Dalam entry yang lepas ai ada promise nak kasitau macamana batuk ai boleh baik selepas batuk yang agak lama. Memang apa saja kesembuhan semuanya datang dari Allah swt...kita makhluk cuma ikhtiar dan tidak boleh putus asa.
Nak jadi criter, selepas mencuba bermacam-macam petua, yang ni yang jadi punca jadi baik (apa aku tulis daaa)...ASAM JAWA.
Bancuh asam jawa bersama gula batu dan minum suam-suam. Insha Allah boleh baik. Minum la 3 kali atau brapa kali pun takpe. Pekat atau nipis pun okey. As long as korang rasa tekak korang lega. Bila batuk dah hilang tak payah la nak minum kerap sangat. Jarak-jarak kan pula ikut kesesuaian masing-masing.
Siapa-siapa yang batuk tu boleh cuba la ye.