Kes Dr Khir: Banyaknya Burung Mati Dengan 1 Batu
Dikala ramai pihak menganggap pertuduhan yang dikenakan ke atas Dr. Khir Toyo berhubung pemilikan aset di Shah Alam sebagai konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau (yang mana ada betul juga), penulis pula melihat kes ini sebagai satu kejayaan besar Dr. Khir dalam mematahkan pembohongan yang dilempar Pakatan Rakyat terhadapnya.
Platformnya tu pulak bukan ceramah, sebaliknya mahkamah.
Perbicaraan juga berjalan dengan lancar tanpa ada penangguhan yang tidak perlu atau provokasi dari pihak pembelaan. Penulis yakin, kalau Karpal Singh yang jadi peguam bela ni, ntah berapa banyak kali kes ini akan tertangguh sebab daripada pemerhatian penulis sepanjang kes berjalan, banyak benda yang boleh dijadikan isu penangguhan. Tak akan selesai dalam masa 9 hari.
Tapi itu tidak berlaku, pasukan pembelaan Dr. Khir menghadapi semua saksi pendakwaan dengan penuh keberanian tanpa ada rasa gentar, bukan macam Anwar Ibrahim, selagi boleh tangguh, tangguh.
Sama ada sedar atau tidak, sepanjang kes ini berlangsung, bukan seekor dua burung yang mati dengan 1 batu saja tapi banyak. ‘Burung’ yang paling terkesan teruk, sudah tentulah ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang lantang sebelum ini menuduh harta tersebut bernilai RM 24 juta. Nyata sekali, sepanjang perbicaraan berlangsung, tidak sekalipun angka RM 24 juta ini keluar dalam mana-mana transkrip mahkamah.
Jadi, dari mana si penipu asal DAP ini dapat angka RM 24 juta tersebut? Dipetik dari langit kah? Apa sekalipun, itu bukti kepada rakyat DUN Sekinchan dan mana-mana DUN yang si Ng Suee Lim bakal bertanding, bahawa penipu ini dan parti yang ditandingi tidak punya kredebiliti dan moral untuk mewakili rakyat.
Para penyokong pembangkang yang membabi buta menyokong Ng Suee Lim ini patut malu dengan diri mereka sendiri kerana mengikutkan kebodohan Suee Lim. Ntah berapa banyak fitnah yang dilemparkan sepanjang masa sebelum kes ini berjalan ke atas Dr. Khir. Kalau ada agama, elok cepat mintak maaf sebelum terlambat.
Penulis yakin, tindakan saman yang bakal menyusul selepas ini akan menenggelamkan terus Suee Lim dari arena politik negara (Dr. Khir telah memfailkan saman terhadap Suee Lim pada Januari lepas). Itulah akibatnya kerana cuba menjadi jaguh dengan menyebar fitnah dan berita palsu.
So, siapa-siapa yang dok sanjung DAP sebagai parti yang ada kredebiliti, sila semak semula sokongan dan sanjungan anda.
Tapi ‘burung’ yang ini penulis agak kesal sikit sebab tindakannya memaksa saksi pertama (SP1) untuk menikam belakang Dr Khir sebagai ganjaran pembebasan, telah sedikit sebanyak mencemarkan imej perundangan negara. Yang penulis maksudkan siapa lagi kalau bukan Gani Patail, peguam negara.
Kalau macam inilah taktik yang digunakan pendakwaraya di Malaysia untuk menang kes, selamanyalah orang yang tak bersalah akan jadi mangsa. Nasib baik dalam kes Dr. Khir, taktik Gani Patail menjadi senjata makan tuan dek kebijaksanaan pasukan peguam yang mewakilinya.
Penulis takmau komen panjang pasal Gani Patail ini, yang penulis harapkan untuk pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya.
‘Burung’ lain yang turut menjadi mangsa ialah MalaysiaKini yang terkantoi menyebarkan berita palsu mengenai perjalanan kes Dr. Khir. Portal internet yang sering mendakwa mereka telus dan tidak berpihak ini, kini terbukti berpaksikan kepada Pakatan Rakyat dan tidak punya etika dalam penyiaran beritanya.
Penulis kasihankan kepada subscriber-subscriber MalaysiaKini yang mengeluarkan wang, kononnya untuk mendapat berita tepat dan terkini, rupanya dapat berita bohong tapi terkini, kesiankan depa ya.
Dan ramai lagilah sebenarnya yang terdedah punggung sendiri dalam hal nak mengenakan Dr. Khir seperti SP1 tadi tu, kontraktor muflis yang tak tahu siapa yang tulis invois dalam syarikatnya dan ramai lagi diluar sana yang termakan fitnah disebarkan Pakatan Rakyat mengenai nilai hartanah milik Dr. Khir yang kononnya RM 24juta tu.
Yang penting pada penulis, sekurang-kurangnya mantan Ketua Pembangkang Selangor ini meminjam duit bank untuk mendapatkan hartanah di Shah Alam tu, bukan macam Ketua Pembangkang di Parlimen, bina rumah berjuta ringgit pun tak pinjam bank, mana sumber duit pun tak tahu!!!
Sudahlah pinjam duit bank, nilai RM 3.5 juta itu diberikan penilai hartanah berkaliber, Rahim & Co, bukan main petik macam Ng Suee Lim dari DAP/Pakatan.
Sebab itu dalam komuniti guaman sendiri pun sudah ramai yang yakin bahawa Dr. Khir tidak bersalah!!!
meh share sini kalau ada dokumennya
dalam DUN selangor pula, dapigs paling susah hati kerana cacai pasamdol dia kini umpama rimau hilang taring..tak boleh dipergunakan lagi untuk menyokong dapigs dalam isu2 memusnahkan ketuanan melayu dan melemahkan islam
Pada tuan hakim. Tak kan lah sekadar beri amaran saja kepada wartawan Malaysiakini yang telah melacurkan mahkamah tuan dengan pemberitaan yang palsu dan megelirukan. Saya cadangkan beliau diambil tindakan sekeras2 yang mungkin sebagai contoh kepada yang lain supaya jangan sesekali berani mempermain2kan mahkamah negara ini yang pada pandangan kebanyakan rakyat dah semakin luntur kewiwabawaan nya pun.Wallahu’alam. Wassalam.
btw, mana si Farid..C4..and also bujuk?