Entry dah masa hari yg ke 70 selepas pemergian arwah...tapi aku publish hari ni.
Hari ni hari yg ke 70 pemergian suami ku. Aku masih dalam iddah kematian iaitu 4 bulan 10 hari lamanya. Bermula pada hari Selasa, 18 June 2019 bersamaan 14 Syawal 1440H iaitu hari raya ke 14. Iddah aku akan tamat Insha Allah pada hari Jumaat, 25 October 2019 bersamaan 26 Safar 1441H. Sekiranya mengikut pengiraan bulan Islam maka iddah aku akan tamat pada hari Selasa, 23 Safar 1441H.
Tidaklah menjadi masalah atau kekeliruan bagi aku pada tarikh apa pun iddah aku tamat. Aku secara jujurnya menikmati hari-hari aku berada dalam iddah ini. Malah aku mula rasa sedih sebab iddah aku akan tamat tak lama lagi. Iddah ini bagi aku merupakan sebuah ikatan yang directly dari perintah Allah rujuk Al Baqarah 234. Its a blessing from Allah swt.
Dalam iddah aku pergi kerja mostly pakai jubah hitam. Tudung hitam. Tidak bersolek. Tidak berbedak pun. Tidak ada wangi-wangian. Tidak ada lipstik hatta lip gloss pun. Tidak ada gelang atau cincin. Hanya aku pakai jam tangan Casio lama saja. Sikit deodoran aku pakai sebab 8 hingga 10 jam di pejabat (tak bole la sampai busuk dan tak bersih). Alhamdulillah ofis tempat aku bekerja sangat faham proses iddah aku ini. Malah aku diberi kelepasan untuk tidak bekerja outstation sepanjang iddah ini. Syukur pada Allah swt atas nikmat dan kurniaan ini.
Berbalik pada tajuk entry aku kali ini, sesungguhnya aku sangat2 bersedih bila berpisah dengan suami aku. Anak-anak aku juga sangat sedih. Perpisahan ini yang tak direlakan namun inilah hakikat kehidupan bahawa sebagai seorang Islam dan percaya pada Allah maka aku wajib merelakan dan redo atas semua ketentuan Allah swt.
Rasulullah s.a.w juga menangis kesedihan bila kematian isteri tercinta beliau Siti Khadijah r.a dan pamannya Abu Thalib sehingga digelar tahun kesedihan Aamul Huzni. Inikan pula aku manusia yang hina ni.
Aku selalu berkata pada diriku...lama kelamaan nanti air mata ku akan semakin kurang dan kurang..dan kesedihan ku akan semakin hilang dan hilang.
Hari ini hari yg ke-70....seperti yang aku sebutkan pada entry aku yang lalu, aku cuba mengubati kesedihan ku dengan banyak mendengar ceramah-ceramah Nouman Ali Khan dan Mufti Menk. Mereka umpama cahaya yang menerangi hati dan meleraikan kekusutan.
Al Quran adalah cahaya. Rasulullah saw adalah cahaya. Sejak beberapa tahun ini aku cuba melazimkan khatam Al Quran bersama terjemahannya. Aku baca Al Quran satu muka dan aku baca terjemahannya satu muka. Berulang-ulang. Tapi belum ada kefahaman.
Saat aku sedih bila suami aku pergi. Aku diberi ilham untuk mendengar ceramah Nouman Ali Khan dan Mufti Menk. Subhanallah...perlahan-lahan Al Quran yang aku baca dulu2 seolah-olah baru kini tafsirnya aku temui. Sebagai contoh surah An-Nur. Cuba dengar penerangan Nouman Ali Khan tentang surah An Nur. Aku rasa kagum.
Kesedihan aku terubat dan banyak kesusutan dan kekecewaan di hati aku terlerai disebabkan ilmu yang disampaikan oleh mereka ini. Mereka mengajak kita semua closer to Allah swt. Bila ingat pada Allah maka benarlah "Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenang" Ar Rad 28.
Kesimpulannya aku dan siapa-siapa sahaja hendaklah mendekatkan diri pada Allah swt...kembali pada Allah swt..mohon pada Allah swt...hanya Allah swt sahaja yang boleh memberi petunjuk dan jalan yang lurus. Mengeluarkan kita semua dari kesedihan kepada kefahaman akan hakikat kehidupan. Bila kita faham kita akan melihat semua yang berlaku ini sebagai ujian. Ujian yang sementara. Kesedihan kita pun berbatas.
Kita mula akan berfikir dan ingin mencari.....pencarian yang tiada penghujung. Semoga Allah swt membimbing kita ke jalan Nya...memberi ilmu pengetahuan yang mendekatkan kita dengan Nya....dan memasukkan kita kedalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin