Dec 16, 2017
Citer kelakar !
Ini kes masa kat PD aritu. Disebabkan tak nak membazir duit (ayat poyo), masa lunch pi la cari kedai makan yang nampak seakan-akan jimat haha...(tengok review jalan-jalan cari makan di PD). Sebab ramai kata mahal. So terjumpalah kedai makan nasi campur teh-O rm0.50 sen sebelah masjid Bagan Pinang. Memang sedap. Kedai sempoi. 4 orang makan RM24 ringgit je. Extremely jimat. Tapi itu hari pertama. Hari kedua makan lagi situ. Dah tekak makan nasi. Kebetulan kedai koboi ayam bakar tutup. Sekali dapat bil kene Rm65 ringgit. Haa terkejut arr...aik? Makan lebih kurang sama je mcm semalam...tak masuk akal dia caj. Ain kata ''Ma..kita kene scam ni Ma!!". Hahaha. Pastu panggil la kakak yang kira tu. Tanya kat dia awat mahal sangat ni....semalam makan berempat..hari ni makan bertiga (hubby aku tak makan sbb tak sedap perut). Tapi harga 3 kali ganda dari semalam. Kakak tu kata dia kira sekali dengan meja sebelah sebab orang sebelah kata kitorg sekali. Kau dah kenapa??? Kitorang kenal pun tidak. Memang la meja tu bersambung tapi kitorg duduk hujung sini, diorang duduk hujung sana. Kakak kira ni dah salah faham ni...orang sebelah tu cakap kira sekali tu untuk meja dia je. Kau terlebih imagination ni. Kitorg suruh kira semula. Kena RM21 ringgit je. Orang sebelah mahal sebab makan ikan bakar. Tapi lantak pi la. Lepas bayar kitorg terus cabut sambil ketawa geli hati dalam kereta. Ini 1st time berlaku dalam hidup. So korang hati-hati ye...kalo bil tak masuk akal baik tanya semula. Tak pasal-pasal bayar bil meja sebelah sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
☀☁☂☃☄★☆☔☽☾ ⛆⛆ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 2018 ⛆⛆ 🌌🌋🌊🌉🌈🌇🌆🌅🌄🌃🌂🌁🌀 Jom banyakkan...
-
"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".
-
Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya A...
No comments:
Post a Comment