Sep 14, 2018

Perjalanan Hidup Seorang Kawan Baik....dari susah semakin senang

Lama ai tak update blog ni. Lama-lama semakin sibuk. Jadi kene tengok apa priority kita dalam hidup ini. Perkara penting perlu didahulukan. Betul tak?

Ni nak criter, minggu lepas jumpa kawan baik...nak kata kawan pun bukan kawan tapi dah macam sedara mara. Asalnya kenal dia bila dia nikah dengan cousin hubby ai. Berpuluh tahun dah ler...anak sulung dia pun dah nak abis belajar kat U. Jadi, memang rapat lah ai dengan dia. Dia selalu share masalah hidup dia. Ai pulak jadi pendengar yang setia. Dia dulu kerja Hong Leong Bank. Tapi selalu complaint sebab keje bank ni stress. Kawan2 ai lain yang keje bank pun selalu cakap benda yang sama. Ai tak dapat nak rasai lah sebab ai tak keje bank....ai keje GLC company. Tapi faham la sikit-sikit bila orang kata stress. Nak dijadikan criter, rumah tangga dia pun bermasalah. Bermula dari situ hidup dia jadi 'lintang pukang' (quite sometimes tak guna perkataan ni hehe). But memang betul, kalau ai kenang-kenangkan balik masa tu dia hampir-hampir jadi gila. Suami ada pompuan lain. Tak bagi nafkah zahir batin, buat hutang atas nama bini, suami tak balik rumah. Pendek kata memang musibat lah. Yang ai paling menyirap (nampak tak dengan ai ai sekali terasa geram), walaupun ada betina lain tapi control bini macam ntah apa-apa...boleh laki dia kata kat kawan ai ni kalau nak keluar rumah hatta nak buang sampah pun kene mintak izin dia dulu.....kau rasaaa ...ish menyirapppp aje ai dengar .... haaa camtu sekali la conflict rumahtangga diorang. After a few years terseksa jiwa dan raga dan anak pun dah 2 orang both boys , kawan ai pun bercerai. After bercerai another sad story juga sbb nak besarkan anak, nak bayar hutang yang ex suami buat atas nama dia, bank cari, suami tak reti bayar nafkah anak, stress kerja, soooooooo many many bad bad thing lagi. Menangis kalau dengar citer dia. Ai mampu dengar je sbb nak tolong pun ai tak mampu. Sikit-sikit tu adalah juga pinjamkan seratus dua. Masa tu pun ai pun susah. Anak kecik-kecik.

Bertahun-tahunlah kawan ai ni struggle nak besarkan anak dan teruskan kehidupan dia dengan hutang2 keliling pinggang. Sampai suatu masa dia ambil keputusan untuk berenti kerja bank dan dapat wang pampasan. Wang tersebut dia gunakan untuk selesaikan separuh dari hutang2 dia. Lega sikit lah dia masa tu. Dia dapat tinggal di rumah PPR dekat rumah ibubapa dia. Family dia banyak tolong dia. Bila anak-anak dia dah sekolah menengah dia berkenalan dengan seorang duda. Akhirnya kawin dengan duda tersebut. Tapi tak lama...ada beberapa tahun yang bahagia dan selepas tu masalah melanda dan mereka pun bercerai. Waktu bercerai masa di mahkamah bekas suami ke 2 dia bisik pada dia supaya jangan tuntut nafkah. Masa tu Tuhan saja yang tahu perasaan dia..menggigil dia kata dalam kandang mahkamah tahan perasaan marah dan sedih. Dan dia memang tak tuntut pun nafkah tu. Nak di jadikan cerita, perkahwinan kali ke 2 ni pun membuatkan dia susah juga sebab ada hutang bersama yang dia kene settlekan sendiri. Dan yang paling tragis, bekas suami ke 2 ni meninggal dunia beberapa bulan atau setahun selepas itu.

Pejam celik pejam celik akhirnya anak2 dia dah besar dan masuk universiti.(dengan suami ke2 takde anak). Segala perbelanjaan anak semua dia tanggung. Bekas suami pertama hanya bagi RM200 sebulan (atau RM300 sebulan). Ai kata kenapa sikit sangat...dia kata dia tak larat nak bergaduh dengan ex husband dia untuk minta duit nafkah. Dia pun tak reti nak lawan cakap apa. Dia redo jer dengan kehidupan dia. Huh. (Kadang2 ai geram jer dengan kawan ai ni sebab baik sangat sampai orang pijak kepala... haisshhh) Kawan ai ni selepas berenti kerja bank dia susah nak dapat kerja lain. Kalau ada pun hanya kerja clerk gaji yang dalam lingkungan RM1200 kebawah. Jadi dia terpaksa cari-cari peluang kerja2 part time untuk menampung perbelanjaan keluarga. Dia juga suka join group MLM atau yang suka jana pendapatan pelik pelik ni. Ai selalu cakap kat dia 'ko hati-hati kalau nak join group2 ni...jangan sampai kene tipu'. Pernah sekali dia call minta ai bank in RM600 kat dia. Ai kata untuk apa. Dia kata ada customer ni yang dia deal dekat Carousell nak report polis sebab kawan ai cancelled transaction mereka. Customer ni dari oversea dan conversation semua melalui wassup. Ai kata jangan mengarut lah...you block jer customer you tu. Apahal plak you nak bayar RM600 sebab tak jadi jual barang. Giler apa. Ai kata ini scam. Kawan ai ni panik tapi dia ikut juga cakap ai terus block customer tu. Settle masalah. Geleng kepala ai. Macam tu la kehidupan kawan ai ni.

Last week dia ajak ai jumpa dia. Kitorg dah lama tak jumpa sbb dia ada hutang dengan ai. Sepanjang berhutang tu kitorg tak bercakap sangat sbb ai sendiri tak nak dia rasa tak selesa. Dia pun agaknya rasa tak best la kot nak jumpa tapi hutang tak bayar. Ai tak pernah pun paksa dia bayar sbb ai tau dia susah. Ai dah niat kalau dia tak bayar pun takpe...bukan banyak pun. Tapi lepas dia byar aritu dia ajak ai jumpa dia. Dia pun ada banyak benda nak criter...al maklumlah lama giler gak lah tak jumpa.

Masa jumpa tu dia belanja ai makan. Dalam hati ai kata agak nyer kawan ai ni dah ok la kot. Masa sembang2 tu dia ada cakap yang dia belanja ai ni dari duit saving USD dia. Masa tu ai tak paham sangat. Dah lama-lama sembang tu barulah dia kata yang di join simpanan beli USD dengan  Bit Data International Group (BDIG) . Hari hari BDIG bayar komisyen 1% dari nilai simpanan USD dia dan dia withdraw dari wallet bila nak cashkan dalam RM. BDIG buat urusniaga Bitcoin. Nak jadi criter, kira dia nak kasitau yang financially dia dah okey especially bila nak join group BDIG ni. Dia tunjuklah kat ai brapa nilai wallet dia ada dan berapa saving FCS dia...banyak gak la kalo convert to RM adalah dalam lebih RM10K....banyak la tu. Ai pun takde banyak camtu.

Ai pun terjebak join sekali lepas tu. Tapi ai simpan USD20 jer. Tapi itu tak penting...yang penting kawan ai tu dah senang dah sekarang. Anak2 dia pun dah tak susah dah kalau minta duit dia withdraw jer dari wallet dia. Dan dia pun dah nampak masa depan dia yang semakin cerah.

Akhir perjumpaan tu, ai hantar dia balik ke PPR rumah dia...dari jauh ai doakan dia agar bahagia selepas ni. Semoga Allah kurniakan kehidupan yang baik dalam hari-hari yang mendatang. Semoga dia bebas dari masalah kewangan. Semoga Allah sembuhkan luka-luka hati dia. Gantikan airmata dia dengan senyuman kegembiraan dan keceriaan. Semoga dapat jodoh (dia kata dia ada kawan dengan seseorang). Dan segala-gala yang baik, yang indah, yang membahagiakan dia.






No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...