Pagi semalam aku hantar suami ku dan anak sulung ku ke Hospital Ampang. Nurse suruh sampai sebelum pukul 9 pagi sebab nak masukkan kimo untuk kali ke 5. Kitorg sampai pukul 8.45 pagi. Lepas tu aku gerak ke ofis di Kg Bharu sebab pagi tu nak ke Putrajaya ada urusan dengan Kastam dan client. Sepanjang perjalanan aku doakan supaya Allah permudahkan urusan suami ku. Selepas kimo ke 4 keadaan suami ku tak berapa sihat. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ku. Dan hanya Allah yang tahu betapa beratnya suami ku menanggung ujian ini. Allah dah janji akan bagi pahala yang besar pada orang2 yg bersabar dan redo bukan?
Aku teruskan urusan kerja ku walaupun dalam hati aku selalu ingat pada suami ku. Okey kah bacaan darah kali ni. Macamana keadaan bila dah masuk ubat kimo nanti. Demam ke tidak suami ku kali ni. Macam2 persoalan timbul. Akhirnya aku berserah bulat2 pada Allah. Aku tiada daya dan upaya. Semoga Allah beri kekuatan pada suami ku untuk melalui apa2 saja kemungkinan.
Lepas Maghrib dari ofis aku ke hospital. Suami aku nampak lemah. Kimo ke 5 dah masuk. Suami ku demam. Dalam pukul 10.30 malam aku pulang ke rumah sebab suami ku dah mengantuk nak tidur. Hati aku hanya berdoa supaya suami ku tabah. Pagi tadi aku ke pejabat dan terus ke Shah Alam untuk site visit CIAST. Suami ku whatapp minta siapa2 datang temankan dia. Dia tak berapa sihat katanya dan perlukan seseorang untuk temankan. Malam tadi dia muntah2. Aku kata lepas selesai urusan aku di CIAST aku akan terus datang ke hospital. Sampai di hospital aku tengok suami aku memang sedang lemah dan layu. Dia sempat berbisik...sakit katanya. Hanya dia dan Allah saja yang tahu bagaimana sakitnya. Aku kata pada suami ku...malam ni aku tidur di hospital temankan dia. Dia angguk2 saja tanda setuju.
No comments:
Post a Comment