Oct 16, 2011
Istighfar.....
Sabarlah wahai diri menempuhi ujian yang tersangat besar ini....Istighfar..Istighfar...Istighfar! Jangan putus.
Oct 7, 2011
I just came back from Bandung
This is my second time pegi Bandung....yang first dulu pegi bulan March 2010 with my own travel agency yang dah dijahanamkan oleh rakan kongsi saya. Trip kali ni saya yang uruskan sendiri A to Z dan urusan di Bandung diuruskan oleh partner travel saya di sana. Kali ini saya pergi bersama anak saya yang sulung dan kakak-kakak saya serta sorang lagi anak buah yang menjadi peneman anak saya. Trip kali ni memang best sebab stay kat Bandung 5hari 4malam...tu pun kira tak cukup tu...kalau boleh tambah 3 or 4 hari lagi baru puas jalan-jalan.. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah :
- Mesti la shopping di Factory Outlet Bandung....tapi barang dah mahal tak mcm tahun 2010 masa saya pergi dulu. As usual Rumah Mode la jadi tempat hot spot nyer....mahal pun mahal la tapi puas shopping kat situ.
- Mendaki puncak Tengkuban Perahu....giler siap pegi Kawah Hot Spring kat bawah tu (1 km) dgn jalan kaki jer...giler punya keje. Tegang suma urat kaki betis peha....hahaha.
- Makan strawberry dan rasberry yang fresh, lazat dan berkhasiat...makan banyak giler.
- Lunch di Kampung Daun tempat yang Chef Wan promo tu....memang nyaman sekali makan sambil mendengar desir air terjun. Boleh baring dan tidur-tidur kat pondok tu sblm dan selepas makan. Jus Alpukat nyer sangatlah lazat dan berkrim.
- Sempat meng'spa'kan diri di Spa .... (tak ingat la pulak nama Spa dia). Urutan traditionalnya superb. Lulurnya harum. Sauna rempah yang memang best giler. Complimentary Tea halia dan kuih apa ntah...mmmmm best nyer.
- Tempat terbaik untuk shopping bersama rombongan Cik Kiah sudah tentunya di Pasar Baru......full day kat situ pun masih tak cukup lagi. Memang repeat sampai 2, 3 kali....hahaha. Shopping macam orang giler tak pernah jumpa kain lace, baju kerawang, batik, kain pelekat, cadar, langsir dan lain lain lagi.
- Cafe Stone bersama live band yang suaranya sangatlah merdu macam Afgan tu. Pisang goreng bersama cheese dan coklat memang mantap. Jangan lupa datang sini untuk menikmati makanan yang lazat sambil melihat bandar Bandung dari puncak.
- Restoran Sangkuriang, Simpang Raya dan Suis Butcher (alaaaa x sempat singgah la) harus dilawati.
- TRANS Studio Bandung tempat fav anak saya dan anak buah yang lupa daratan dan ingatan bila dah dapat main kat dalam tu. Persembahan theater mereka memang best dan sangat2 kreatif. Tapi kalo nak pegi jangan pegi Saturday & Sunday...hari lain ok sbb tak perlu Q.
- Paris Van Java Mall ialah mall terbesar di Bandung....ada Sogo dan Carrefour. Kitorng jalan kaki jer dari hotel.
- Singgah di Kartika Sari untuk beli brownies dan kek lapis....harga brownies dalam Rp35-40 ribu.
- Jangan lupa beli parfume isi semula ...cakap jer nak bau apa....suma ada.
- Golden Money Changer terbaik untuk tukaran wang asing.
Sep 30, 2011
Sep 29, 2011
Sep 27, 2011
Ucapan dari Raja Nazrin Shah
Saya mahu ulasan ini dikenang selama-lamanya di dalam blog ini. Ulasan yang saya ambil dari blog GAP dan ulasan dari Utusan Malaysia di bawah sekali. Kalau dapat teks ucapan penuh lagi bagus (tapi x dapat). Sekurang-kurangnya Raja Muda Perak telah terbuka hati untuk menyentuh berkenaan isu ini dengan tepat sekali. Mudah-mudahan lebih banyak nasihat dan peringatan dikeluarkan oleh pihak istana bagi memperbaiki situasi Melayu Islam yang berpecah belah sekarang ini.
ALLAHU AKBAR!
DAULAT TUANKU!
Aku Anak Perak!
Ulasan dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.
Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.
Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.
''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.
''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.
Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.
''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.
''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.
Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.
''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.

DAULAT TUANKU !

Sep 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah
Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...
-
Da lama giler tak dengar bunyik kerantung.....time masa kanak-kanak kat kampung jer ada dengar...la ni da takde dah....ingat lagi masa nak b...
-
I will make some changes on my ....
-
Saya nak cuba set skincare Safi Rania Gold Beetox yang baru untuk tahun 2018 ni. Haa tahun lepas saya pakai skincare tak berjenama pun...he...