Sep 3, 2011

Bila Syawal Menjelma

Ramadan 2011 meninggalkan banyak kenangan yang sangat peribadi pada saya. Semoga Allah panjangkan umur saya untuk  berjumpa dengan bulan Ramadan lagi pada tahun-tahun yang mendatang. Pada tahun ini saya solat sunat Aidilfitri di kampung. Memang seronok bila menghirup udara kampung yang penuh dengan oksigen. Melihat banjaran gunung yang biru terbentang luas di depan mata sangat-sangat lah mengasyikkan. Raya kali ni memang lain dari raya tahun-tahun sebelum ini...alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur dapat meraikannya di kampung halaman saya bersama-sama ibu saya yang sudah sangat tua. Banyak perkara yang saya ingat buat untuk ibu saya, namun hajat tak kesampaian. Insyaallah, sekiranya ada kesempatan dan kemampuan, saya akan laksanakan nanti.
Subhanallah..ciptaan Allah Taala yang sempurna...view dari depan rumah kat kampung.

p/s : Hari ini ialah hari ke 4 Syawal. Saya sudah di KL. Oleh kerana tiada aktiviti menziarah sanak saudara di sini, saya dan anak-anak 'menziarah' ke KLCC untuk menonton The Smurf. Saja je penuhi permintaan budak2 ni sempena birthday diorang yang jatuh pada bulan Ogos lalu.
My two princess

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...