Jan 22, 2012

Bonda ku Pergi Buat Selama-lamanya

Pada Sabtu, 14 Januari 2012 bersamaan subuh 19 Safar 1433 yang lalu, bonda ku telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya. Aku ada di sisi beliau saat itu sambil membisikkan kalimah Allah dan syahadah di telinga beliau.Kronology peristiwa sedih ini bermula :

10 Jan Selasa Malam - Kak Yong call kata bonda dimasukkan ke hospital sebab demam dan sakit kuat.
11 Jan Rabu Tengahari - Aku & Kak H (lepas meeting) pulang ke Perak. Kami terus menuju ke hospital Taiping.
12 Jan Khamis - Kami sekeluarga serta cucu-cucu Bonda all day bersama bonda membaca Yassin dan mengajar bonda syahadah. Bonda menggunakan oksigen sebagai bantuan pernafasan.
13 Jan Jumaat Petang - Melihatkan keadaan bonda yang agak kritikal, kami sekeluarga membawa bonda pulang ke rumah bersama-sama oksigen yang kami beli/sewa.
14 Jan Subuh - Bonda pergi buat selama-lamanya.

Sepanjang dari hospital dan pulang kerumah, kami sekeluarga tidak pernah meninggalkan bonda keseorangan walau seminit pun. Beliau pasti ditemani oleh anak-anak atau cucu-cucu yang membacakan surah-surah, Yasin dan mengajar syahadah. Kami turut memakaikan beliau baju kegemaran beliau iaitu baju kurung kedah bersama kain batik kesukaan beliau. Semasa akhir hayat bonda ku, beliau tinggal keseorangan di kampung. Beliau tidak mahu tinggal dengan anak-anak kecuali jika beliau sakit sahaja. Itu pun sakit yang sangat-sangat berat yang mana beliau tidak boleh menguruskan diri sendiri. Bonda ku seorang wanita yang berani, kuat, bijak, suka berterus terang dan suka berpesan itu ini kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

Wasiat yang beliau tinggalkan :
1. Rumah dan tanah tapak rumah di wasiatkan sebagai pusaka untuk kegunaan anak-anak dan cucu-cucu.
2. Sebidang tanah kebun buah-buahan untuk Kak Y yang telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga bermula dari arwah bapa meninggal sewaktu kami adik-beradik kecil-kecil lagi.
3. Wang simpanan Tabung Haji RM14,000 ribu lebih diwasiatkan untuk tabung pelajaran cucu-cucu beliau. Semasa hayat beliau, beliau sangat menitik-beratkan ilmu dan pelajaran kepada anak-anak dan cucu beliau. Beliau selalu menghulurkan bantuan kewangan kepada cucu-cucu yang berjaya masuk ke asrama, kolej, universiti atau tahfiz. Keikhlasan beliau jelas sehinggakan beliau sanggup mewasiatkan semua wang simpanan ke tabung pendidikan cucu-cucu beliau.
4. Rantai dan gelang emas menjadi pusaka dan akan diagih-agihkan kepada anak2 sama rata. Abang tunggal kami setuju untuk membahagikan sama-rata.

Hari ini ketika aku menaip baris-baris ayat ini, seraut wajah bonda terbayang dimataku. Kisah dan kenangan silam bersamanya bermain-main difikiran ku. Aku kini tiada lagi ibu yang akan mendoakan kesejahteraan untuk ku. Aku kini tak perlu lagi untuk terkejar-kejar pulang ke kampung bila raya menjelang. Aku kini tiada lagi akan mendengar celoteh2 dan pesan-pesannya.

"Mak....kami semua sangat merinduimu....kami doakan mak sejahtera dan bahagia disana. Kami sangat sayangkan makkkk!!".

Betullah kata orang....hargai dan sayangilah ibu semasa ada....curahilah kasih-sayang kamu kepadanya ketika hidupnya. Perginya tidak akan kembali lagi. Al Fatihah untuk Bondaku!

Aku kini sepi!
Gambar Hiasan

10 Tasbih Amalan Harian - Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A


Dec 11, 2011

December 11

Lama saya tak update blog ini. Macam-macam yang berlaku selama saya menyepi diri dari berblogging. Ada pahit dan ada manis. Begitulah kehidupan dunia....


Saya kongsi di sini dari Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al Ghazali...ada 10 tasbih dan zikir yang sangat baik diamalkan selepas sembahyang subuh sehinggakan disebut amalan ini adalah lebih afdal dari memerdekakan lapan orang hamba dari keturunan Nabi Ismail A.S (Sebenarnya tidak ada hamba dari keturunan Nabi Ismail A.S kerana mereka adalah keturunan yang mulia. Hadis ini hanyalah menunjukkan kelebihan yang sangat besar bagi amalan tersebut). 10 tasbih dan zikir tersebut ada di muka surat 61 di Kitab Bidayatul Hidayah. Saya tak dapat cari di internet untuk copy paste. Kalau sesiapa rajin cubalah cari atau kalau nak lebih senang baik beli jer terus buku tu.  Kalau beli buku tu pun tak rugi kerana banyak ilmu yang kita akan perolehi. Saya syorkan anda memilikinya.

Nov 9, 2011

Kenangan Bandung Oktober 2011

$$$$$



RM to IDR to shopping nyer barang-barang...

Tak cukup troli tu..

Lunch di Simpang Raya


Dinner di Dapur Sangkuriang....sapi bakar memang terbaik!

Jus Alpukat (Avocado)


Lunch di Kampung Daun

Teater Kakebayan goes to Hollywood....sangat menghiburkan.





Perghhhh....sedap.....Kampung Daun

Hasil seni dari Tengkuban Perahu





Pak Manan



Gerai makan on the way turun ke kawah putih

Beautiful ending...Kakebayan goes to Hollywood


Gorilla di Trans Studio



Ubi Manis

Kampung Daun


Telekung di Pasar Baru

Kampung Daun Lunch


Live band di Stone Cafe....

Oct 16, 2011

Istighfar.....

Sabarlah wahai diri menempuhi ujian yang tersangat besar ini....Istighfar..Istighfar...Istighfar! Jangan putus.

Oct 7, 2011

Perubahan

I will make some changes on my ....

I just came back from Bandung

This is my second time pegi Bandung....yang first dulu pegi bulan March 2010 with my own travel agency yang dah dijahanamkan oleh rakan kongsi saya. Trip kali ni saya yang uruskan sendiri A to Z dan urusan di Bandung diuruskan oleh partner travel saya di sana.  Kali ini saya pergi bersama anak saya yang sulung dan kakak-kakak saya serta sorang lagi anak buah yang menjadi peneman anak saya. Trip kali ni memang best sebab stay kat Bandung 5hari 4malam...tu pun kira tak cukup tu...kalau boleh tambah 3 or 4 hari lagi baru puas jalan-jalan.. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah :

  1. Mesti la shopping di Factory Outlet Bandung....tapi barang dah mahal tak mcm tahun 2010 masa saya pergi dulu. As usual Rumah Mode la jadi tempat hot spot nyer....mahal pun mahal la tapi puas shopping kat situ.
  2. Mendaki puncak Tengkuban Perahu....giler siap pegi Kawah Hot Spring kat bawah tu (1 km) dgn jalan kaki jer...giler punya keje. Tegang suma urat kaki betis peha....hahaha. 
  3. Makan strawberry dan rasberry yang fresh, lazat dan berkhasiat...makan banyak giler.
  4. Lunch di Kampung Daun tempat yang Chef Wan promo tu....memang nyaman sekali makan sambil mendengar desir air terjun. Boleh baring dan tidur-tidur kat pondok tu sblm dan selepas makan. Jus Alpukat nyer sangatlah lazat dan berkrim.
  5. Sempat meng'spa'kan diri di Spa .... (tak ingat la pulak nama Spa dia). Urutan traditionalnya superb. Lulurnya harum. Sauna rempah yang memang best giler. Complimentary Tea halia dan kuih apa ntah...mmmmm best nyer.
  6. Tempat terbaik untuk shopping bersama rombongan Cik Kiah sudah tentunya di Pasar Baru......full day kat situ pun masih tak cukup lagi. Memang repeat sampai 2, 3 kali....hahaha. Shopping macam orang giler tak pernah jumpa kain lace, baju kerawang, batik, kain pelekat, cadar, langsir dan lain lain lagi.
  7. Cafe Stone bersama live band yang suaranya sangatlah merdu macam Afgan tu. Pisang goreng bersama cheese dan coklat memang mantap. Jangan lupa datang sini untuk menikmati makanan yang lazat sambil melihat bandar Bandung dari puncak.
  8. Restoran Sangkuriang, Simpang Raya dan Suis Butcher (alaaaa x sempat singgah la) harus dilawati.
  9. TRANS Studio Bandung tempat fav anak saya dan anak buah yang lupa daratan dan ingatan bila dah dapat main kat dalam tu. Persembahan theater mereka memang best dan sangat2 kreatif. Tapi kalo nak pegi jangan pegi Saturday & Sunday...hari lain ok sbb tak perlu Q. 
  10. Paris Van Java Mall ialah mall terbesar di Bandung....ada Sogo dan Carrefour. Kitorng jalan kaki jer dari hotel.
  11. Singgah di Kartika Sari untuk beli brownies dan kek lapis....harga brownies dalam Rp35-40 ribu.
  12. Jangan lupa beli parfume isi semula ...cakap jer nak bau apa....suma ada.
  13. Golden Money Changer terbaik untuk tukaran wang asing.
Banyak lagi perkara yang best nak saya kongsi di sini tentang Bandung..nanti la saya upload gambar skali. Macam komen sister saya yang dah pernah pegi Jakarta dan Bali....dia kata Bandung the Best. By the way, kitorang balik ikut Jakarta Airport sebab MAS dah cease operasi mereka di Bandung.

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...