Mak Lang tu gelaran anak2 buah kepada sister saya. Saya anak ke 9 dan Mak Lang anak ke 8. Saya pula dipanggil Mak Kecik oleh semua anak2 buah. Minggu ini Mak Lang dan Pak Lang ke Paris selama 9 hari. Jadi anak2 beliau perlukan penjaga di waktu ketiadaan mereka. Kesian pulak kat anak-anak buah saya. Lagi kesian kat my sister kalo tak pegi Paris....hahaha. Lagipun dah lama tak cuti panjang. Balik daripada team building ofis terus terbang ke Senai hari berikutnya. Waktu menulis entry ini saya berada di Mutiara Rini. Anak sulung saya menjadi pembantu kepada misi kali ini. Alhamdulillah semua okey. Aktiviti sekolah berjalan seperti biasa cuma anak bongsu Mak Lang yg berumur 10 tahun ni jer yang kerap buat hal. Kuat sentap dan degil budaknya. Harap bila dah besar nanti tak terbawa-bawa perangai mcm ni. Pening mak bapak kamu nanti nak hahaha. But mak kecik tetap sayang kan kamu semua tau.
Kesian pada anak ke-2 saya yang tinggal di KL dengan papanya. Nampaknya dia tak banyak complaint. Adalah merungut sikit sikit pasal kerja rumah yang dia kene uruskan sorang-sorang. Overall dia independant....which is good for her. Sekali sekala dia plak uruskan rumah. Sebab kalau mama dia ada dan Ain ada, dia suka ngelat. Haha. Apapun, masuk hari ke 5 ni rasa rindu pulak kat Umairah. Can't wait to balik Ulu Klang hari Isnin ni. Tapi sebelum balik nak rehat puas-puas kat sini. Nanti balik KL dah takde peluang lagi nak rehat. Tambah pula Ain dah dah start nak masuk KUPTM...nasib baik kat KUPTM KL jer. Boleh mama tengok wajah anak mama hari2 lagi. Syukur Alhamdulillah....banyak benda nak kene plan balik KL ni. Harap yang terbaik untuk hari2 mendatang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
☀☁☂☃☄★☆☔☽☾ ⛆⛆ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 2018 ⛆⛆ 🌌🌋🌊🌉🌈🌇🌆🌅🌄🌃🌂🌁🌀 Jom banyakkan...
-
"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".
-
Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya A...
No comments:
Post a Comment