Sambil beraya terdengar juga orang kampung mengutuk DS Rosmah pasal isu cincin 24 juta. Ada juga yang kata duit kerajaan dah abis DS Rosmah belanja, pasal itu kerajaan bagi bonus sikit. Pendek kata macam2 citer politik yang orang kampung ulas tanpa mengetahui hujung pangkal or benar salah. Dalam kita seronok kutuk mengutuk tu harus juga kita ingat akan batas-batas percakapan kita tu. Harus di selidik samada citernya benar atau fitnah. Bohong atau fakta. Kalau tak tahu kisah sebenar lebih baik diam. Bukan hanya criter politik jer...apa-apa criter pun. Memang la bukan senang nak mengawal lidah kita yang lembut ni....lagi pula kita ni manusia yang lemah tambah pula jahil. Namun elok juga kalau kita sentiasa ingatkan diri kita ni bahawa apa saja perkara bukan habis nyer di sini, tapi di sana nanti akan di soal dan di tanya juga....jenuh nak jawab tu.
p/s: Walaupun saya dok link kan blogger pro kerajaan kat blog ni, saya still gak periksa artikel diorang ni...jangan la percaya suma bulat2....selidik dulu....akhir zaman ni mcm2 perkara berlaku. Gunakan akal...aktifkan otak dan akal kita ye.
|
Sedih juga bila terkenangkan cincin Habib saya yang hilang itu (yg middle tu) |
No comments:
Post a Comment