Jul 21, 2011

Sebutharga

"Cik Mimi ada? Saya nak submit quotation"
"Dari mana?"
"Dari T***d E***...ini sebutharga alatulis dan barang pejabat yang Cik Mimi minta semalam"
"Oh ya ka...saya ingat you fax kan aje"
"Kitorang ada kerja lain kat sini, jadi hantar sekali la"
"Ok...nanti keputusan you check kat e-perolehan ya!"
"Ok.."

Cik Puan, ini ada hadiah untuk Cik Puan!!
Ulasan : Menghantar sebutharga memang nyer senang...sepuluh kali sehari pun boleh hantar...tapi persoalannya ialah 'dapat tak job tu?'. Oleh kerana kita tak tahu siapa yang akan dapat, jadi kita pun hantar jer lah. Mungkin orang dalam kadang-kadang dah plan dah nak kasi kat syarikat ABC tapi procedure punya pasal jadi kene la mintak quotation dari syarikat-syarikat lain gak. Dulu kita fikir bila harga kita paling rendah, kita ada chance nak dapat...but nampaknya tekaan kita meleset. Harga kita paling rendah pun still tak dapat. Tapi patutkah kita yang gagal ni berhenti dari membida? Sudah tentunya TIDAK. Kita kene yakin dan percaya bahawa rezeki adalah hak ketentuan dari Allah Taala. Tawakal dan teruskan berusaha. Insyaallah ada rezeki kita bila sampai masanya nanti.

P/s : Tapi tadi dari lengguk cakap Cik Mimi tu macam takde harapan jer nak dapat....harap sebutharga yang lain tu sangkut laa (harap la...semua orang pun mengharap apa pas antar sebutharga, betul tak? :-) 

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...