May 17, 2012

Thank You



Thank you Kak Liza.....sudi tunggu kotak-kotak digital Al Quran baru bagi menggantikan kotak-kotak yang terkoyak-koyak ni...ni suma salah transporter dan shipping company.

Thank you Kak Liza.....beli bantal elektrik 20 set.

Thank you Liza....helping me about the loan matters.

Thank you Amy....sudi tolong transportkan barang-barang dari warehouse ke ofis akak. 

Thank you Latip....tolong angkat barang yang berat-berat tu.

Thank you Razak.....beli 12 kotak digital Al Quran....Akak percaya you akan success nanti.

Thank you Sha.....for taking immediate action on my complaint.

Thank you Intan....tolong masak ayam berempah for dinner tadi.

Thank you suami ku....menghantar dan mengambil ku dari ofis.

Masyaallah...banyak nyer pertolongan dan kemudahan yang aku dapat hari ini.

Thank you for everything...

Sebenar-benar Syukur kepada Allah Taala di atas RahmatNya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!!!


Phillip Phillips - Volcano - Studio Version - American Idol 11 Top 4

Apr 11, 2012

Live Your Best Life

Got it from WikiHow...

Tips

1. Be yourself, disregard gossip, bias and judgmental attitudes
2. Life is too short to be living with regrets. Let go your anger and lighten your emotion to prevent illness
3. Spread LOVE

  • L - Listen more, talk less
  • O - Overlook mistakes and shortcomings
  • V - Value what you have
  • E - Express your appreciation

Apr 8, 2012

Doa Untuk Arwah Ibu Bapa

Assalammualaikum..

Dari buku kecil nipis '101 Jenis Doa Serta Terjemahannya'.

Baca:
Al Fatihah 1x
Al Ikhlas Qulhuwallaahuahad 11x
Qul a'uudzubirobbil falaq 1x
Qul a'uudzubirobbinnaas 1x

Doa:
Ya Allah, Sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibubapaku...Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa mereka, kasihani dah sejahterakanlah mereka, maafkanlah kesalahan mereka, muliakanlah kedatangan mereka, lapangkanlah kubur mereka, terimalah kebaikkan mereka, hapuskanlah kesalahan mereka, dengan RahmatMu, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

* Tambahkan selawat nabi sekurang-kurangnya 3x (ni buku tak cakap, saya yg suggest!)

Jan 22, 2012

Bonda ku Pergi Buat Selama-lamanya

Pada Sabtu, 14 Januari 2012 bersamaan subuh 19 Safar 1433 yang lalu, bonda ku telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya. Aku ada di sisi beliau saat itu sambil membisikkan kalimah Allah dan syahadah di telinga beliau.Kronology peristiwa sedih ini bermula :

10 Jan Selasa Malam - Kak Yong call kata bonda dimasukkan ke hospital sebab demam dan sakit kuat.
11 Jan Rabu Tengahari - Aku & Kak H (lepas meeting) pulang ke Perak. Kami terus menuju ke hospital Taiping.
12 Jan Khamis - Kami sekeluarga serta cucu-cucu Bonda all day bersama bonda membaca Yassin dan mengajar bonda syahadah. Bonda menggunakan oksigen sebagai bantuan pernafasan.
13 Jan Jumaat Petang - Melihatkan keadaan bonda yang agak kritikal, kami sekeluarga membawa bonda pulang ke rumah bersama-sama oksigen yang kami beli/sewa.
14 Jan Subuh - Bonda pergi buat selama-lamanya.

Sepanjang dari hospital dan pulang kerumah, kami sekeluarga tidak pernah meninggalkan bonda keseorangan walau seminit pun. Beliau pasti ditemani oleh anak-anak atau cucu-cucu yang membacakan surah-surah, Yasin dan mengajar syahadah. Kami turut memakaikan beliau baju kegemaran beliau iaitu baju kurung kedah bersama kain batik kesukaan beliau. Semasa akhir hayat bonda ku, beliau tinggal keseorangan di kampung. Beliau tidak mahu tinggal dengan anak-anak kecuali jika beliau sakit sahaja. Itu pun sakit yang sangat-sangat berat yang mana beliau tidak boleh menguruskan diri sendiri. Bonda ku seorang wanita yang berani, kuat, bijak, suka berterus terang dan suka berpesan itu ini kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

Wasiat yang beliau tinggalkan :
1. Rumah dan tanah tapak rumah di wasiatkan sebagai pusaka untuk kegunaan anak-anak dan cucu-cucu.
2. Sebidang tanah kebun buah-buahan untuk Kak Y yang telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga bermula dari arwah bapa meninggal sewaktu kami adik-beradik kecil-kecil lagi.
3. Wang simpanan Tabung Haji RM14,000 ribu lebih diwasiatkan untuk tabung pelajaran cucu-cucu beliau. Semasa hayat beliau, beliau sangat menitik-beratkan ilmu dan pelajaran kepada anak-anak dan cucu beliau. Beliau selalu menghulurkan bantuan kewangan kepada cucu-cucu yang berjaya masuk ke asrama, kolej, universiti atau tahfiz. Keikhlasan beliau jelas sehinggakan beliau sanggup mewasiatkan semua wang simpanan ke tabung pendidikan cucu-cucu beliau.
4. Rantai dan gelang emas menjadi pusaka dan akan diagih-agihkan kepada anak2 sama rata. Abang tunggal kami setuju untuk membahagikan sama-rata.

Hari ini ketika aku menaip baris-baris ayat ini, seraut wajah bonda terbayang dimataku. Kisah dan kenangan silam bersamanya bermain-main difikiran ku. Aku kini tiada lagi ibu yang akan mendoakan kesejahteraan untuk ku. Aku kini tak perlu lagi untuk terkejar-kejar pulang ke kampung bila raya menjelang. Aku kini tiada lagi akan mendengar celoteh2 dan pesan-pesannya.

"Mak....kami semua sangat merinduimu....kami doakan mak sejahtera dan bahagia disana. Kami sangat sayangkan makkkk!!".

Betullah kata orang....hargai dan sayangilah ibu semasa ada....curahilah kasih-sayang kamu kepadanya ketika hidupnya. Perginya tidak akan kembali lagi. Al Fatihah untuk Bondaku!

Aku kini sepi!
Gambar Hiasan

10 Tasbih Amalan Harian - Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A


Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...