Dec 30, 2017

Arche Microfiber Mop Review

Saya beli mop ni kat Lazada (dah banyak saya menabung di Lazada adoii laa....hahaha). Saya sebenarnya penat nak vacuum dan mop satu rumah. Sakit pinggang tau. Rumah dah la bela kucing (kenapa la kucing2 ni comel sangat!!). Bulu kucing bertaburan. Rambut pun banyak (gugur je rambut aku sekarang...kurang vitamin ni). Kebersihan rumah kene jaga juga...alhamdulillah dengan Arche Microfiber mop ni telah berjaya meringankan beban saya. Mana taknya...balik keje terus ambik mop ni dan mop kering je kat lantai. Dah la ringan dan boleh pusing 360 darjah...senang sangat nak guna. Lepas tu habuk dan bulu-bulu melekat kat kain microfiber tu. Memang rasa berbaloi pakai mop ni. Nak cuci kain dia pun senang. Basuh dengan air dan gosok-gosok sikit habuk terus hilang. Lepas mop kering boleh mop basah. Rasa bersihnya macam kita cuci lantai dengan cara lap dengan kain. Gunakan teknik zigzag untuk lebih effective...memang bersih betul. So saya sangat recommend untuk suri rumah yang nak bersihkan rumah dengan cepat tapi effective. Juga untuk yang dah berumur macam saya ni...selalu sakit pinggang dan lenguh-lenguh. Juga untuk yang tiada pembantu macam saya ni...anak-anak dan suami pun macam tak nampak je kekotoran rumah kann..hehe. Dari membebel kenangkan nasib yang begitu begini lebih baik pegang mop arche microfiber ni. Bersih juga rumah kita kan.


No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...