Jan 22, 2012

Bonda ku Pergi Buat Selama-lamanya

Pada Sabtu, 14 Januari 2012 bersamaan subuh 19 Safar 1433 yang lalu, bonda ku telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya. Aku ada di sisi beliau saat itu sambil membisikkan kalimah Allah dan syahadah di telinga beliau.Kronology peristiwa sedih ini bermula :

10 Jan Selasa Malam - Kak Yong call kata bonda dimasukkan ke hospital sebab demam dan sakit kuat.
11 Jan Rabu Tengahari - Aku & Kak H (lepas meeting) pulang ke Perak. Kami terus menuju ke hospital Taiping.
12 Jan Khamis - Kami sekeluarga serta cucu-cucu Bonda all day bersama bonda membaca Yassin dan mengajar bonda syahadah. Bonda menggunakan oksigen sebagai bantuan pernafasan.
13 Jan Jumaat Petang - Melihatkan keadaan bonda yang agak kritikal, kami sekeluarga membawa bonda pulang ke rumah bersama-sama oksigen yang kami beli/sewa.
14 Jan Subuh - Bonda pergi buat selama-lamanya.

Sepanjang dari hospital dan pulang kerumah, kami sekeluarga tidak pernah meninggalkan bonda keseorangan walau seminit pun. Beliau pasti ditemani oleh anak-anak atau cucu-cucu yang membacakan surah-surah, Yasin dan mengajar syahadah. Kami turut memakaikan beliau baju kegemaran beliau iaitu baju kurung kedah bersama kain batik kesukaan beliau. Semasa akhir hayat bonda ku, beliau tinggal keseorangan di kampung. Beliau tidak mahu tinggal dengan anak-anak kecuali jika beliau sakit sahaja. Itu pun sakit yang sangat-sangat berat yang mana beliau tidak boleh menguruskan diri sendiri. Bonda ku seorang wanita yang berani, kuat, bijak, suka berterus terang dan suka berpesan itu ini kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

Wasiat yang beliau tinggalkan :
1. Rumah dan tanah tapak rumah di wasiatkan sebagai pusaka untuk kegunaan anak-anak dan cucu-cucu.
2. Sebidang tanah kebun buah-buahan untuk Kak Y yang telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga bermula dari arwah bapa meninggal sewaktu kami adik-beradik kecil-kecil lagi.
3. Wang simpanan Tabung Haji RM14,000 ribu lebih diwasiatkan untuk tabung pelajaran cucu-cucu beliau. Semasa hayat beliau, beliau sangat menitik-beratkan ilmu dan pelajaran kepada anak-anak dan cucu beliau. Beliau selalu menghulurkan bantuan kewangan kepada cucu-cucu yang berjaya masuk ke asrama, kolej, universiti atau tahfiz. Keikhlasan beliau jelas sehinggakan beliau sanggup mewasiatkan semua wang simpanan ke tabung pendidikan cucu-cucu beliau.
4. Rantai dan gelang emas menjadi pusaka dan akan diagih-agihkan kepada anak2 sama rata. Abang tunggal kami setuju untuk membahagikan sama-rata.

Hari ini ketika aku menaip baris-baris ayat ini, seraut wajah bonda terbayang dimataku. Kisah dan kenangan silam bersamanya bermain-main difikiran ku. Aku kini tiada lagi ibu yang akan mendoakan kesejahteraan untuk ku. Aku kini tak perlu lagi untuk terkejar-kejar pulang ke kampung bila raya menjelang. Aku kini tiada lagi akan mendengar celoteh2 dan pesan-pesannya.

"Mak....kami semua sangat merinduimu....kami doakan mak sejahtera dan bahagia disana. Kami sangat sayangkan makkkk!!".

Betullah kata orang....hargai dan sayangilah ibu semasa ada....curahilah kasih-sayang kamu kepadanya ketika hidupnya. Perginya tidak akan kembali lagi. Al Fatihah untuk Bondaku!

Aku kini sepi!
Gambar Hiasan

10 Tasbih Amalan Harian - Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali R.A


Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...