Jun 27, 2011
I like BERSIH but I don't like BERSIH
Sapa yang tak suka bersih, betul tak? Orang yang pengotor pun suka bersih (tapi dia tak perasan yang dia tak bersih). Namun, perkataan bersih kini telah dikotori oleh sekumpulan makhluk Allah yang ingin berdemo pada 9 Julai ini. Perhimpunan 'bersih' namanya. Yang ni I don't like. Tak payah la nak berdemo macam tu. Takde maknanya. Kalo tak puas hati ke hapa ker, next election kau pangkah la parti kegemaran masing2. Tak perlu kecoh-kecoh. Menampakkan kebodohan jer...tambah pulak yang ramai turun tu nanti ialah orang melayu. Pastu melayu sama melayu bergaduh. Wahai melayu, toksah la dok bergaduh-gaduh, esok kalo tanahair dah tergadai baru korang tahu berapa ruginya perbuatan yang korang buat tu.
Jun 25, 2011
Dr Khir - Petikan dari mykmu.net
Kes Dr Khir: Banyaknya Burung Mati Dengan 1 Batu
Dikala ramai pihak menganggap pertuduhan yang dikenakan ke atas Dr. Khir Toyo berhubung pemilikan aset di Shah Alam sebagai konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau (yang mana ada betul juga), penulis pula melihat kes ini sebagai satu kejayaan besar Dr. Khir dalam mematahkan pembohongan yang dilempar Pakatan Rakyat terhadapnya.
Platformnya tu pulak bukan ceramah, sebaliknya mahkamah.
Perbicaraan juga berjalan dengan lancar tanpa ada penangguhan yang tidak perlu atau provokasi dari pihak pembelaan. Penulis yakin, kalau Karpal Singh yang jadi peguam bela ni, ntah berapa banyak kali kes ini akan tertangguh sebab daripada pemerhatian penulis sepanjang kes berjalan, banyak benda yang boleh dijadikan isu penangguhan. Tak akan selesai dalam masa 9 hari.
Tapi itu tidak berlaku, pasukan pembelaan Dr. Khir menghadapi semua saksi pendakwaan dengan penuh keberanian tanpa ada rasa gentar, bukan macam Anwar Ibrahim, selagi boleh tangguh, tangguh.
Sama ada sedar atau tidak, sepanjang kes ini berlangsung, bukan seekor dua burung yang mati dengan 1 batu saja tapi banyak. ‘Burung’ yang paling terkesan teruk, sudah tentulah ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang lantang sebelum ini menuduh harta tersebut bernilai RM 24 juta. Nyata sekali, sepanjang perbicaraan berlangsung, tidak sekalipun angka RM 24 juta ini keluar dalam mana-mana transkrip mahkamah.
Jadi, dari mana si penipu asal DAP ini dapat angka RM 24 juta tersebut? Dipetik dari langit kah? Apa sekalipun, itu bukti kepada rakyat DUN Sekinchan dan mana-mana DUN yang si Ng Suee Lim bakal bertanding, bahawa penipu ini dan parti yang ditandingi tidak punya kredebiliti dan moral untuk mewakili rakyat.
Para penyokong pembangkang yang membabi buta menyokong Ng Suee Lim ini patut malu dengan diri mereka sendiri kerana mengikutkan kebodohan Suee Lim. Ntah berapa banyak fitnah yang dilemparkan sepanjang masa sebelum kes ini berjalan ke atas Dr. Khir. Kalau ada agama, elok cepat mintak maaf sebelum terlambat.
Penulis yakin, tindakan saman yang bakal menyusul selepas ini akan menenggelamkan terus Suee Lim dari arena politik negara (Dr. Khir telah memfailkan saman terhadap Suee Lim pada Januari lepas). Itulah akibatnya kerana cuba menjadi jaguh dengan menyebar fitnah dan berita palsu.
So, siapa-siapa yang dok sanjung DAP sebagai parti yang ada kredebiliti, sila semak semula sokongan dan sanjungan anda.
Tapi ‘burung’ yang ini penulis agak kesal sikit sebab tindakannya memaksa saksi pertama (SP1) untuk menikam belakang Dr Khir sebagai ganjaran pembebasan, telah sedikit sebanyak mencemarkan imej perundangan negara. Yang penulis maksudkan siapa lagi kalau bukan Gani Patail, peguam negara.
Kalau macam inilah taktik yang digunakan pendakwaraya di Malaysia untuk menang kes, selamanyalah orang yang tak bersalah akan jadi mangsa. Nasib baik dalam kes Dr. Khir, taktik Gani Patail menjadi senjata makan tuan dek kebijaksanaan pasukan peguam yang mewakilinya.
Penulis takmau komen panjang pasal Gani Patail ini, yang penulis harapkan untuk pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya.
‘Burung’ lain yang turut menjadi mangsa ialah MalaysiaKini yang terkantoi menyebarkan berita palsu mengenai perjalanan kes Dr. Khir. Portal internet yang sering mendakwa mereka telus dan tidak berpihak ini, kini terbukti berpaksikan kepada Pakatan Rakyat dan tidak punya etika dalam penyiaran beritanya.
Penulis kasihankan kepada subscriber-subscriber MalaysiaKini yang mengeluarkan wang, kononnya untuk mendapat berita tepat dan terkini, rupanya dapat berita bohong tapi terkini, kesiankan depa ya.
Dan ramai lagilah sebenarnya yang terdedah punggung sendiri dalam hal nak mengenakan Dr. Khir seperti SP1 tadi tu, kontraktor muflis yang tak tahu siapa yang tulis invois dalam syarikatnya dan ramai lagi diluar sana yang termakan fitnah disebarkan Pakatan Rakyat mengenai nilai hartanah milik Dr. Khir yang kononnya RM 24juta tu.
Yang penting pada penulis, sekurang-kurangnya mantan Ketua Pembangkang Selangor ini meminjam duit bank untuk mendapatkan hartanah di Shah Alam tu, bukan macam Ketua Pembangkang di Parlimen, bina rumah berjuta ringgit pun tak pinjam bank, mana sumber duit pun tak tahu!!!
Sudahlah pinjam duit bank, nilai RM 3.5 juta itu diberikan penilai hartanah berkaliber, Rahim & Co, bukan main petik macam Ng Suee Lim dari DAP/Pakatan.
Sebab itu dalam komuniti guaman sendiri pun sudah ramai yang yakin bahawa Dr. Khir tidak bersalah!!!
21 Responses for “Kes Dr Khir: Banyaknya Burung Mati Dengan 1 Batu”
Jun 22, 2011
I don't follow....politik oh politik
Saya masih ingat lagi masa di tempat kerja lama bila bincang pasal politik jer ramai kawan-kawan yang kata 'TAK MINAT!'. Tapi ntah kenapa saya minat pula pasal politik. Bukan saya nak jadi juara politik tapi saya suka nak tahu apa isu yang berlaku dan siapa salah siapa benar. Saya juga terasa terpanggil bila fikir saya ni Melayu dan saya patut pertahanankan tanahair saya ini. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti tanahair kita akan dijajah oleh kaum yang bukan Melayu....gara-gara orang melayu suka cakap 'TAK MINAT' or 'TAK CAMPUR' or 'TAKDE KENE MENGENA'. Sikap kita yang terlalu baik, baik sangka, tak kisah, lama-lama tergadai. Tambah pulak sekarang Melayu sama Melayu pun suka bergaduh. Last-last bangsa lain yang untung. Fikir-fikir kan lah.
p/s : Saya bukan jenih pak angguk...terima kata orang bulat-bulat. Sebolehnya saya check sendiri benda tu betul ker tidak berdasarkan fakta....tak suka orang yang suka gebang politik dan hasut orang lain to follow...coz I don't follow!
p/s : Saya bukan jenih pak angguk...terima kata orang bulat-bulat. Sebolehnya saya check sendiri benda tu betul ker tidak berdasarkan fakta....tak suka orang yang suka gebang politik dan hasut orang lain to follow...coz I don't follow!
Jun 9, 2011
Sugar Glider
Tetiba rumah saya kecoh pasal sugar glider gara-gara hubby nak anak-anak bela. Ain dan umairah la yang paling excited coz diorang da lama nak bela pet tapi tak pernah dapat. Hatta kucing pun kitorg tak kasi bela. Sebenarnya bukan tak kasi tapi ada bad experience dengan jiran yang bela kucing tapi tak reti nak jaga. Kucing tu berak dan kencing merata-rata depan rumah kitorg. Tak salahkan kucing tu coz dia mana la tau nak jaga adab sopan kan...tapi owner tu buat bodo jer...at least ambik la inisiatif cuci dan buang bahan kumbahan tu. Ini tidak, kita yang jadi jiran ni pulak yang kene cuci. So, sejak tu memang larang anak-anak nak bela kucing ke hapa ker...tak mahu nanti tak terbela pastu menyusahkan jiran tetangga. But now, tetiba hubby terbukak hati nak bela sugar glider. Reasons nya sugar glider tu tak busuk, manja and duduk kat rumah jer. Kalo nak jalan pun bole bawak sekali letak kat dalam pouch. Tapi harganya mahal sikit. Seekor jer da +-RM300. Belum masuk harga cage dan makanan dia lagi. Ni saya dan hubby duk tengah survey kot bole dapat harga murah sikit. Tapi ingat nak yang baka Australia....tapi mana-mana pun tak kisah la...janji dapat bela. And of course kalo sesiapa nak bela apa-apa pet pun kena la ada knowledge termasuk la kami sendiri. So now kitorang tengah kumpul macam-macam info sebelum nak pelihara pet comel ni. Salah jaga dia pun boleh menginaya dia jer nanti. Jadi elok dapatkan knowledge dan fikir betul-betul sebelum nak jaga apa-apa jenis pet pun.
Jun 3, 2011
Jun 2, 2011
Lari Dari Realiti
Kadang-kadang bila kehidupan begitu sukar untuk ditempuhi, jalan mudah ialah divertkan fikiran ke alam mimpi atau angan-angan yang indah. Watak-watak yang direka cipta melakonkan cerita indah yang kita impikan selama ini. Tenggelam dan terus tenggelam dalam mimpi dan angan-angan yang tiada kesudahan.
WARNING!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
☀☁☂☃☄★☆☔☽☾ ⛆⛆ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 2018 ⛆⛆ 🌌🌋🌊🌉🌈🌇🌆🌅🌄🌃🌂🌁🌀 Jom banyakkan...
-
"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".
-
Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya A...
meh share sini kalau ada dokumennya
dalam DUN selangor pula, dapigs paling susah hati kerana cacai pasamdol dia kini umpama rimau hilang taring..tak boleh dipergunakan lagi untuk menyokong dapigs dalam isu2 memusnahkan ketuanan melayu dan melemahkan islam
Pada tuan hakim. Tak kan lah sekadar beri amaran saja kepada wartawan Malaysiakini yang telah melacurkan mahkamah tuan dengan pemberitaan yang palsu dan megelirukan. Saya cadangkan beliau diambil tindakan sekeras2 yang mungkin sebagai contoh kepada yang lain supaya jangan sesekali berani mempermain2kan mahkamah negara ini yang pada pandangan kebanyakan rakyat dah semakin luntur kewiwabawaan nya pun.Wallahu’alam. Wassalam.
btw, mana si Farid..C4..and also bujuk?