Aug 17, 2011

Kerantung

Da lama giler tak dengar bunyik kerantung.....time masa kanak-kanak kat kampung jer ada dengar...la ni da takde dah....ingat lagi masa nak berbuka, dengar jer bunyi kerantung tandanya da boleh berbuka, pastu baru azan Maghrib berkumandang. Kan bagus kalau kerantung digunakan kat masjid-masjid kat KL ni....agaknyer apa reaksi si kapir harbi dan puak-puak penjilat kapir ni nak buat ye!?

P/s: Yang tak tahu kerantung leh baca ni Kerantung.

Aug 15, 2011

Tarhim Subuh....

Kenapa sekarang timbul kata ianya bidaah? Dah berpuluh tahun bacaan tarhim ni berkumandang di waktu Subuh mengiringi umat Islam bangun dan bersiap-siap untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah di masjid. Tak ganggu akidah dan iktikad kita pun kan. Alangkah indahnya bila terjaga dari tidur, telinga terus mendengar puji-pujian kepada Allah Taala. Hati menjadi sayu dan bergetar mengagungkan Yang Maha Mencipta. Kenapa pula bacaan tarhim dan ayat-ayat Al Quran ni mengganggu? Bukankah Al Quran itu penawar? Bukankah masjid dibina di kawasan majoriti Islam. Yang peliknya bila non Muslim berkokok, yang 'Moslem' ni pun angguk-angguk bersetuju dan mengokong termasuklah lebai serban besar bersaiz bulan. Arahan pun dikeluarkan tanpa toleh kiri dan kanan. Apa nak jadi ni? Timbul la isu membaca Al Quran menjerit-jerit....apa citer ni? Takkan ada nyer orang nak membaca Al Quran menjerit-jerit....da cuba? Sakit tekak la wei. Kalau ceramah partisan tu confirm ada maki hamun menjerit-jerit siap loud speaker bagai lagi. Tolong la...sedar-sedarlah kafir lahanat nak menghakis Islam dari bumi Malaya ini. Ugama Islam nak dijadikan sama rata dengan ugama-ugama lain. Tak sedarkah lagi kita? Kalimah 'Allah' digunakan bagi Tuhan mereka (lihat sini) dan bertambah parah orang-orang Islam mengokongnya pula. What is this?

Jadilah Seperti Ikan di Laut


"Jadilah seperti ikan di laut....walaupun hidup di lautan yang masin, namun tak pernah pula isi dagingnya menjadi masin".



Memberi

Nasihat yang saya dengari minggu ini......

Jadilah manusia yang suka memberi
Memberi kasih sayang
Memberi nasihat
Memberi pujian
Memberi sedekah
Memberi pertolongan
Memberi perhatian
Memberi makan
Memberi perlindungan
Memberi sentuhan
Memberi ciuman
Memberi belaian
Memberi senyuman
dan apa jua yang mampu kita berikan dengan hati yang penuh keikhlasan.

Nota: Memberi mengikut batas2 yang digariskan oleh Islam....jangan memberi tak tentu hala ye.
 

Aug 12, 2011

Mesti Baca Dari YB Zulkifli Nordin: Gereja Murtad

Gereja Murtad

P/S : Agaknya da sampai masanya itu....bila kita yang kononnya berasa beragama Islam namun tidak merasa apa-apa bila terdengar kejadian murtad ini....buat dak jer....ramai yang buat tak kisah ajer....tak rasa apa-apa pun....siap ada yang marah JAIS lagi.

Aug 8, 2011

Cahaya Ramadhan

"Sekiranya kita miskin adakah kita patut meminta-minta pada manusia atau patut kita meminta kepada Yang Menciptakan kita dan makhluk serta seisi bumi dan alam raya ini?"

"Sekiranya kita miskin adakah kita patut terima bantuan wang dari gereja dan sebagai balasan mengikuti program2 yang dijalankan oleh gereja tersebut ?"

"....sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu - An Nisa (4):101

Sudah terang nyata lagi bersuluh. Orang-orang kafir amat bencikan Islam dari zaman Nabi Adam hinggalah hari kiamat. Carilah jalan lain untuk menyelesaikan masalah kesusahan kita dulu. 

Benarlah kata mereka yang arif, sekiranya jika kita kita ini (kita yang melayu ini) hidup di zaman Rasulullah S.A.W, belum tentu kita akan terima ajaran Islam di sebabkan perit dan susahnya Islam untuk berkembang di waktu itu. Malah ramai yang tak akan percaya yang Rasulullah S.A.W itu Rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menerangi seluruh umat. 

Cakap sekarang boleh la kata kita orang Islam..kita beriman...pakai jubah, serban dan sebagainya. Tapi cuba kita bayangkan jika kita hidup di zaman nabi dulu dan tiba-tiba datang Rasulullah S.A.W mengajak kita menyembah Allah dan masuk Islam padahal kita dah lama berpegang dengan ugama nenek moyang kita.......ntah-ntah kita la penentang kuat Rasulullah dan Islam masa tu.

Walau selemah mana iman kita pun, jangan lah kita mengambil orang kafir menjadi wali kita. Bayangkan kita ambil orang kafir menjadi penolong, pemimpin, pembimbing dan orang yang rapat dgn kita...sudah tentu mereka akan menjuruskan kita kepada idea-idea dan cara-cara mereka...sebab kehidupan dan pegangan mereka adalah begitu (kafir). Itu kalau kalau kafir biasa, inikan pula ambil bantuan dari gereja/orang gereja...dah tentu2 mereka ini kerjanya jadi mubaligh atau senang cakap nak suruh kita masuk agama mereka la. Takkan la mereka nak kasi tahu pulak yang mereka nak murtadkan kita....kita la jangan jadi bodoh disebabkan duit kita sanggup gadaikan iman. Memang kita kata kita tak nak murtad, tapi itu cakap kita...sedar-sedar je nanti kita da murtad jer...Nauzubillah.

Iman di akhir zaman ini sangatlah rapuh...godaan dan tarikan dunia ini sangatlah kuat. Wang ringgit dan harta benda menjadi penyebab manusia menggadai prinsip hidup hatta iman sekali pun. Pastinya kerana ilmu sangat cetek, amal ibadah sangat kurang, zaman makin payah, usaha dan kesungguhan makin kurang. Kadang-kadang tak terlintas pun yang dunia ini fana dan akhirat itu yang kekal. Sebab tu asik kejar dunia dan dunia dan dunia saja.

So, ambillah kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kita muhasabah diri dan mudah-mudahan cahaya Ramadhan ini memberi sinar bahagia untuk kita kini dan selamanya.
P/s: Saf tarawih dah makin kurang.....lebih pendek dari tahun lepas. Dekat Masjidil Haram juga yang sentiasa penuh!

Aug 6, 2011

Ustaz Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian



oleh : Ridhuan Tee

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

Aug 1, 2011

Salam Ramadhan

Alhamdulillah kita di ketemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkah. Berapa ramai yang telah pergi sebelum sempat berjumpa dengan Ramadhan 2011 ini? Tahun depan bagaimana? Oleh yang demikian, rebutlah peluang ini..peluang yang kadang kala tidak akan muncul lagi. Mudah-mudahan kita akan menemui petunjuk dan hidayah serta ketenangan dan kebahagian yang kita cari selama ini. 
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!


Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...