Dec 30, 2017

Arche Microfiber Mop Review

Saya beli mop ni kat Lazada (dah banyak saya menabung di Lazada adoii laa....hahaha). Saya sebenarnya penat nak vacuum dan mop satu rumah. Sakit pinggang tau. Rumah dah la bela kucing (kenapa la kucing2 ni comel sangat!!). Bulu kucing bertaburan. Rambut pun banyak (gugur je rambut aku sekarang...kurang vitamin ni). Kebersihan rumah kene jaga juga...alhamdulillah dengan Arche Microfiber mop ni telah berjaya meringankan beban saya. Mana taknya...balik keje terus ambik mop ni dan mop kering je kat lantai. Dah la ringan dan boleh pusing 360 darjah...senang sangat nak guna. Lepas tu habuk dan bulu-bulu melekat kat kain microfiber tu. Memang rasa berbaloi pakai mop ni. Nak cuci kain dia pun senang. Basuh dengan air dan gosok-gosok sikit habuk terus hilang. Lepas mop kering boleh mop basah. Rasa bersihnya macam kita cuci lantai dengan cara lap dengan kain. Gunakan teknik zigzag untuk lebih effective...memang bersih betul. So saya sangat recommend untuk suri rumah yang nak bersihkan rumah dengan cepat tapi effective. Juga untuk yang dah berumur macam saya ni...selalu sakit pinggang dan lenguh-lenguh. Juga untuk yang tiada pembantu macam saya ni...anak-anak dan suami pun macam tak nampak je kekotoran rumah kann..hehe. Dari membebel kenangkan nasib yang begitu begini lebih baik pegang mop arche microfiber ni. Bersih juga rumah kita kan.


Dec 16, 2017

Citer kelakar !

Ini kes masa kat PD aritu. Disebabkan tak nak membazir duit (ayat poyo), masa lunch pi la cari kedai makan yang nampak seakan-akan jimat haha...(tengok review jalan-jalan cari makan di PD). Sebab ramai kata mahal. So terjumpalah kedai makan  nasi campur teh-O rm0.50 sen sebelah masjid Bagan Pinang. Memang sedap. Kedai sempoi. 4 orang makan RM24 ringgit je. Extremely jimat. Tapi itu hari pertama. Hari kedua makan lagi situ. Dah tekak makan nasi. Kebetulan kedai koboi ayam bakar tutup. Sekali dapat bil kene Rm65 ringgit. Haa terkejut arr...aik? Makan lebih kurang sama je mcm semalam...tak masuk akal dia caj. Ain kata ''Ma..kita kene scam ni Ma!!". Hahaha. Pastu panggil la kakak yang kira tu. Tanya kat dia awat mahal sangat ni....semalam makan berempat..hari ni makan bertiga (hubby aku tak makan sbb tak sedap perut). Tapi harga 3 kali ganda dari semalam. Kakak tu kata dia kira sekali dengan meja sebelah sebab orang sebelah kata kitorg sekali. Kau dah kenapa??? Kitorang kenal pun tidak. Memang la meja tu bersambung tapi kitorg duduk hujung sini, diorang duduk hujung sana. Kakak kira ni dah salah faham ni...orang sebelah tu cakap kira sekali tu untuk meja dia je. Kau terlebih imagination ni. Kitorg suruh kira semula. Kena RM21 ringgit je. Orang sebelah mahal sebab makan ikan bakar. Tapi lantak pi la. Lepas bayar kitorg terus cabut sambil ketawa geli hati dalam kereta. Ini 1st time berlaku dalam hidup. So korang hati-hati ye...kalo bil tak masuk akal baik tanya semula. Tak pasal-pasal bayar bil meja sebelah sekali.

Dec 10, 2017

It's December...Avillion Admiral Cove

Time cuti sekolah ni mama tak mampu nak bawak adik (adik ke??) jalan jauh...ke PD je kita. Dekat ke jauh ke apa yg penting mesti bersyukur. Dapatlah 3 days 2 nights di Avillion Admiral Cove. Bilik straits studio mengadap Selat Melaka. Pakej ni RM300 per nite wt 2 free breakfast.  Mama yg tua ni pun 1st time dapat bilik ni...dulu masa team building dapat bilik facing pokok2 je. Straits studio ni facing yacht marina, kapal2 besar kat selat (static jer...nampak extremely small je dari jauh), dari balcony (xde balcony pun...buka je sliding door terus nampak laut) boleh pandang ke langit dan nampak kapal terbang bersusun nk turun landing arah KLIA. Cantik dan happening sungguh view dia. Kitorg terkesima dan asyik mengintai je la dari sliding door. Semua sikit2 sibuk buka pintu sliding...hehe. View from 7th floor memang terbaik.  Can see swimming pool gak...but really crowded. Well apa nk di kata..... it's school holiday!  Alhamdulillah.


May 13, 2017

Misi Menjaga Anak-Anak Mak Lang

Mak Lang tu gelaran anak2 buah kepada sister saya. Saya anak ke 9 dan Mak Lang anak ke 8. Saya pula dipanggil Mak Kecik oleh semua anak2 buah. Minggu ini Mak Lang dan Pak Lang ke Paris selama 9 hari. Jadi anak2 beliau perlukan penjaga di waktu ketiadaan mereka. Kesian pulak kat anak-anak buah saya. Lagi kesian kat my sister kalo tak pegi Paris....hahaha. Lagipun dah lama tak cuti panjang. Balik daripada team building ofis terus terbang ke Senai hari berikutnya. Waktu menulis entry ini saya berada di Mutiara Rini. Anak sulung saya menjadi pembantu kepada misi kali ini. Alhamdulillah semua okey. Aktiviti sekolah berjalan seperti biasa cuma anak bongsu Mak Lang yg berumur 10 tahun ni jer yang kerap buat hal. Kuat sentap dan degil budaknya. Harap bila dah besar nanti tak terbawa-bawa perangai mcm ni. Pening mak bapak kamu nanti nak hahaha. But mak kecik tetap sayang kan kamu semua tau.

Kesian pada anak ke-2 saya yang tinggal di KL dengan papanya. Nampaknya dia tak banyak complaint. Adalah merungut sikit sikit pasal kerja rumah yang dia kene uruskan sorang-sorang. Overall dia independant....which is good for her. Sekali sekala dia plak uruskan rumah. Sebab kalau mama dia ada dan Ain ada, dia suka ngelat. Haha. Apapun, masuk hari ke 5 ni rasa rindu pulak kat Umairah. Can't wait to balik Ulu Klang hari Isnin ni. Tapi sebelum balik nak rehat puas-puas kat sini. Nanti balik KL dah takde peluang lagi nak rehat. Tambah pula Ain dah dah start nak masuk KUPTM...nasib baik kat KUPTM KL jer. Boleh mama tengok wajah anak mama hari2 lagi. Syukur Alhamdulillah....banyak benda nak kene plan balik KL ni. Harap yang terbaik untuk hari2 mendatang.

Apr 10, 2017

Sedekah

Melazimkan bersedekah adalah amalan sunnah yang dituntut di dalam Islam. MasyaAllah banyak sungguh kebaikan-kebaikan yang diperolehi jika kita melazimkan bersedekah. Malah Allah Taala tidak pernah memungkir janji akan balasan-balasan yang akan kita perolehi.

Sedekah atau dermakan yang baik-baik saja (wang/harta)
Banyak sekali artikel di internet dan buku-buku tentang amalan bersedekah. Klik saja dah dapat info. Aku teringat suatu pesan. Katanya "Ingatlah, kalau kita senang baik dari segi harta atau masa atau kelapangan maka hendaklah kita selalu bersedekah dan membantu orang lain....Allah Maha Kaya...tidak dijadikan kesenangan dan kelapangan itu hanya untuk kita nikmati sorang-sorang saja...maksudnya kita rasa aman dan senang dan beramal untuk diri kita saja. Sedangkan kesenangan dan kelapangan itu seharusnya kita gunakan untuk bantu orang lain juga. Lagipun kita juga tidak pasti selama mana kita akan senang dan lapang. Mungkin esok lusa kita pula yang susah atau disibukkan oleh dunia hingga tidak ada masa untuk membantu orang lain". Renung-renungkan lah.


Ikhlaskan hati bersedekah...pasal tu jangan lah sedekah perabis apa yang kita ada...memadailah kita rasa cukup dan ikhlas di hati

Janji Allah sangat benar....mudah-mudahan kita masuk dalam golongan yang dibalas dengan kebaikan. Amin.





Apr 7, 2017

Tua, Bongkok Dan Tanah

Saya membaca dari website NAK (Nouman Ali Khan) Indonesia. Pasal tafsir Surah Yasin. Satu bahagian disebut tentang tua menjadi bongkok. Orang tua bongkok ke bawah...seolah-olah memandang ke tanah. Walaupun secara science nyer dikatakan osteoporosis dan bila tua kita semakin pendek.  Memandang ke tanah tu ditafsirkan bermaksud agar kita mengingati mati...mati akan dikebumikan ke dalam tanah. Subhanallah

Apr 4, 2017

Dari KL ke Jeli ke Kuala Terengganu ke Kerteh ke Kuantan ke Kuala Rompin....haaa tu diaa










Ini kat Pasar Payang...tengok2 jer

Haaa...harga tembaga mahal rupanya


Accessories untuk majlis perkahwinan....

Lama sungguh tak tengok rantai pinggang besi

Add caption
Hotel Kuantan Sentral ni terbaikk










Lumut Perak dan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut

Adakala aku pergi outstation untuk urusan kerja ni mengejut-ngejut jer. Contohnya macam pegi Lumut ni...pagi masuk ofis pastu pukul 11AM dah kene pecut ke Lumut Perak. KL Lumut ni perjalanannya kalo dengan pemanduan aku dalam 3 jam lebih. Tapi client aku kata diorang buat 2 jam jer. Tak tahulah ikut jalan mana dan pakai kete apa. Tapi apa yang penting mesti sampai dengan selamat. 

Keje aku habis petang...lewat petang sangat dah. Nak balik KL pun macam penat jer. Aku dan bos pun decide kitorg stay jer lah kat Lumut. Terus buka Booking.com. Ternampak Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Harga pun okey. Grap terus lah. Dari EON ke Damai Laut dalam 20 minit jer perjalanan. Korang tengok lah gambar-gambar dari hp murah aku ni dan biar gambar berbicara...chewah.


Main lobby dia..sambil2 register kat kaunter bole tengok sunset.



Ini bilik twin sharing...sangat spacious...i like

Bath room attached to changing room dia punya ler besau....lupa nak ambik gambar bathtub...best berendam!

Cermin pun besar....tak payah berebut nak tengok2 cermin

cantik kan? siap ada losyen you



Breakfast kat cafe dia...haaa mcm2 ada


makan sambil tengok laut...sori gambar gelap

Pool untuk sapa yang nak terjun pool

Of course la facing laut






Cantik arr batu batu ni...

Nice view kan....hp aku jer murah...arrgghhh

Add caption






Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...