بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Hari ni aku terasa ingin menulis. Hari ini juga adalah hari yang ke 66 pemergian arwah suamiku. Keadaan kami sekeluarga agak berbeza dari dulu semasa arwah hidup.Anak sulung ku - jadi guru intern (English) di sebuah sekolah rendah di kawasan taman tidak jauh dari tempat tinggal kami. Setiap pagi aku akan hantar kakak ke sekolah dulu dan lepas tu aku terus pergi kerja. Tengah hari kakak akan balik guna Grab car. Balik terus pengsan. Hari-hari cakap tak mau jadi teacher. Tak nak jadi guru.
Adik pula - Sejak masuk UM bulan July yang lalu, setiap minggu akan balik rumah walaupun kata tak nak balik selalu. Adik akan balik naik LRT dan turun di Wangsa Maju station. Lepas tu ambik Grab car.
Kakak dan adik dua dua aku tengok diorang dapat adapt dengan ketiadaan papa. Cekal rupanya anak-anak aku ni. Kakak selalu mimpi papa. Dalam mimpi papa selalu balik rumah. Mimpi paling baru kakak tanya papa "Ini papa betul-betul ke atau hantu atau jin? Papa kata papa betul laaa (papa ckp mcm nada nak marah)....kakak kata aikk dalam mimpi pun kene marah " criter kakak pada aku. Criter mimpi kakak ni sebenarnya mengubat rindu kami anak beranak terhadap papa. Demi Allah, sukar sebenarnya menjalani hidup tanpa papa. Tapi, ini lah ketentuan untuk kami. Belajar lah redo.
Aku pula. Aku jadi batu. Aku jadi kaku. Yang aku tahu aku asyik menangis aje. Minggu ini atau lepas hari raya Haji hari tu aku rasa kurang sikit menangis. Demi Allah, waktu awal2 dulu setiap pagi aku drive pergi kerja dan balik kerja aku asyik menangis aje waktu dalam kereta. Sepangjang jalan Genting Klang dari Hulu Klang ke Chowkit dan Kg Baru berjujuran air mata.Waktu balik pun sama.
Dulu-dulu aku selalu cilok-cilok lane kiri kanan untuk cepat sampai ofis atau cepat sampai rumah. Sejak arwah takde ni, aku akan drive kat lane kiri sekali dari Hulu Klang sampailah Chow Kit. Hidup aku dah tak rushing dah. Berbezanya aku rasa. Bila balik pun aku duduk kat satu lane aje. Waktu drive balik rumah memang buruk lah aku menagis. Dulu-dulu arwah selalu tunggu aku kat rumah. Balik rumah arwah ada. Kadang-kadang kitorg pergi minum mamak sembang-sembang. Manalah aku tak sedih.
It was so painful bila terkenang memori-memori lama ni. Tapi otak ni memang nak ingat juga. Bila ingat aku akan menangis. Ini pun bergenang air mata aku sebab teringat arwah. Aku dah tak pasang lagu-lagu yang arwah suka dengar dan lagu yang arwah dengar masa dekat hospital. Aku stop tengok gambar arwah. Aku cuba untuk tak fikir pasal arwah.
Sekarang waktu drive pagi dan balik kerja aku akan pasang youtube Nouman Ali Khan(NAK) atau Mufti Menk(MM). Alhamdulillah its really help me a lot. Aku dapat banyak manafaat dari ilmu yang disampaikan. Aku rasa lebih tenang. NAK dan MM mengajak kita closer to Allah swt. Hidup kita di dunia ini hanyalah sebagai ujian. Hanya sementera sahaja. Akhirat adalah yang kekal.
Semua akan pulang ke sana jua. Suami aku telah pergi dulu. Sebelum itu ibu dan ayah ku. Ntah esok lusa aku pula. Akhirnya semua akan kesana. Isunya, adakah aku dan kita semua sudah bersedia?
Nota : Aku ada banyak criter yg nak aku tulis....aku tahu memori aku ni tak kuat mana...suatu hari nanti bila aku makin tua aku pasti terlupa. Jadi aku nak tulis di sini.
No comments:
Post a Comment