Dec 11, 2011

December 11

Lama saya tak update blog ini. Macam-macam yang berlaku selama saya menyepi diri dari berblogging. Ada pahit dan ada manis. Begitulah kehidupan dunia....


Saya kongsi di sini dari Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al Ghazali...ada 10 tasbih dan zikir yang sangat baik diamalkan selepas sembahyang subuh sehinggakan disebut amalan ini adalah lebih afdal dari memerdekakan lapan orang hamba dari keturunan Nabi Ismail A.S (Sebenarnya tidak ada hamba dari keturunan Nabi Ismail A.S kerana mereka adalah keturunan yang mulia. Hadis ini hanyalah menunjukkan kelebihan yang sangat besar bagi amalan tersebut). 10 tasbih dan zikir tersebut ada di muka surat 61 di Kitab Bidayatul Hidayah. Saya tak dapat cari di internet untuk copy paste. Kalau sesiapa rajin cubalah cari atau kalau nak lebih senang baik beli jer terus buku tu.  Kalau beli buku tu pun tak rugi kerana banyak ilmu yang kita akan perolehi. Saya syorkan anda memilikinya.

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...