Jul 13, 2018

Traffic Jam dan Syawal 2018

Hari ni hari terakhir untuk siapa yang buat puasa 6. Syawal terakhir. Tahniah for those yang dapat habiskan puasa 6. Anda memang hebat. Saya 😞 !! oh sedihnya.

Tapi yang saya rasa lega adalah saya tak perlu hadap lagi traffic jam hari Sabtu dan Ahad bila warga KL rajin sangat buat open house dan pegi open house. Kenapa meriah sangat ni? Extravaganza sangat la. Anak buah yang pernah tinggal di Mesir kata kalau di negeri Arab diorang tak sambut pun Syawal semeriah macam di Mesia. Raya diorang tenang aje. Tapi sambutan sangat meriah di bulan Ramadhan saja. 

Rasanya kita pun patut buat begitu. Kan bulan Ramadhan lagi banyak barokahnya dan macam-macam ganjaran yang Allah janjikan untuk kita. Tapi kita berlebih-lebih di bulan Syawal pula. Hmmm....baik kita renung-renungkan.

Berbalik mengenai Sabtu dan Ahad di bulan Syawal ni.....saya memang malas nak pegi kalau ada jemputan open house . Memang tak larat nak hadap traffic jam kat KL ni. Semua jalan terutama kawasan penempatan pasti bumper to bumper. Oh stress nyer. 

Nasib saya baik sebab anak-anak dan suami pun x brapa nak suka pegi open house. Jadi kitorg berkampung kat rumah dan jemput sedara mara atau kawan-kawan datang rumah. 

Alhamdulillah tahun 2018 ni ramai yang datang rumah...dan besok pun ada staff office request nak datang rumah. Well, rumah saya memang ada saja tetamu yang datang pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Anak saya kata macam rumah rakyat la Ma.

Bukan saja datang tapi siap tidur lagi. Samada sedara mara atau kawan anak-anak. But kami sekeluarga more than happy to accept kedatangan semua tetamu kami. Rumah jadi meriah. Kadang-kadang kitorg tertanya tanya sapa la minggu ni yang akan datang. Hehe


No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...