Aug 26, 2019

Bolehkah Mengatasi Kesedihan Akibat Kematian Orang Yang Tersayang

Entry dah masa hari yg ke 70 selepas pemergian arwah...tapi aku publish hari ni.

Hari ni hari yg ke 70 pemergian suami ku. Aku masih dalam iddah kematian iaitu 4 bulan 10 hari lamanya. Bermula pada hari Selasa, 18 June 2019 bersamaan 14 Syawal 1440H iaitu hari raya ke 14. Iddah aku akan tamat Insha Allah pada  hari Jumaat, 25 October 2019 bersamaan 26 Safar 1441H. Sekiranya mengikut pengiraan bulan Islam maka iddah aku akan tamat pada hari Selasa, 23 Safar 1441H.

Tidaklah menjadi masalah atau kekeliruan bagi aku pada tarikh apa pun iddah aku tamat. Aku secara jujurnya menikmati hari-hari aku berada dalam iddah ini. Malah aku mula rasa sedih sebab iddah aku akan tamat tak lama lagi. Iddah ini bagi aku merupakan sebuah ikatan yang directly dari perintah Allah rujuk Al Baqarah 234. Its a blessing from Allah swt.

Dalam iddah aku pergi kerja mostly pakai jubah hitam. Tudung hitam. Tidak bersolek. Tidak berbedak pun. Tidak ada wangi-wangian. Tidak ada lipstik hatta lip gloss pun. Tidak ada gelang atau cincin. Hanya aku pakai jam tangan Casio lama saja. Sikit deodoran aku pakai sebab 8 hingga 10 jam di pejabat (tak bole la sampai busuk dan tak bersih). Alhamdulillah ofis tempat aku bekerja sangat faham proses iddah aku ini. Malah aku diberi kelepasan untuk tidak bekerja outstation sepanjang iddah ini. Syukur pada Allah swt atas nikmat dan kurniaan ini.

Berbalik pada tajuk entry aku kali ini, sesungguhnya aku sangat2 bersedih bila berpisah dengan suami aku. Anak-anak aku juga sangat sedih. Perpisahan ini yang tak direlakan namun inilah hakikat kehidupan bahawa sebagai seorang Islam dan percaya pada Allah maka aku wajib merelakan dan redo atas semua ketentuan Allah swt.

Rasulullah s.a.w juga menangis kesedihan bila kematian isteri tercinta beliau Siti Khadijah r.a dan pamannya Abu Thalib sehingga digelar tahun kesedihan Aamul Huzni. Inikan pula aku manusia yang hina ni.

Aku selalu berkata pada diriku...lama kelamaan nanti air mata ku akan semakin kurang dan kurang..dan kesedihan ku akan semakin hilang dan hilang.

Hari ini hari yg ke-70....seperti yang aku sebutkan pada entry aku yang lalu, aku cuba mengubati kesedihan ku dengan banyak mendengar ceramah-ceramah Nouman Ali Khan dan Mufti Menk. Mereka umpama cahaya yang menerangi hati dan meleraikan kekusutan.

Al Quran adalah cahaya. Rasulullah saw adalah cahaya. Sejak beberapa tahun ini aku cuba melazimkan khatam Al Quran bersama terjemahannya. Aku baca Al Quran satu muka dan aku baca terjemahannya satu muka. Berulang-ulang. Tapi belum ada kefahaman.

Saat aku sedih bila suami aku pergi. Aku diberi ilham untuk mendengar ceramah Nouman Ali Khan dan Mufti Menk. Subhanallah...perlahan-lahan Al Quran yang aku baca dulu2 seolah-olah baru kini tafsirnya aku temui. Sebagai contoh surah An-Nur. Cuba dengar penerangan Nouman Ali Khan tentang surah An Nur. Aku rasa kagum.

Kesedihan aku terubat dan banyak kesusutan dan kekecewaan di hati aku terlerai disebabkan ilmu yang disampaikan oleh mereka ini. Mereka mengajak kita semua closer to Allah swt. Bila ingat pada Allah maka benarlah "Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenang" Ar Rad 28.

Kesimpulannya aku dan siapa-siapa sahaja hendaklah mendekatkan diri pada Allah swt...kembali pada Allah swt..mohon pada Allah swt...hanya Allah swt sahaja yang boleh memberi petunjuk dan jalan yang lurus. Mengeluarkan kita semua dari kesedihan kepada kefahaman akan hakikat kehidupan. Bila kita faham kita akan melihat semua yang berlaku ini sebagai ujian. Ujian yang sementara. Kesedihan kita pun berbatas.

Kita mula akan berfikir dan ingin mencari.....pencarian yang tiada penghujung. Semoga Allah swt membimbing kita ke jalan Nya...memberi ilmu pengetahuan yang mendekatkan kita dengan Nya....dan memasukkan kita kedalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin


Hari ke-70 Precious Moment


This video was created last year or early this year....tak ingat la pulak. Tapi memang untuk harijadi suamiku. Ingatkan dah ter delete. Alhamdulillah rupanya tersimpan dalam hp kat folder tersorok file send. Sekarang menjadi kenangan yang sangat berharga bagi dari ku.

Ya Allah...
Ampunilah semua dosa suamiku
Kasihanilah dia
Maafkanlah dia
Jadikan kuburnya sebagai taman-taman syurga
Tempat menunggu hari akhirat yang nyaman
Bersama-sama dengan golongan yang bertaqwa dan berberamal soleh
Bersama para nabi dan rasul
Yang telah Engkau kurniakan limpahan rahmat Mu Ya Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang
Amin

Aug 22, 2019

Hari ke-66

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Hari ni aku terasa ingin menulis. Hari ini juga adalah hari yang ke 66 pemergian arwah suamiku. Keadaan kami sekeluarga agak berbeza dari dulu semasa arwah hidup.

Anak sulung ku - jadi guru intern (English) di sebuah sekolah rendah di kawasan taman tidak jauh dari tempat tinggal kami. Setiap pagi aku akan hantar kakak ke sekolah dulu dan lepas tu aku terus pergi kerja. Tengah hari kakak akan balik guna Grab car. Balik terus pengsan. Hari-hari cakap tak mau jadi teacher. Tak nak jadi guru.

Adik pula - Sejak masuk UM bulan July yang lalu, setiap minggu akan balik rumah walaupun kata tak nak balik selalu. Adik akan balik naik LRT dan turun di Wangsa Maju station. Lepas tu ambik Grab car.

Kakak dan adik dua dua aku tengok diorang dapat adapt dengan ketiadaan papa. Cekal rupanya anak-anak aku ni. Kakak selalu mimpi papa. Dalam mimpi papa selalu balik rumah. Mimpi paling baru kakak tanya papa "Ini papa betul-betul ke atau hantu atau jin? Papa kata papa betul laaa (papa ckp mcm nada nak marah)....kakak kata aikk dalam mimpi pun kene marah " criter kakak pada aku. Criter mimpi kakak ni sebenarnya mengubat rindu kami anak beranak terhadap papa. Demi Allah, sukar sebenarnya menjalani hidup tanpa papa. Tapi, ini lah ketentuan untuk kami. Belajar lah redo.

Aku pula. Aku jadi batu. Aku jadi kaku. Yang aku tahu aku asyik menangis aje. Minggu ini atau lepas hari raya Haji hari tu aku rasa kurang sikit menangis. Demi Allah, waktu awal2 dulu setiap pagi aku drive pergi kerja dan balik kerja aku asyik menangis aje waktu dalam kereta. Sepangjang jalan  Genting Klang dari Hulu Klang ke Chowkit dan Kg Baru berjujuran air mata.Waktu balik pun sama.

Dulu-dulu aku selalu cilok-cilok lane kiri kanan untuk cepat sampai ofis atau cepat sampai rumah. Sejak arwah takde ni, aku akan drive kat lane kiri sekali dari Hulu Klang sampailah Chow Kit. Hidup aku dah tak rushing dah. Berbezanya aku rasa. Bila balik pun aku duduk kat satu lane aje. Waktu drive balik rumah memang buruk lah aku menagis. Dulu-dulu arwah selalu tunggu aku kat rumah. Balik rumah arwah ada. Kadang-kadang kitorg pergi minum mamak sembang-sembang. Manalah aku tak sedih.

It was so painful bila terkenang memori-memori lama ni. Tapi otak ni memang nak ingat juga. Bila ingat aku akan menangis. Ini pun bergenang air mata aku sebab teringat arwah. Aku dah tak pasang lagu-lagu yang arwah suka dengar dan lagu yang arwah dengar masa dekat hospital. Aku stop tengok gambar arwah. Aku cuba untuk tak fikir pasal arwah.

Sekarang waktu drive pagi dan balik kerja aku akan pasang youtube Nouman Ali Khan(NAK) atau Mufti Menk(MM). Alhamdulillah its really help me a lot. Aku dapat banyak manafaat dari ilmu yang disampaikan. Aku rasa lebih tenang. NAK dan MM mengajak kita closer to Allah swt. Hidup kita di dunia ini hanyalah sebagai ujian. Hanya sementera sahaja. Akhirat adalah yang kekal.

Semua akan pulang ke sana jua. Suami aku telah pergi dulu. Sebelum itu ibu dan ayah ku. Ntah esok lusa aku pula. Akhirnya semua akan kesana. Isunya, adakah aku dan kita semua sudah bersedia?


Nota : Aku ada banyak criter yg nak aku tulis....aku tahu memori aku ni tak kuat mana...suatu hari nanti bila aku makin tua aku pasti terlupa. Jadi aku nak tulis di sini.






Jul 1, 2019

27 Syawal

Hari ni hari ke 27 Syawal....kekasih hatiku pergi pada 14 Syawal yg lalu....rindunya pada suami ku yg tercinta. Allah saja yg tahu...airmataku mengalir lagi. Al Fatihah.

Jun 21, 2019

Tarikh Pemergian Suamiku Yang Tercinta 18 June 2019 Selasa 6.55am

Pada 18 June 2019 hari Selasa jam 6.55 subuh, suami ku yg tercinta telah pergi ke alam baqa' meninggalkan aku dan 2 anak perempuan kesayangannya. Suami ku telah berperang dengan kanser lebih kurang 6 bulan dalam rawatan kimo. Allah jua yang mengatur semua urusan langit dan bumi dan menetapkan segala sesuatu... serta segalanya berada didalam genggamannya dan kekuasaannya. Tiada daya upaya kita manusia melainkan segalanya kehendak Allah. Tidak ditunda walaupun sesaat dan tidak dicepatkan walaupun sesaat...segalanya telah tertulis dan tetap. Hanya kita manusia sahaja yang tidak mengetahui bila masanya. Saat dahi suami ku berpeluh sejuk, terlintas didalam hati ku akan saat pemergiannya sudah sampai. Ya Allah....hibanya. Aku bacakan kalimah syahadah di telinganya berulang kali sehingga terhenti nafasnya terpisah dia dari jasadnya. Ya Allah. Kau ampuni lah dosa2 suami ku. Kau terimalah dia sebagai hambaMu yang beriman dan Kau tempatkanlah dia bersama2 golongan orang2 yang soleh yang menunggu hingga datangnya hari kiamat. Kau perliharalah dia dari huru hara padang Mahsyar dan Kau ketemukan kami lagi di dalam syurgaMu Ya Allah Ya Rabbul Alamin. Kami ini hina, kami ini berdosa, kami ini lemah.....namun, Kau yang maha pengampun dan maha pengasih lagi maha penyayang.....ampun lah kami. Peliharalah kami dari azab kubur, huru hara padang Mahsyar dan siksa neraka. Masukkan lah kami semua kedalam syurga MU Ya Allah Ya Tuhan ku. Yang Maha Pengasih. Kasihanilah kami. Amin

Apr 26, 2019

Follicular Lymphoma Kanser 26 April 2019

Pagi semalam aku hantar suami ku dan anak sulung ku ke Hospital Ampang. Nurse suruh sampai sebelum pukul 9 pagi sebab nak masukkan kimo untuk kali ke 5. Kitorg sampai pukul 8.45 pagi. Lepas tu aku gerak ke ofis di Kg Bharu sebab pagi tu nak ke Putrajaya ada urusan dengan Kastam dan client. Sepanjang perjalanan aku doakan supaya Allah permudahkan urusan suami ku. Selepas kimo ke 4 keadaan suami ku tak berapa sihat. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ku. Dan hanya Allah yang tahu betapa beratnya suami ku menanggung ujian ini. Allah dah janji akan bagi pahala yang besar pada orang2 yg bersabar dan redo bukan?
Aku teruskan urusan kerja ku walaupun dalam hati aku selalu ingat pada suami ku. Okey kah bacaan darah kali ni. Macamana keadaan bila dah masuk ubat kimo nanti. Demam ke tidak suami ku kali ni. Macam2 persoalan timbul. Akhirnya aku berserah bulat2 pada Allah. Aku tiada daya dan upaya. Semoga Allah beri kekuatan pada suami ku untuk melalui apa2 saja kemungkinan.
Lepas Maghrib dari ofis aku ke hospital. Suami aku nampak lemah. Kimo ke 5 dah masuk. Suami ku demam. Dalam pukul 10.30 malam aku pulang ke rumah sebab suami ku dah mengantuk nak tidur. Hati aku hanya berdoa supaya suami ku tabah. Pagi tadi aku ke pejabat dan terus ke Shah Alam untuk site visit CIAST. Suami ku whatapp minta siapa2 datang temankan dia. Dia tak berapa sihat katanya dan perlukan seseorang untuk temankan. Malam tadi dia muntah2. Aku kata lepas selesai urusan aku di CIAST aku akan terus datang ke hospital. Sampai di hospital aku tengok suami aku memang sedang lemah dan layu. Dia sempat berbisik...sakit katanya. Hanya dia dan Allah saja yang tahu bagaimana sakitnya. Aku kata pada suami ku...malam ni aku tidur di hospital temankan dia. Dia angguk2 saja tanda setuju. 

Apr 15, 2019

Berkorban Apa Saja

Sejak suamiku disahkan kanser follicular Lymphoma tahap 3, kehidupan kami sekeluarga jadi muram dan suram. Namun, musibah yg menimpa, kami terima dengan redo. Ini lah ujian masing2. Selagi namanya hamba, kita akan di uji.

Search Resu

Apr 14, 2019

Sakit Kulit (sambungan dari last entry)

Alhamdulillah ..dah hilang gatal2 kulit ni since early this yewr. Caranya dgn eliminate sugar. Kalo bole x nak ambik langsung tapi sukar bcos byk je hidden sugar dlm air dan makanan. Sugar ni culprit. Jauhi sugar atau ambil moderate aje. I ni over weight...umur pulak dah 40 series. Jadi kene kawal makanan sblm kene penyakit. Caranya dengan berpuasa dan KETO. IF kurang berkesan sebab asik tak berdisiplin. Discipline is the basis of all achievements.

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...