Jul 22, 2011

Kecoh Pasal Kapal Selam Scorpene Lagi

Isu kapal selam Scropene ni dah dibentangkan di Parlimen itu hari...tapi kini timbul semula. Yang best nyer, rakyat yang tak tahu hujung pangkal pasti la melatah terlompat-lompat sana sini mencaci maki kerajaan kerana wang komisyen yang disebutkan itu. Dan puak-puak berkepentingan politik pastilah 'kasi taruk ajinomoto' sebagai perasa tambahan. Saya sendiri sebenarnya pun tak tahu keseluruhan isu ini tapi ada la baca-baca sana sini untuk dapatkan info sebab saya tak suka dengar cakap-cakap orang dan main ikut-ikut (ada orang menganga dengar ceramah DSAI sampai lalat masuk mulut!). Tapi saya yakin isu ni kalau benarlah ATM menyeleweng, sah sah la da lama SPRM masuk meminang. Ramai juga blogger yang mengulas dan antaranya ialah blogger Komandor Kedai Kopi dgn artikelnya Siri 1 Ops Scorpene dan Siri 2 Ops Scorpene. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menilai isu ini. Cuma saya sebagai rakyat Malaysia hanya mahukan keamanan dan kesejahteraan bagi negara ini. Membangunkan sesebuah negara bukannya mudah, tapi nak menjahanamkan memang senang. Jadi hargailah apa yang kita ada sekarang.

No comments:

Sembilan Bulan Selepas Pemergian Arwah

Banyak sungguh perubahan hidup ni.... Aku dan anak2 dah pindah...kami tak lagi tinggal di rumah sewa lama Kenapa pindah? Sejujurnya aku...