat alignment, tukar tayar, tukar absorber dan mcm-mcm lagi. Adakah manusia pun sama macam tu? Lebih kurang lar. Kadang-kadang manusia lagi teruk dari kereta lama. Dah tua-tua baru nak buat hal. Perangai lebih teruk dari zaman muda pun ada. Sabar jer lah...ubah-ubah la perangai yang tak elok tu. Tentang fizikal dan kesihatan pula bila dah berumur ni macam-macam perubahan berlaku secara perlahan-lahan. Dulu tegang, kini kendur, dulu licin kini bergedut, dulu in shape skarang out shape, dulu terang sekarang kabur, dulu jelas sekarang tak berapa clear, dulu thermo sekarang cool....dah macam-macam lagi la. Tapi ada gak yang maintain cam Anita Sarawak....leh hip hop lagi tau. Kalo yang sebaya dengan beliau mungkin patah pinggang kot nak tiru menari macam tu. Tapi itulah realitinya, sekiranya tubuh badan dan kesihatan dijaga sepenuhnya dari muda, tak mustahil boleh sihat macam Kak Nita kan? So mulakan langkah pertama anda hari ini juga. Langkah pertama saya ialah mengambil Milk Thistle & Dandelion.
Sebenarnya saya nak ambil SURBEX Zinc. Tapi dah abis stok plak la. SURBEX Zinc ni mengandungi vitamin B Complex, Zinc, Vit E and C. Jadi cuba la...!

Jaga pemakanan, banyak minum air putih, kurangkan makanan manis dan berlemak, rajin exercise, rajin solat, rajin baca Al-Quran, bersihkan hati, maafkan kesilapan orang lain, senyum selalu dan jangan lupa banyakkan istigfar dan taubat. Insyaallah, hidup akan jadi positif.

Apr 13, 2011

Handbag

Arggghh terkenang kat handbag itew....!!

RM30,000++ HERMES BIRKIN
Saya tabik kat budak perempuan di blog ini. Dia idamkan beg ni bila saving dia cecah RM1million in 2012 and on 18 Apr 2011 ni (sepatut nyer) her income reach RM100k per month, so dia dah tempah beg Chanel cost  RM14,000++ kaler black tu (csantikkk)...owhh syok nyer i baca impian diorng nih....i wish her dreams come true!!! 

I pun suker beg kat atas tu...bila arr nak dapat??? Takde target income bagai ni mcmana??? 


Apr 8, 2011

Gempa Bumi

Masa saya kecik-kecik dulu (tak ingat darjah brapa) pernah terbaca buku tulisan Sdr Bey Arifin tentang tanda-tanda kiamat. Buku tu kene 'ban' satu masa dulu. Dalam buku tu kata salah satu tanda-tanda kiamat ialah gempa bumi yang akan kerap berlaku di akhir zaman. Antara gempa bumi yang terkuat yg kita ketahui ialah gempa bumi yang mengakibatkan Tsunami di Aceh dan yang baru-baru ini Tsunami di Jepun. Namun sebenarnya gempa bumi berlaku setiap hari seperti yang direkodkan oleh USGS di sini. Tak mustahil satu hari nanti KL pun bergegar dek kerana gempa bumi ni. So, yang keje or duduk kat bangunan tinggi tu kene la berjaga-jaga ye. Semoga bumi Malaysia selamat dari segala bencana. Amin.

Apr 7, 2011

Healthy Diet

Susah betul nak ubah corak pemakanan kita kan? Kalo dah biasa makan nasi, mesti nak makan nasi jugak. Bagi yang dah berumur macam saya terpaksalah kurangkan makan nasi. Tapi yang peliknya tak makan nasi pun berat naik jugak. Bosan betul. Walau macamana pun kita tak boleh berputus asa. Apa kata mulai dari hari ni kita cuba makan makanan yang kurang lemak dan lebihkan sayuran dan buah-buahan serta juahkan 'process food'. Share some info from food pyramid below.
www.besttipz.com

BUT the best diet is PUASA!!

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...