Jun 9, 2011

Sugar Glider

Tetiba rumah saya kecoh pasal sugar glider gara-gara hubby nak anak-anak bela. Ain dan umairah la yang paling excited coz diorang da lama nak bela pet tapi tak pernah dapat. Hatta kucing pun kitorg tak kasi bela. Sebenarnya bukan tak kasi tapi ada bad experience dengan jiran yang bela kucing tapi tak reti nak jaga. Kucing tu berak dan kencing merata-rata depan rumah kitorg. Tak salahkan kucing tu coz dia mana la tau nak jaga adab sopan kan...tapi owner tu buat bodo jer...at least ambik la inisiatif cuci dan buang bahan kumbahan tu. Ini tidak, kita yang jadi jiran ni pulak yang kene cuci. So, sejak tu memang larang anak-anak nak bela kucing ke hapa ker...tak mahu nanti tak terbela pastu menyusahkan jiran tetangga. But now, tetiba hubby terbukak hati nak bela sugar glider. Reasons nya sugar glider tu tak busuk, manja and duduk kat rumah jer. Kalo nak jalan pun bole bawak sekali letak kat dalam pouch. Tapi harganya mahal sikit. Seekor jer da +-RM300. Belum masuk harga cage dan makanan dia lagi. Ni saya dan hubby duk tengah survey kot bole dapat harga murah sikit. Tapi ingat nak yang baka Australia....tapi mana-mana pun tak kisah la...janji dapat bela. And of course kalo sesiapa nak bela apa-apa pet pun kena la ada knowledge termasuk la kami sendiri. So now kitorang tengah kumpul macam-macam info sebelum nak pelihara pet comel ni. Salah jaga dia pun boleh menginaya dia jer nanti. Jadi elok dapatkan knowledge dan fikir betul-betul sebelum nak jaga apa-apa jenis pet pun.

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...