Dec 26, 2012

Aku Banyak Dosa

Dosa hinggap dihati menjadi tompok tompok hitam dan lama-kelamaan menutupi hati...sungguh pun mata kita celik tapi hati kita buta. Bila hati kita buta, kita tidak akan mendapat petunjuk dari Allah dan kita berjalan di jalan yang tidak diredoi oleh Allah. Bersihkan hati dengan taubat dan istighfar. Mudah-mudahan hati kita celik dan Allah beri kita petunjuk untuk jalan yang diredoi oleh NYA.

Dec 19, 2012

Sebelum tidur...

My friend told me that she always mohon maaf pada suami sebelum tidur. Selama ini saya memang tak pernah terfikir. Nak tidur, tidur jer lah...hahaha. Ok benda yang baik apa salahnya kita follow. Now saya selalu buat. Tak perlulah fikirkan apa fadilat2nya....hanya buat dengan ikhlas. Semoga Allah sayang kita selalu!!


Dec 17, 2012

Tension nyer dengan mamat ni...

Aku tention dengan sikap mamat ni. Tak ambil berat langsung bab-bab hak orang lain. Tapi kat fb status asik tulis pasal agama sahaja. Oh please la. Nowadays mang ramai yg tulis2 pasal agama tapi tak follow apa yang dituliskan. Hormati hak orang lain bro. Kita tak boleh jaga hubungan kita dengan Allah Taala sahaja tanpa menjaga hubungan kita dengan manusia. Salah tu bro!!

Dec 15, 2012

Serabut Dengan Masalah???

Putuskan segala resah gelisah memikirkan masalah hidup dunia ini dengan mengingati keMATIan. Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"


Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: "Perbanyaklah mengingati mati." (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Mengingati mati itu memutuskan selera(nafsu) kepada dunia dan isinya.

Nota: Apalah saja masalah2 kita ni kan kalau compare to hal mati ni. Ntah esok, ntah lusa, ntah kejab lagi. Takde apa yang kita nak gembira sangat atau sedih sangat atau benci sangat pasal bab2 duniawi. Jadi sahabat2, lapangkan fikiran, ingat kembali tujuan hidup dan ingatlah bahawa kepada Allah tempat kita semua akan kembali.


Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...