Dec 30, 2017
Arche Microfiber Mop Review
Saya beli mop ni kat Lazada (dah banyak saya menabung di Lazada adoii laa....hahaha). Saya sebenarnya penat nak vacuum dan mop satu rumah. Sakit pinggang tau. Rumah dah la bela kucing (kenapa la kucing2 ni comel sangat!!). Bulu kucing bertaburan. Rambut pun banyak (gugur je rambut aku sekarang...kurang vitamin ni). Kebersihan rumah kene jaga juga...alhamdulillah dengan Arche Microfiber mop ni telah berjaya meringankan beban saya. Mana taknya...balik keje terus ambik mop ni dan mop kering je kat lantai. Dah la ringan dan boleh pusing 360 darjah...senang sangat nak guna. Lepas tu habuk dan bulu-bulu melekat kat kain microfiber tu. Memang rasa berbaloi pakai mop ni. Nak cuci kain dia pun senang. Basuh dengan air dan gosok-gosok sikit habuk terus hilang. Lepas mop kering boleh mop basah. Rasa bersihnya macam kita cuci lantai dengan cara lap dengan kain. Gunakan teknik zigzag untuk lebih effective...memang bersih betul. So saya sangat recommend untuk suri rumah yang nak bersihkan rumah dengan cepat tapi effective. Juga untuk yang dah berumur macam saya ni...selalu sakit pinggang dan lenguh-lenguh. Juga untuk yang tiada pembantu macam saya ni...anak-anak dan suami pun macam tak nampak je kekotoran rumah kann..hehe. Dari membebel kenangkan nasib yang begitu begini lebih baik pegang mop arche microfiber ni. Bersih juga rumah kita kan.
Dec 16, 2017
Citer kelakar !
Ini kes masa kat PD aritu. Disebabkan tak nak membazir duit (ayat poyo), masa lunch pi la cari kedai makan yang nampak seakan-akan jimat haha...(tengok review jalan-jalan cari makan di PD). Sebab ramai kata mahal. So terjumpalah kedai makan nasi campur teh-O rm0.50 sen sebelah masjid Bagan Pinang. Memang sedap. Kedai sempoi. 4 orang makan RM24 ringgit je. Extremely jimat. Tapi itu hari pertama. Hari kedua makan lagi situ. Dah tekak makan nasi. Kebetulan kedai koboi ayam bakar tutup. Sekali dapat bil kene Rm65 ringgit. Haa terkejut arr...aik? Makan lebih kurang sama je mcm semalam...tak masuk akal dia caj. Ain kata ''Ma..kita kene scam ni Ma!!". Hahaha. Pastu panggil la kakak yang kira tu. Tanya kat dia awat mahal sangat ni....semalam makan berempat..hari ni makan bertiga (hubby aku tak makan sbb tak sedap perut). Tapi harga 3 kali ganda dari semalam. Kakak tu kata dia kira sekali dengan meja sebelah sebab orang sebelah kata kitorg sekali. Kau dah kenapa??? Kitorang kenal pun tidak. Memang la meja tu bersambung tapi kitorg duduk hujung sini, diorang duduk hujung sana. Kakak kira ni dah salah faham ni...orang sebelah tu cakap kira sekali tu untuk meja dia je. Kau terlebih imagination ni. Kitorg suruh kira semula. Kena RM21 ringgit je. Orang sebelah mahal sebab makan ikan bakar. Tapi lantak pi la. Lepas bayar kitorg terus cabut sambil ketawa geli hati dalam kereta. Ini 1st time berlaku dalam hidup. So korang hati-hati ye...kalo bil tak masuk akal baik tanya semula. Tak pasal-pasal bayar bil meja sebelah sekali.
Dec 10, 2017
It's December...Avillion Admiral Cove
Time cuti sekolah ni mama tak mampu nak bawak adik (adik ke??) jalan jauh...ke PD je kita. Dekat ke jauh ke apa yg penting mesti bersyukur. Dapatlah 3 days 2 nights di Avillion Admiral Cove. Bilik straits studio mengadap Selat Melaka. Pakej ni RM300 per nite wt 2 free breakfast. Mama yg tua ni pun 1st time dapat bilik ni...dulu masa team building dapat bilik facing pokok2 je. Straits studio ni facing yacht marina, kapal2 besar kat selat (static jer...nampak extremely small je dari jauh), dari balcony (xde balcony pun...buka je sliding door terus nampak laut) boleh pandang ke langit dan nampak kapal terbang bersusun nk turun landing arah KLIA. Cantik dan happening sungguh view dia. Kitorg terkesima dan asyik mengintai je la dari sliding door. Semua sikit2 sibuk buka pintu sliding...hehe. View from 7th floor memang terbaik. Can see swimming pool gak...but really crowded. Well apa nk di kata..... it's school holiday! Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
☀☁☂☃☄★☆☔☽☾ ⛆⛆ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 2018 ⛆⛆ 🌌🌋🌊🌉🌈🌇🌆🌅🌄🌃🌂🌁🌀 Jom banyakkan...
-
"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".
-
Masya Allah cantiknya doa ini untuk kita amalkan setiap hari. Sepanjang hidup saya berbagai peristiwa pahit manis yang dah dilalui...hanya A...